- kita hanya suka pada yang menang -

Oct 25, 2011

sejak malam ahad hinggalah ke pagi ini pun, aku masih menerima mesej 'mengapi-apikan' kekalahan teruk man utd di tangan man city. kebanyakan sms datangnya daripada penyokong liverpool, arsenal dan chelsea. dan aku percaya entah berapa kerat saja penyokong man city  yg ada di malaysia ini. daripada kalangan kawan-kawan aku sendiri langsung takde. memang lumrah penyokong bola kat malaysia ni, walaupun yg menang bukan team mereka tetapi, seolah-olah team mereka yg menang apabila rival atau musuh tradisi mereka kalah. apalagi dengan jaringan besar.

soal rivalry dalam sukan begini aku paham benar. tak perlu nak melatah. usikan atau ejekan atau dipanggil banter begini sudah lumrah. tapi aku tak berapa nak kesah sangat. bukannya kalah dengan pasukan 'diorang'. kali ini memang man utd off form terutama di bahagian pertahanan. tak ada alasan. tambah pulak main dengan 10 orang, kena red card. kalah memang kalah dah. apalagi kekalahan teruk begini. walaupun masih lagi taklah  seteruk 8-2....ha ha ha

aku masih ingat sewaktu di sekolah dulu. waktu itu aku bermain mewakili sekolah. pada perlawanan pertama, pasukan kami kalah 10-1 di tangan pasukan peberet. pasukan sekolah itu secara tradisinya memang kuat, yang juga juara bertahan dan juga pasukan sekolah jiran kami. hari-hari persekolahan selepas itu rasa mahu ponteng saja. jalan pun tunduk saja. walaupun sebelumnya begitu bangga dapat sarung jersi sekolah. bukannya senang beb...! malu bukan saja kepada pelajar sekolah jiran tetapi juga pada kengkawan sekolah sendiri. mana nak letak muka weh...berlatih saban petang. tapi kena belasah sedemikian rupa. malah cikgu yg melatih kami pun hampir-hampir nak letak jawatan.  kami diperli oleh kawan sekelas dan satu sekolah. kawan seasrama pun ketawa. apa lagi bila awek yang senyum pada kita pun, rasa macam mengejek kita....hu hu

tapi kekalahan teruk dan memalukan itu sebenarnya banyak hikmah. kami bertekad tak mahu dikalahkan lagi. kami berusaha membaiki diri. kalau kalah lagi tentunya kami akan diajuk dan diejek. itulah lumrah penyokong kita sendiri. bukannya nak menaikkan semula semangat sebaliknya meruntuhkan lagi sisa semangat yg ada. mereka cuma suka kepada yg menang sahaja.

ya, kebangkitan daripada kekalahan itu lebih utama. pilihan kita cuma ada dua. terus patah hati dengan kekalahan dan seterusnya kalah lagi serta meratapi kekalahan itu. atau bangkit daripada kekalahan untuk mencipta kemenangan. and the rest is history....

aku dan rakan sepasukan mencipta kemenangan demi kemenangan selepas itu. dan kami mula didekati semula mereka yg pernah mengutuk. kami kembali dipuji dan disanjung. tetapi matlamat kami cuma satu, untuk membuktikan pasukan kami tidaklah seteruk mana dan kami berjuang demi maruah diri dan imej sekolah.

dipendekkan cerita, kami akhirnya layak ke akhir peringkat daerah. itu sebenarnya satu pencapaian yg tak pernah dikecapi oleh pasukan sebelum kami. maklumlah daerah kami, seremban, terdapat sekolah-sekolah "besar" dalam aktiviti sukan. bertemu pulak dengan pasukan yg membelasah kami di peringkat pusingan awal. pasukan lawan tentunya yakin boleh 'makan'. malah penyokong mereka sepanjang perlawanan asyik mengungkit kemenangan 10-1 itu, mengejek dan menyindir kami. sudahnya senjata makan tuan. mereka jadi over confident, terlalu yakin kemenangan sudah dalam tangan. kami gunakan itu sepenuhnya sebagai kelebihan. memang pasukan mereka kuat. tetapi kuat sahaja tak cukup. buktinya, kami berjaya mengalahkan mereka dengan semangat tinggi, semangat berpasukan dan semangat tidak mahu dibuli lagi. akhirnya, juara jadi milik kami!

resminya begitulah. selepas itu, kami sepasukan dipuji melangit. diperkenalkan di perhimpunan sekolah. diraikan dengan jamuan besar dan diberi hadiah pelbagai. semua orang nak berkawan dengan kami. ironinya...mereka jugalah tak berapa lama dulu mengutuk dan mengejek kami...!



1 refleksi:

rahimin said...

ingatkan 6-1 atau 8-2 dah teruk, tapi 10-1 lagi terukkk waka ka