seorang kawan perempuan telah terpilih daripada ribuan guru di seluruh negara untuk menjalani satu kursus. tapi kursus tersebut agak panjang. bukan tiga atau empat hari. tetapi sebulan lamanya...! cuak juga dia nak meninggalkan suami dan anak-anaknya. tetapi demi tuntutan tugas, dia reda untuk menghadirinya juga.
daripada apa yg disampaikannya daripada mesej yg dihantar, lokasi kursus itu agak jauh di kawasan yg terpencil. mungkin sengaja dipilih untuk peserta kursus menumpukan perhatian kepada segala program yg dijalankan. jauh daripada hiruk pikuk dunia luar. apalagi pengaruh dunia siber....he he.
maka berceritalah kawanku itu melalui sms. kawanku ini memang rajin ber'sms' atau memasukkan mesejnya pada inbox fesbuk aku.
dia menceritakan pengalaman berkursus itu yg sudah dijalaninya sejak ahad lalu. baru 4 hari. bermakna jauh lagi tempoh sebulan nak dihabiskannya.
malam tadi dia menghantar sms, bertalu-talu. menceritakan kisah misteri yg dialaminya di "kem" tempat dia berkursus. tambahan pula dia ditempatkan seorang sebilik. katanya, ada kejadian misteri yg berlaku. antaranya, lampu bilik akan terpadam sebaik sahaja azan maghrib selesai dikumandangkan melalui surau berdekatan. dan tepat tengah malam, lampu ruang tamu akan terpadam dgn sendirinya. hah...memang seram.
malah, bukan dia seorang saja yg mengalami kejadian misteri dan aneh itu. ada beberapa rakan sekursus juga, melalui pengalaman yg sama. lebih menyeramkan lagi bila mereka mengadu kepada sekuriti atau jaga di situ, mereka juga mengakui, hal yg sama pernah diadukan oleh peserta kursus sebelum ini. alamak...!
untuk menambah rencah dan keseraman lagi, salah seorang sekuriti atau pengawal keselamatan atau pak guard/mak guard atau jaga (sebab ada jaga tak suka dipanggil jaga, tak glamour kata mereka). menceritakan sejak dua malam berturut turut dia terhidu bau bangkai yg menusuk hidung dari tempat letak kereta. berhampiran pulak dengan bilik kawanku yg mengadu tadi. bila sekuriti itu cuba 'menyiasat', tak pulak jumpa apa-apa.
kawanku tadi menyatakan kengeriannya melalui smsnya yg bertalu-talu itu. apa aku nak buat selain mengatakan padanya yg itu semua coooobaaaaannnn....! macam cerita 'pendekar bujang lapok'. aku juga nasihatkannya, berdoa supaya dihindari sebarang gangguan makhluk halus, baca ayat suci al-quran. sekurang-kurangnya ayat qursi. jangan keluar malam. kalau boleh mintaklah pada warden, tukar biik kongsi berdua sekurang-kurangnya.
....dan nasihat yg lebih penting lagi. janganlah percaya sangat cerita pak guard, atau sekuriti atau jaga itu. sebab setahu aku, memang sebahagian kerja mereka di sebelah malam. dan tanyalah siapa saja daripada kalangan mereka ini, pasti akan ada cerita misteri, cerita seram atau cerita hantu. kalau tak percaya....tanya!
gerenti ada.
1 refleksi:
tersilap baca - hantu kurus...hantu kursus.
mmg betul, semua pak guard ada cerita tersendiri
Post a Comment