- musim periksa -

Oct 12, 2011

pencapaian diutamakan. ya, aku menetapkan sasaran kepada eril, erol dan erin untuk merekodkan sekurang-kurangnya 3A untuk peperiksaan hujung tahun mereka. tak kiralah apa sahaja subjeknya yg A. walaupun aku tahu ada kemungkinan mereka berjaya atau tidak adalah lebih kurang sama. pada peringkat sekolah rendah begini, pencapaian straight A bagi aku tidaklah begitu utama. ia sekadar meletakkan asas untuk tahun-tahun yg lebih mencabar di peringkat pembelajaran lebih tinggi nanti.

minggu ini peperiksaan akhir tahun sekolah agama. minggu depan sekolah kebangsaan. ianya berlangsung 3 hari bermula isnin lepas. pada hari pertama dan kedua, aku perhatikan eril, erol dan erin tanpa disuruh-suruh, mengulang kaji pelajaran mereka. nampaknya, 'janji pilihan raya' kalau dapat 3 A kita pergi bercuti makan angin naik kapal terbang, menjadi!

tapi malam tadi, untuk subjek yg akan ditempoh hari ini, nampaknya mereka relaks saja. sambil tengok channel kartun. heran jugak aku. konfiden je masing-masing. tak seperti 2 malam sebelumnya.

aku: "periksa tak abis lagi kan...?"

eril: "ada lagi esok. 2 subjek..."

aku: "abis tu kenapa tak buat ulang kaji?"

erol: "papa kata nak kita orang dapat 3A...."

aku: "tak ulang kaji macam mana nak dapat 3 A?"

erol: "dah lepas 6 subjek...boleh dapat 3 A dahhhh..."

eril dan erin senyum aje. mengiyakan jawapan erol.

laaaaaa....budak-budak ni.

2 refleksi:

Irfa said...

hhahhaha..
terkena si ayah.
konfiden sungguh..janji kena kota tu

bangsawan nilai said...

Budak2 skrg kita psiko dia, diorg psiko kita balik he he..