pada mulanya aku sangsi untuk berurusan dengan orang akademik yg high profile sepertinya. namanya dicadangkan oleh bossku. memang dia lebih daripada layak untuk dilantik kerana latar belakangnya. cuma yg aku bimbangkan, adakah akan dilayannya orang seperti kami yg serba-serbinya kecil ini sedang dia orang besar.
kesangsianku serta-merta padam, apabila e-mel yg kuhantar utk menjemputnya dibalas dengan cepat dan ringkas. dia bersetuju. ada kelegaan pada pihak aku sendiri. maklumlah kesudain orang sepertinya begitu besar maknanya. lalu aku uruskan penghantarannya. menggunakan hantaran tangan, bimbang ianya tak sampai malah untuk menjaga hatinya.
bila tiba tarikh lupus pemulangan laporannya, aku sedikit serba-salah. untuk mengingatkannya mungkin dia terlupa, maklumlah orangnya sentiasa sibuk. aku biarkan dulu, sehinggalah dua minggu kemudian masih tiada sebarang maklum balasa. lalu aku susulkan e-mel sekali lagi. lagi sekali e-mel itu dibalasnya pantas. dia memohon sedikit masa lagi. katanya sudah dibacanya, cuma mahu meneliti lebih lanjut, kerana menurutnya banyak perkara yg perlu dikemas kini dan diperbetul. aku akur dengan alasannya yg boleh diterima itu.
sebulan kemudian aku mengirim e-mel lagi. tiada balasan. cuba mengingatkannya, ekoran, pengarang sudah mula bertanya perkembangannya. laporan bulananku juga dicurigai oleh bossku. tiada perkembangan?
sebulan selepas itu aku gagahkan diri memberi ingatan padanya. e-mel kali ini berbalas. katanya dia kini di luar negara. selama 6 bulan. bahan untuk laporannya tertinggal di KL. dia mohon kalau boleh aku hantarkan softcopynya supaya dia boleh menyiapkan laporan itu. aku balas e-melnya berserta permintaan itu, selang sejam kemudiannya. terkejut aku bila dia membalas balik e-mel tersebut dengan pantas, memuji hasil kerjaku yg juga pantas. dia berjanji akan menyiapkan laporan tersebut, sepantas aku mengirimi e-emel yg dipintanya.
selang sebulan kemudian, masih tiada susulan balasan. e-mel peringatanku juga tak berbalas. aku tak putus asa, lantas mengutus e-mel lagi, seminggu kemudian. walaupun aku tahu dia pastinya sibuk di luar negara sana. tapi janji harus dikota. kerja harus diteruskan. kali ini e-melku berbalas, tapi dengan nada yg sangat sinis. malahan dia meminta aku mengingatkannya kalau tiada e-mel berserta laporan yg dikehendaki itu, selewat-lewatnya pada isnin berikutnya. aku tunggu sehingga rabu berlalu, sebelum mengutus e-mel. langsung tak berbalas.
sebulan kemudian. iaitu hari ini, ataupun hampir 8 bulan e-mel pertama ku dulu, aku putuskan untuk e-mel yg terakhir. lagipun malam tadi aku tengok wajahnya dalam satu rancangan temu bual di tv. hah...dia dah balik malaysia!
kalau takde respons jugak, pelantikannya ditarik balik. aku bersedia berdepan dengan reaksi balasnya.
teringat aku lagu dangdut, iwan - semut merah - 'engkau orang besar, aku orang kecil..." ha ha
3 refleksi:
aku suka tajuk entri ko, unik...
mulut manis je..tapi :-(
pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan janji
org besar cenggitu la. ckp dalam tv mmg nampak semua perfect. semua org salah dia aje yg betul...hakikatnya...mcm dlm cerita you ni lah
Post a Comment