Baru-baru ini kompeni aku mengambil beberapa orang staf baru. Aku turut terlibat dalam proses menemu duga calon yg memohon. Yang lainnya pegawai dpd bahagian sumber manusia.
Mereka bertanyakan pelbagai soalan berkaitan latar belakang dan soalan berkaitan kerja. Jadi aku lebih melihat kpd karakter calon. Keyakinan menjawab soalan walaupun adakalanya aku tahu mereka sekadar 'goreng' sahaja.
Aku juga bertanyakan soalan di luar kotak atau hanya mempunyai kaitan tidak langsung dgn jawatan yg dipohon. Antaranya "apakah tajuk buku terakhir yg awak baca", "awak hisap rokok tak", "kalau awak diminta buat overtime pada hari pertama bekerja, sanggup tak?" "kalu awak jadi boss, pekerja bagaimanakah yg akan awak ambil sebagai pekerja". Atau soalan seumpamanya..
Dipendekkan cerrita, calon yg berjaya dalam temu duga tersebut ditawarkan kerja. Ada 5 yg ditawarkan tetapi cuma 2 yg terima. 3 yg lain mungkin mungkin dapat tawaran di tempat lain atau tidak berkenan dgn apa yg ditawarkan kepada mereka, demand gaji lah tu.. Maka mereka digantikan dengan calon simpanan.
Seperti jugak dlm permainan atau sukan, pemain simpanan tidaklah sebaik pemain utama. Tetapi dengan latihan dan bimbingan serta sikap positif mereka utk maju akan menjadikan mereka sebaik atau setaraf pemain atau pekerja lain.
Begitulah yg berlaku. Ada yg spt pahat dengan penukul, ada yg perlu diulang ajar berkali-kali sebab lambat pick up. Tetapi ada juga yg cepat tangkap, cepat belajar. Ada yg pendiam, nak tegur staf senior pun berat mulutnya. Ada pula yg terlebih peramah. Apapun kami terima mereka dgn tangan terbuka sebagai sebahagian keluarga besar di kompeni kami.
Janji utk bekerja bersungguh-sungguh, penuh dedikasi dan berdisiplin semasa menemu duga mereka masih aku ingat. Ada juga bila ditanya kenapa nak kerja? Mereka menjawab "nak bantu keluarga..."....hmm mulianya hati.
Tapi bila gaji bulan pertama diterima mereka dah mula bergaya dgn iphone dan blackberry; ipad dan baju baru. Tak mengapalah; itu hak masing-masing tetapi janganlah abaikan janji dan niat yg baik masa temu duga dulu. Semoga mereka menjadi pekerja yg baik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment