- kereta oh kereta -

Jul 20, 2011

pagi-pagi ni darah aku dah menyirap. bukan setakat "pranjat boboi...". terkejut campur geram, campur marah. hampir saja aku bertukar menjadi makhluk hijau!



aku ditanyakan oleh seorang rakan seofis, bila masa kereta aku eksiden? hah, eksiden? masa bila pulak aku eksiden...aku yg pandu aku tahulah. menurutnya, ada kesan geselan pada bahagian sisi kereta aku. teruk! katanya.



aku pun segera ke tempat parkir. ya, ada kesan geselan yg amat ketara. pulak tu dari sisi belakang hingga ke pintu bahagian penumpang. ya, memang teruk. setahu aku, tak ke mana-mana pun semalam. balik kerja petang semalam, terus parking depan rumah.


pada andaian aku, ada yg melanggarnya malam tadi. lepas tu terus blah begitu saja. kalaulah yg melakukannya daripada kalangan jiran aku, amat malanglah...


1 refleksi:

rahimin said...

teruk ke...? mesti bengang kan...