tahun lepas kami pengguna khidmat basnya dijemput hadir ke majlis rumah terbuka hari rayanya yg dibuat besar-besaran. Hujung tahun lepas juga aku hadir atas jemputan ke majlis perkahwinan anak lelakinya yg juga dibuat dgn meriah.
Mungkin disebabkan keterujaan menguasai servis bas sekolah di kawasan ini, servisnya pulak menjadi merosot. Dikhabarkan juga pemandu bas yg bekerja dengannya dikatakan tidak puas hati dengan upah yg diberikan. Bermulalah episod tarik tali antara tauke bas tadi dengan pemandu basnya. Yg jadi mangsa ialah budak sekolah yg menggunakan khidmat basnya. Termasuklah anak-anak aku.
Mereka kerap lewat ke sekolah. Dan ada kalanya satui bas saja disediakan menyebabkan mereka terpaksa menunggu trip yg lain. Kadang-kadang terpaksa balik lewat.
Sebulan selepas sekolah bermula awal tahun ini. Aku menarik keluar anak aku dpd menggunakan servis bas itu. Kerana eril dan erol mengadu masalah lewat ke sekolah dan naik bas macam tin sardin. Kebetulan jiran aku menawarkan khidmat hantar dan ambil anak ke sekolah dgn keretanya. Ya sudah tentulah berbayar. Dgn harga sama dgn khidmat bas. Tindakan aku itu rupa-rupanya diikuti oleh ibu bapa yg lain yg menggunakan khidmat bas atau van sekolah yg lain berikutan banyak komplen yg timbul.
Keadaan selepas itu menjadi semakin buruk bila semakin ramai yg menarik diri. Malah 2 orang drebarnya berhenti kerja, kemudian menjadi pesaing tauke bas itu bila mereka menyediakan khidmat van sekolah mencuri pelanggan sedia ada.
Tahun ini tauke bas itu - yg juga seorang kontraktor kelas A - mengadakan rumah terbuka sempena hari raya. Tetapi tidaklah semeriah spt sebelumnya. Kami para ibu bapa yg tidak menggunakan khidmatnya lagi, langsung tidak dijemput kali ini.
Khabarnya tauke bas itu sudah mengambil keputusan untuk menumpukan pada bidang kontraktor saja. Bas-basnya sudah dijual. Kini hanya ada servis 2 buah van sekolah. Yg dipandu oleh anak dan anak saudaranya sendiri
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2 refleksi:
emm..dia mmg buat duit la.bukan nak buat khidmat masyarakat.mak bapak x kisah kuar duit lebih asalkan anak2 selamat.
yep, aku tak kesah bayar lebih ttp servis kenalah tip top yg penting keselamatan anak2
Post a Comment