tempoh hari aku ada bercakap dengan seorang kawan, berkenaan dengan seorang kawan kami jugak. bukan mengumpat, tetapi sekadar berkongsi khabar. kawan kami itu baru sahaja dianugerahi gelaran 'datuk'. bukan datuk yg dapat cucu tetapi gelaran yg dianugerah oleh sultan.
cuma kami tertanya-tanya jugak begaimana dia dapat gelaran datuk dari negeri lain sedangkan dia berasal dari negeri lain. tapi hal ini sebenarnya tidaklah pelik sangat. gelaran yg diberikan adalah merentasi sempadan.
aku ada beberapa orang kawan dan kenalan bergelar datuk. ada dua orang sepupu bergelar datuk. dan dua orang abang ipar yg juga ada gelaran datuk. tapi mereka yg aku kenal ini, tak pernah berubah seperti mana aku kenal mereka dulu. malah mereka tak mahu aku memanggil mereka dengan gelar datuk itu. ternyatalah gambaran yg mengatakan orang yg bergelar datuk ini biasanya sombong, berlagak dan menunjuk-nunjuk. gambaran stereotaip dalam drama tv atau filem melayu bahawa datuk-datuk ini biasanya kaki rasuah, kaki perempuan dan lupa daratan sebenarnya tidaklah tepat. kalau ada pun mungkin segelintir sahaja.
dua hari lepas ada khabar gembira daripada abang aku. dia menerima surat daripada sultan sebuah negeri yg mahu memberi gelar 'datuk' kepadanya. tapi kerana surat itu baru saja diterimanya sedangkan majlis akan berlangsung hari ini (isnin), jadi dia pun memohon penangguhan.
walaupun belum 'rasmi' bergelar datuk, aku turut tumpang gembira dan bangga. ada jugak seorang daripada ahli keluarga kami bergelar datuk. dan antara kalangan kami adik-beradik, aku paling rapat dengannya. tentulah aku yg diberitahunya dulu. dan aku yakin dia tak akan berubah, walaupun sudah bergelar datuk nanti.
0 refleksi:
Post a Comment