- nak renovate je bukan buat banglo -

Oct 31, 2011

cadangnya nak buat renovation rumah. ada rezeki lebih sikitlah. takdelah sampai nak tambah 2-3 bilik, pasang jacuzi atau buat kolam renang....he he setakat besarkan bahagian dapur dan besarkan ruang tamu dan lebarkan porch saja.

memang ada banyak banner atau bunting tepi jalan pasal ubahsuai rumah. dalam brosur dan pamphlet yg diorang letak dalam peti surat pun ada simpan. jadi masa beginilah nak contact mereka. iyalah, kita pun nak kena tengok bajet jugak. mana yg patut atau tidak. jangan sampai tengah bikin ubahsuai, tup tup bajet lari, duit tak cukup, terbengkalai pulak.

yang paling aku utamakan. pertama bajet yg mengikut kemampuan. kedua, kualiti kerja. pendeknya taklah terlalu mahal, tak pulak terlalu murah. kalau murah bisanya, kualiti hancur...

rupanya tak semua yg diiklankan itu 'mesra alam'. ada yg tak jawab call pun. atau ada yg janji nak return call, tapi sampai ke sudah tak buat susulan pun.

bukan senang rupanya nak buat mende begini. lagi pun kononnya, tak naklah buat porch yg standard macam jiran-jiran lain yg pernah buat ubahsuai rumah diorang. nakkan seni binanya ada kelainan dan unik. sebab dah buat perbandingan dan survei beberapa ubah suai rumah yg menarik hati. cadangnya nak buat porch berasaskan seni bina kayu. bahan binaan daripada kayu cengal yg siap ada ukiran kayu, ketukangan tangan. itulah kalau boleh. gabungan seni bina moden  dan tradisional kontemporari lah. begitulah kiranya.

jadi, kontraktornya agak terhad dengan kepandaian dan kemahiran begitu. cuma ada 3 yg aku kenal pasti.

1. kontraktor dari seremban. pertama kali aku call, amoi yg jawab mintak aku faxkan pelan rumah. so dia boleh buat bajet, berasaskan apa yg aku hendak. dia kata akan bagi maklum balas dalam masa 3 hari. tunggu punya tunggu dah masuk seminggu masih takde respons. bila aku call balik selepas seminggu dia kata, sibuk sikit. petang sikit dia akan telefon semula. katanya nak discuss lebih lanjut dengan bossnya. bila dia tak call aku pun telefonlah. mula-mula dia suruh aku hold sebab nak cari fail katanya bajet dah siap. lama jugak aku tunggu. kemudian dia kata akan call semula. aku kata takpe, aku nak hold. tak percaya dah alasan call semula tu. tup tup.... dia tiba-tiba dah jumpa fail. dan bagitau yg bajetnya sekian-sekian banyak. lalu aku jawab "tak pelah moi, nanti saya discuss dengan wife. esok saya telefon balik..." oleh sebab bajetnya melampau sangat setakat nak bahagian porch je cecah rm38,000. belum yg lain-lain bahagian lagi. aku rasa tak nak teruskanlah. macam cekik darah je. lagipun dia tak berapa nak layan sangat, mungkin sebab aku renovate sikit je, tak untung banyak.

2. kontraktor ni tulis dia biasa buat kerja renovation sekitar nilai pada brosurnya.  bila aku hubungi dia, dan bagitau nama dan lokasi taman perumahan aku, dia macam blur aje. tak tahu kat mana letaknya. rupa-rupanya pejabatnya terletak di KL. dia mintak aku tinggalkan no. telefon dan alamat. oleh sebab jawapannya tak menyakinkan, lagipun kontraktor ni macam tak pandai buat bisnes pun. tak tanya pun aku nak buat apa. tak tunjuk minat pun. cuma suruh aku tinggalkan no. telefon je.

3. jadi, aku dan wifey meronda pada hujung minggu ke  kawasan perumahan sekitar nilai. manalah tahu ada kontraktor yg sedang renovate rumah ikut konsep yg kami minat tu. nasib kami baik... terjumpa satu. dan kami pun jumpa kontraktornya. kerja ubahsuai rumah di situ pun dah nak siap. kami tengok kualiti kerjanya memang baik. kami pun bincang dengan dia. orangnya peramah. dan sanggup datang petang itu juga untuk tengok rumah kami.  keesokan harinya dia dah siap buat anggaran bajetnya. sesuailah dengan kehendak kami. lagipun keseluruhan bajetnya itu lebih rendah daripada rm38,000 setakat buat porch saja...!

jadi, mulai hari ni....kerja renovation tu bermula. dalam masa sebulan atau sebulan setengah, siaplah. kita kena sabar dan cari kontraktor yg betul, supaya kita puas hati. dan bajet pun taklah melampau sangat....itu semua bisnes nak untung dan nak cepat kaya...

4 refleksi:

Irfa said...

sy xde pengalaman renovate rumah ni tapi senang citer tanya kawan2 yg penah buat..tengok hasil kat rumah diorang macam mana..puas hati ke tidak.yg iklan semata2 tapi tak berapa nak layan customer tu baik tak payah..bukan sikit duit tu

bangsawan nilai said...

yep...mmg dpt rekomen dpd kengkawan juga. tapi kununya nak konsep yg lain sikit. itu yg payah tu. alhamdulillah...jumpa jugak.

Zainal said...

Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)