- materialis -

May 31, 2012

semalam aku try telefon dia.
tak berjawab...
aku susul dengan sms. 2 kali.
tak berbalas.

dia janji nak hantar sebahagian hasil projek dalam minggu ini jugak.
tapi katanya mulai hari ni, dia akan ke out station.
sebab tulah, aku cuba nak setelkan semalam.

kebetulan pagi tadi aku dapat cek bayaran untuknya.
untuk kerja konsultasi terdahulu.

jadi, aku nak tengok akalnya macam mana.
aku sms.
tentu dia sudah di luar KL sekarang ni.
hampir serta-merta sms ku dibalasnya.

arghh....kalau pasal duit, sama saja!


- adil pada kita, tidak pada orang lain -

May 30, 2012

kalau kita peminat bola sepak. kita akan sokong pasukan yg kita minat. kalau ada penyokong pasukan lain yg kutuk pasukan kita, kita akan pertahankan. macamlah kita ni ada saham dalam pasukan yg kita puja tu. kalau pasukan kita menang, kita sorak dan meraikannya. dalam satu-satu perlawanan kita akan sorak bagi pasukan yg kita sokong dan boo pasukan lawan. bukan kita benci, tapi tak mahu pasukan lawan mengatasi kita.

bila kita penyokong sesebuah parti politik, kita akan sokong apa yg dicadangkan dan diusahakan oleh pemimpin kita. walaupun kadang-kadang yg mereka buat tu tak semuanya betul. kalau berhujah dalam komentar atau forum tak kiralah di fb atau mana-mana, seboleh-boleh nak menangkan parti yg kita sokong. sentiasa pandang negatif pada parti lawan. walhal parti lawan taklah seburuk mana pun.

samalah juga kalau kita minat seseorang bintang popular atau artis. bagai nak rak kita puja mereka. kononnya artis kitalah pelakon paling hebat, atau punya suara paling merdu. walhal orang lain pun punya minat dan pandangan berbeza. mereka suka artis yg lain, dan kebetulan pulak artis tu kita tak minat malahan meluat. kalau ada orang kutuk atau kondem artis yg kita puja, kita akan balas balik dan kutuk artis yg mereka sanjung.

kita punya hak untuk memihak. tapi tak perlulah sampai membenci atau nampak sangat pilih kasihnya. atau masih juga nak menegakkan benang yg basah walaupun sudah tahu salah silapnya. kita perlu adil dalam menilai. pendekatan memihak, sebenarnya tidak adil walaupun kononnya kita menuntut keadilan...


*************

tapi pendekatan memihak, tak boleh diterima pakai dalam mengendalikan rumah tangga. terutama melibatkan anak-anak. kita tak boleh terlebih sayang dan menunjukkan sangat sayang yg memihak atau berlebih-lebihan pada seorang anak berbanding yg lain.

contohnya, anak bongsu atau anak paling kecil sering lebih dimanjakan. kononnya mereka perlukan belaian yg lebih. sehingga adik-beradik yg lain berasa kecik hati.
pernah tak kita dengar anak kita merungut begini:
"mama/papa lebih sayang kan adik. semua dia hendak dapat..."

dulu masa kecik pun, aku pernah punya tanggapan begitu. aku selalu rasa abah dengan mak lebih sayangkan adik. bila aku gaduh dengan adik, aku yang kena marah. aku disuruh mengalah.
walaupun hakikatnya tidaklah begitu. kasih sayang mak dan abah pada anak-anaknya sama rata, sama rasa. tak pernah berbelah bahagi atau memihak pada satu-satu anak mereka.

kalau anak-anak kita bergaduh, cubalah jangan menangkan sesiapa. salahkan kedua-duanya sekali.
kalau anak kita berebutkan sesuatu, contohnya permainan. ambik apa yg direbutkan itu. supaya tak seorang pun dapat apa yg direbutkan itu.
kalau kita marah, marahlah sama rata. jangan pula dilebih-lebihkan marah pada anak ini kononnya sebab dia lebih besar tetapi tidak pada anak yg lain, kononnya sebab dia lebih kecil dan kesalahannya boleh dimaafkan. kesalahan tetap kesalahan.

sebab tu kalau aku beli ais krim, aku beli jenama atau yg harganya sama.
kalau aku belikan mereka pakaian, aku belikan yg harganya lebih kurang sama.
kalau aku marah bila mereka mereka bergaduh, aku akan marah ketiga-tiganya.
aku cuba untuk dilihat tidak memihak. cuba menjadi seneutral yg mungkin.
kita ibu bapa ibarat pengadil atau hakim...tak boleh pilih kasih, tak boleh memihak.


- raikan cinta -

May 29, 2012

love begins in a moment,
grows over time,
...and lasts for eternity

12 wonderful years...

- ramainya yang nak jadi raja -

May 28, 2012

semakin ramai yg nak jadi raja. terutama musim cuti sekolah begini. biarlah setakat jadi raja untuk satu hari sekalipun.
hujung minggu ni ada 3 jemputan kahwin. satu di kuantan, satu di KL dan satu di tg malim. di kuantan memang kena pergi, sebab yg kawin tu anak sedara wifey. sekarang ni tengah adjust, sekurang-kurangnya nak pergi satu lagi. sama ada yg di KL atau tg malim. sememangnya kalau boleh nak pergi semua. tapi kalau majlis berlangsung serentak, kita tak boleh berada di semua tempat dalam waktu yg sama kan?

jadi pilihan perlu dibuat. dan keputusan perlu diambil. dilema juga. bimbang yg menjemput kita itu kecil hati atau terkilan. memanglah kalau ikutkan, kalau kita tak datang pun majlis tetap jalan jugak. kalau kita tak hadir pun, ramai lagi yg hadir. tak datangkan kesan pun.

tapi secara peribadi, tuan rumah yg menjemput, sedara-mara atau kawan-kawan yg menjemput pasti tahu siapa yg datang atau tidak. cuba letakkan kita sebagai tuan rumah. seboleh-boleh mahu semua yg kita jemput tu hadir, bukan?


- jalan-jalan layan perut ... 4 -

May 25, 2012

nak makan kat curry house yg paling sodap sokali in town pergilah ke sentul curry house. terletak di jalan ipoh berhampiran sekolah sentul utama. premisnya cukup besar. nak parkir takde masalah. sebab kat KL ni yg selalu membantutkan selera ialah masalah parking. premis ni pun bersih digredkan sebagai premis gred A oleh PBT. selain tu, pelayannya pun mesra pelanggan. servis ibarat kedai mamak, belum sempat duduk dah tanya nak order apa....

nak cerita pasal menu, terlalu panjang senarainya. aku syorkan makan dia punya nasi briyani. nasinya berderai-derai. cukup rencah rempah ratusnya.
kalau nak lebih layan tekak, order saja kari kepala ikannya, memang sodap sehingga menjilat jari.

aku dah berkali-kali pergi ke sana terutama untuk makan tengah hari. walaupun sedikit jauh dari ofis, tapi memang berbaloi. dan selepas menikmati kari kepala ikannya tengah hari semalam, aku pun tergerak untuk menulis entri ini. bukan aku saja nak puji, tapi beberapa orang kawan yg aku bawak ke sini turut memuji dan merekomenkannya pulak kepada kengkawan mereka.

layan...

kari kepala ikan...yummy
free parking
pilih saja...

- di kala kasih baru berputik, mereka terpisah -

May 24, 2012

fuh...tajuk entri sikit punya syahdu...he he
erin sibuk bebenar nak bela haiwan peliharaan. cintanya pada kucing memang dah lama kami tahu. berkali-kali dia merengek nak minta bela kucing. tapi tak dilayan. pernah dia cuba nak kidnap anak kucing mak langnya. tapi berjaya dipatahkan.
oleh sebab mengalami jalan buntu, dia merengek pula minta belikan hamster. kemudian arnab. masih juga hajatnya itu tak kesampaian.

kira-kira 3 minggu lepas, kami ke giant, nilai. berhampirannya ada sebuah kedai jual ikan peliharaan dan ikan hiasan. kali ini eril berjaya buat ambush. aku diserang hendap. dia sengaja duduk di kedai jual ikan dan akuarium tu. tak bergerak-gerak dari situ. puas pujuk dia, tapi dia berkeras macam patung.

sudahnya aku terpaksa belikan dia 4 ekor anak ikan. dengan sebuah akuarium kecil. sampai jugak hajatnya. tetapi aku kenakan syarat: kenalah rajin gantikan air dalam akuarium tu bila kotor dan pastikan bagi makan ikan tu setiap hari.
dengan tersengih, erin sanggup terima apa jua syarat hatta hati nyamuk 7 dulang pun dia sanggup...ha ha. ha

tambahan pulak, erol dan eril turut meberikan 'sokongan padu' pada erin. mereka sanggup sama-sama cuci akuarium dan bagi makan ikan. jadi, aku takde pilihan. belikanlah juga. pertamanya, bagi aku bela ikan lebih sesuai dan lebih mudah sebab boleh control dalam satu bekas. tak payah pikir pasal masalah 'buangan' atau tempat tidur atau kekotoran lain. semuanya agak terkawal.

masa pertama kali cuci akuarium tu, aku yg tunjuk ajarkan caranya. kemudain selepasnya, eril dan erin 'berganding bahu' mencucinya. nampaknya takde masalah. memang diorang rajin. kalau boleh, hari-hari nak cuci. aku cakap tak perlulah, 3 hari sekali pun dah okey.

sambil bagi makan, aku tengok erin 'berborak' dengan ikan-ikannya. kadang-kadang dia duduk menghadap akuarium tu, perhatikan ikan berenang ke hulu ke hilir. sungguh ceria nampaknya erin.

sejak kebelakangan aku perhatikan ikan tu dah semakin gemuk. diberi makan yg cukup oleh erin.

....tapi petang semalam, sebaik sampai ke rumah dari tempat kerja, aku disambut oleh tangisan erin. kesemua 4 ekor ikannya, meninggal dunia. tak tahu apa puncanya.

kesian erin. baru nak seronok 'berkawan' dengan ikan-ikan tu. puas jugak aku memujuknya. sehinggalah aku berjanji, "takpelah, nanti kita beli ikan yg lain, ya..." barulah tangisan erin reda.


- report card...detik penuh debaran -

May 23, 2012

dulu masa aku sekolah. kalau result tak berapa bagus, rasa cuak nak bagi report card pada arwah abah. tapi, nak tak nak kena bagi jugak. tahan sajalah berdesing telinga kena marah atau kena leter. sebab lagi teruk kena marah kalau cuba-cuba nak memandai sign sendiri. silap-silap kena pelempang...

sebab arwah abah sangat ambik berat pelajaran anak-anaknya. lagipun dia polis. orang berdisiplin. dia mahu kita jugak berdisiplin. pasal  itulah kalau kita mintak sesuatu berkaitan dengan hal sekolah - nak beli buku ulang kaji, nak ganti kasut koyak atau apa saja - arwah abah akan cuba memenuhinya. walaupun aku tahu gajinya taklah sebesar mana.

mujurlah sejak aku masuk asrama bila ke sekolah menengah, sign report card tidaklah diwajibkan. lagipun zaman sekolah menengah ialah zaman nakal aku. mungkin salah satu sebabnya aku sedikit bebas daripada 'mata-mata' arwah abah. malah arwah abah pun pernah berpesan "ekau dah bosa, kono pandai-pandai bawak diri" semasa  pendaftaran masuk ke sekolah berasrama tu. maknanya dia cukup yakin dengan didikan dan nilai-nilai hidup yg ditanamkan pada anak-anaknya. dia sedar bila masanya sudah sampai untuk melepaskan mereka hidup berdikari.


*******

masa berlalu. kini aku sudah berkeluarga. giliran aku pulalah membimbing anak-anak. baru aku sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang bapak. dan sukarnya melayan kerenah mereka. bayangkan aku ada 3 anak sedangkan arwah abah ada 10 anak. dan semuanya jadi anak yg berjaya dalam kehidupan. mampukah aku...?

*******

berbalik pasal report card.
semalam aku ke sekolah.
fuh...sekarang ni mak bapak kena datang ke sekolah untuk ambik report card anak. aku pujilah. dengan cara itu, mak bapak akan lebih prihatin terhadap pelajaran anak-anaknya dan boleh merujuk terus dengan cikgu yg mengajar.
tetapi hasrat yg baik itu tak selalunya tercapai. kadang-kadang kita tunggu giliran punya lama, tapi berjumpa guru tak sampai 5 minit. dan kerap kali guru hanya menjelaskan secara umum saja. maka, hasrat murni yang ingin dicapai daripada usaha perjumpaan itu tak tercapai.

sebaik giliran aku masuk...
belum sempat mengenalkan diri,  cikgu kelas eril dah cakap dulu...

"ini bapak eril, kan..."

uhhh...macam mana dia boleh tahu. macam mana dia boleh cam.
walhal inilah kali pertama aku jumpa cikgu tu.
adakah iras muka aku ni sangat mirip dengan eril?
besar kemungkinan...!!!

dan...pasal result. semua komen cikgu, baik-baik saja...
kalau tak, mana aku nak sorok muka ni, he he..

- internacionale, kata mamat khalid -

pagi semalam aku ke pan pac hotel klia (dekat je) - 15 minit dr rumah
sdgkan org lain terpaksa meredah jem dr KL atau tempat lain
daftar je, terus ada breakfast...lumayan

international katanya...dari korea, jepun, hk, taiwan, singapore dll maklumlah
asia pasifik kan. anggaran aku ada 350-400 peserta
anjuran kem. pengajian tinggi & mycite

mcm biasa segala macam dimuatkan dlm beg peserta.
fuh...warna oren.

sbg bukti yg aku adalah peserta...ha ha

- lebih heboh daripada jom heboh -

May 21, 2012

sejak dua minggu lepas erin, erol dan eril dah sibuk mengingatkan yg ada karnival di sekolah mereka. siap-siap dah mintak duit beli kupon awal-awal.

nak tarik perhatian aku, mereka kata timb. menteri pelajaran pun datang rasmi.
kata mereka lagi ada macam-macam game. ada rumah hantu, water ball, ps2, mini golf dll. ada pameran jugak, futsal, badminton dan sudah tentulah ada gerai makan-makan. jadi, hari sabtu lepas kita orang pun pergilah...
memang ramai orang yg datang...iyalah bukan selalu macam ni

ini gambar dari tepi rumah hantu. tak sanggup nak tunggu masuk.
ramai sangat yg beratur. puas jugak nak pujuk erin yg memang beriya-iya nak masuk
sehingga kami nak balik, rumah hantu masih ramai yg beratur dari tingkat 3 sampai tingkat 1...

main game yg lain ajelah....

beratur panjang jugak naik main water ball
dekat 45 minit...mainnya 5 minit je

sampai jugak gilirannya...

asal saja korang happy....

erol macam biasa berlawan PS2.
macam mana nak menang lawan dengan budak besar, katanya....

- aiskrim potong stail dulu-dulu -

erin kata ni aiskrim papa...ambik je tak payah bayar.
ha ha ha...ada perasa cempedak, jagung, cendol, pandan, strawberi dll
murah je, aiskrim potong ni 80 sen satu...

- memang dah jodoh kau, jali... -

May 18, 2012

akhirnya kawan ku jali kahwin jugak dengan buah hatinya sejak zaman sekolah dulu. memang dah ditakdir dan jodohnya begitu.
kadang-kadang ada jodoh pun bercerai jugak. malah ada yg bercinta bagai nak rak tapi akhirnya putus sebelum sampai ke gerbang perkahwinan. malahan kerap juga berlaku situasi bercinta dgn orang lain, bertunang dengan yg lain tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain pulak.

jali kawan sekolah aku dulu. budak jawa yg kengkadang alim kengkadang rock.
pernah satu malam, kita orang seludup keluar dari asrama.
jali nak ikut sama.
tapi sebab bila orang baik sesekali nak buat jahat, dia tak berapa pandai.
ada ke nak selinap keluar, dia pakai t-shirt putih.
pakailah baju warna gelap. kalau pak guard pusing buat ronda, dan suluh dengan torchlight, kita boleh nyorok celah semak. atau dalam longkang besar belakang asrama.
sudahnya kami suruh dia patah balik. tukar baju...
kalau kena tangkap, habislah dikerjakan dek warden.

jali pernah jugak berada di persimpangan dilema.
sebab dia sudah jatuh hati pada satu budak perempuan yg sekelas dengan aku.
hari-hari dia suruh aku kirim salam.
awek tu pun respon baik jugak.
tapi semua orang tau yg dia sudah ada balak yg studi kat oversea.
pernah jugak, jali mintak aku jadi posmen kirim surat pada awek tu. tapi setahu aku, tak pernah dibalasnya.
aku ingatkan dia pasal buah hatinya di kampung.
oh ya, kampungnya di PD.
takkanlah sebab ada sorang awek cun, jali berubah hati...

lepas tu, jali muhasabah diri.
ceritanya, yg buah hatinya itu, lebih tua daripada jali.
tapi pada aku, setakat beza umur 2-3 tahun apa ada hal.
tapi aku nasihatkan dia. kita ni masih muda. masih jauh perjalanan hidup.
akan jumpa ramai orang lain yg mungkin jadi jodoh kita. jangan sampai terikat sangat.
rock-rock aku masa tu pun, dahsyat jugak bila jadi penceramah motivasi atau kaunselor...ha ha

habis sekolah - aku masuk u, jali masuk maktab perguruan.
kami lost contact kejap.
tapi bila nak kahwin, jali cari aku. sampai jumpa.
seboleh-boleh nak jemput aku datang ke majlis kahwinnya.

bila aku tanya, dengan siapa jodohnya?
ya, jodohnya dengan buah hati sekampungnya, sejak kami sekolah dulu.
hubungan mereka kekal juga. jodoh mereka sampai jua.
kira-kira 8 tahun kemudian.

kini meraka hidup bahagia dengan keluarga.
dua-duanya cikgu, mengajar di sekolah yg sama. di PD....

dua hari lepas, jali sms aku.
"hari ni, hari guru. kau tak nak wish aku ke?"
ha ha ha...jali...jali...aku terlupa la yg kau tu cikgu!


- benda yg tak ada kat bilik ofis orang lain -

May 17, 2012

bunga ni dah bertahun tak bersiram...masih hidup
...dan berhabuk
kasut emergency, mana tau kasut yg ada tetiba koyak
atau kena kebas bila pergi surau atau solat jumaat
sesekali bila boring teramat atau tension dgn keje...pakai ni,
 buka volume kuat-kuat dan head banging...!
tak dapat lepak starbucks, kat ofis pun
ada frappuccino starbukcs
 (sila abaikan sticky notes pd dinding..he he)
sayang nak buang radio buruk ni. masih boleh berbunyi lagi
peneman aku sebelum ada online radio dan mp3
kalau ada meeting atau majlis formal baru sibuk nak pakai tie
atau jaket tu. pilih je warna yg matching dgn baju
ni bertepatan lah dengan ibarat
"kerja yg menggunung...!"

- terima kasih, cikgu . . . -

May 16, 2012

hari ni hari guru.
kalau dulu masa kat sekolah. hari ni adalah hari untuk 'mendera' cikgu.
hari inilah nak tengok cikgu mana yg paling sporting.
cikgu kena nyanyi, cikgu lelaki kena main bola jaring, cikgu perempuan kena main bola sepak, ada sukaneka yg sengaja nak 'mengenakan' cikgu, cikgu dipakaikan uniform sekolah.
dan paling best...ada makan-makan.
biasanya cikgu yg popular akan dapat banyak hadiah dan bunga.
cikgu yg garang tu, melopong aje lah.

aku tak tahulah apa suasananya sekarang.
mungkin lebih meriah daripada dulu. entah lah.
atau lebih suram atau sambutan yg formal. ucapan guru, ucapan wakil murid....disudahi jamuan.

semakin jauh daripada alam persekolahan (dengan kata lain, makin tua la...). semakin banyak yg dah luput daripada ingatan. terutama nama-nama cikgu. walaupun masih ingat subjek apa yg mereka ajar.

ini antara yg aku masih ingat. yg lain bukan tak ingat. setiap daripada mereka mempengaruhi hidup aku. setiap ilmu yg mereka sampaikan amat bermanfaat untuk masa depan aku. walaupun aku akui, tak semua mereka aku suka. tapi suka atau tidak itu subjektif sifatnya. mungkin subjek yg kita minat, maka cikgunya juga kita suka. subjek yg kita tak minat, kita tak berapa suka cikgunya...itu pandangan aku lah.

cikgu thomas
mengajar bahasa inggeris. sangat garang orangnya. aku pernah kena berdiri atas meja  (bukan kerusi)sebab berkali-kali gagal kuiz spelling. buku latihan aku juga pernah dicampakkan ke luar tingkap (dan jatuh ke tingkat bawah) kerana homework tak siap. kena tengking dalam kelasnya itu biasalah.
tapi suatu hari, cikgu thomas jatuh sakit. diserang sakit jantung. dimasukkan ke hospital.
tak ramai yg melawat. aku masih ingat, aku ajak kawan-kawan sekelas...seorang pun tak nak ikut. akhirnya aku tumpang kereta cikgu sejarah untuk melawatnya di hospital.

sejak kejadian itu, cikgu thomas berubah sikap. tak garang langsung. malah sangat kelakar dalam kelas. dia jadi rapat dengan aku. aku yg dulunya lemah dalam subjek english dan takde harapan nak lulus tak sangka akhirnya boleh score dalam exam. berkat tuisyen percuma yg diberikan oleh cikgu thomas.

cikgu ibrahim
cikgu BM. sejak sekolah rendah aku memang handal dalam BM. cuma aku akuilah agak nakal sikit. terutama di sekolah menengah. perkara yg paling aku malas ialah buat homework. tak pernah siap kalau kena buat karangan, atau kefahaman.

tapi entah kenapa result untuk exam BM aku tak pernah jatuh. cikgu ibrahim selaku panitia subjek tu perlu pilih pelajar untuk mewakili sekolah dalam kuiz BM. mula-mula peringkat antara kelas. dia terpaksa pilih 4 pelajar terbaik. walaupun aku tahu, dia tak berapa 'berkenan' dengan kenakalan aku, tetapi atas sikap profesionalnya dia mengetepikan sentimen dan pilih aku sebagai wakil kelas.

nak dijadikan cerita. kelas kami menjadi juara antara kelas. dan terpilih mewakili sekolah. seterusnya menang di peringkat daerah dan akhirnya juara negeri. bukan nak akat bakul, aku dipilih sebagai peserta kuiz terbaik...
...dan cikgu ibrahim menghadiahkan aku jam tangan. "jangan beritahu yg lain..."pesannya.
jam itu masih ada dalam simpanan aku hingga hari ini.

cikgu kalthum
aku masih ingat sebab namanya sangat klasik. cikgu kelas semasa aku form 3. ya, tahun peperiksaan.
aku ada masalah sikit. subjek yg aku minat, aku score. subjek yg aku tak minat, aku failed. bukan sebab aku tak boleh buat tapi masalah orang kata ada masalah psikologi.

aku masih ingat, 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar, cikgu kalthum bagitau nak jumpa aku lepas sekolah. aku tak tahu apa tujuannya. tengah hari tu, dia bawak aku ke pekan seremban. dia belanja aku makan tengah hari. weh...malu aku. cikgu perempuan ajak aku dating.
lagipun cikgu kalthum ni lawa orangnya, masih muda.

dalam restoran tu, dia curahkan segala nasihat. ibarat seorang kakak pada adiknya.
"saya sayang awak. awak ni pandai. tapi cuma malas dan nakal sikit...." kata-kata itu adalah kata keramat bagi aku.
aku tak tahu kenapa cikgu kalthum ambil berat sangat pasal aku. dan aku seorang saja yg dapat 'layanan istimewa' daripadanya.

peristiwa tengah hari itu telah membuka pintu hati aku. dalam temboh 2 bulan terakhir itu, aku belajar bagai nak rak. dan akhirnya lulus periksa dengan cemerlang. kalau tidak aku mungkin tak jadi 'orang'.

cikgu rohani
aku rasa pernah ceritakan pasal cikgu rohani dalam blog ni.
cikgu kelas aku semasa form six. masa tu aku down sangat. walaupun, result SPM boleh dikatakan baik, tapi aku tak lepas ke mana pun.
ramai kawan baik aku ditawarkan belajar ke oversea, ke kolej, matrikulasi dan universiti. cuma aku yg tertinggal di belakang. aku rasa kecewa. dan pelajaran aku semasa form six merosot habis.

hinggalah suatu hari cikgu rohani mengadakan perbincangan hati ke hati dengan aku. antara kata-katanya yg masih aku ingat. "saya tahu awak lebih baik daripada apa yg awak boleh buat. takkanlah awak nak sia-siakan 2 tahun ini (form 6) nak meratapi nasib awak. awak akan rugi dan menyesal sepanjang hayat..."

dia 'memaksa' aku menyertai study group. belikan aku buku latihan dan rujukan. and the rest is history...aku balas segala keprihatinannya itu dengan melangkah ke menara gading.


**********

buat cikgu thomas, cikgu ibrahim, cikgu kalthum dan cikgu rohani. jasamu sentiasa aku kenang.
buat semua cikgu yg pernah mengajarku...terima kasih atas ilmu yg kau curahkan.

termasuklah,
cikgu halim, yg pernah aku pancitkan tayar keretanya.
cikgu helen, yg pernah aku letakkan ular plastik dalam begnya.
cikgu rosli, yg pernah aku sorokkan topi keledarnya.
cikgu rozie, yg pernah aku cakar buku log mengajarnya.
cikgu magesh, sebab selalu ponteng kelas matematiknya dan hadiahkannya bunga tahi ayam.

dan setiap seorangnya yg tidak dapat aku namakan di sini. sama ada terlalu panjang listnya, atau aku dah lupa nama mereka.


- 5 minit aje -

May 15, 2012

petang selasa seperti hari ni, biasanya ada satu kumpulan tabligh akan berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah di kawasan perumahan aku ni. mereka akan ronda mana rumah yg sempat disingahi. kalau tak sempat, sambung ke minggu berikutnya.

'beri kami masa lima minit. bukan nak berdakwah, tapi sekadar berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati..."kata mereka selalunya untuk memulakan perbualan.

kalau jalan tak jem, atau tak singgah beli barang dapur yg dipesan oleh wifey, atau singgah belikan jajan untuk anak-anak aku...aku akan sampai awal.
kalu tidak, terutama kalau jalan jem, hujan atau apa-apa halangan di jalan...dekat nak maghrib baru sampai rumah.
sebab tu jarang aku bertembung dengan kumpulan tabligh tu.
pernahlah sekali dua, aku dikunjungi oleh mereka ni.

aku tak kesah. aku dengar sajalah apa yg cuba mereka sampaikan.
bukannya lama pun. kadang-kadang kalau kita angguk dan iyakan aje, apa yg cuba mereka sampaikan...5 minit dah selesai.
itu cara mereka berdakwah.

aku perasan ada sesetengah jiran yg kurang senang dengan kehadiran kumpulan itu. mereka akan tutup pintu dan tingkap rumah.
abaikan panggilan salam kumpulan  tabligh tu. buat-buat tak dengar...
duduk diam-diam dalam rumah, padam tv. buat-buat macam takde orang kat rumah.
ataupun pesan pada anak-anak mereka supaya bagitau, 'bapak takde kat rumah..." walaupun kereta ada menjalar depan rumah.

seolah-olah mereka itu dianggap sebagai mengganggu ketenteraman.
oleh itu mereka dilayan seperti jurujual jalanan. atau yg buat jualan door to door.
untuk menghindarinya, cara paling mudah ialah dengan tidak melayan mereka.

bukan salah mereka juga. terlalu kerap salesman ni datang.
kadangkala merimaskan. dan mengganggu privasi.
daripada yg jual kerepek, alat penapis air hinggalah kononnya nak buat survey.
itu tak masuk lagi yg tawarkan gores dan menang.
biasanya diorang minta 5 minit, tapi sudahnya goreng sampai hangus selagi barang tak dapat jual...!


- tuan rumah, kami datang nak makan...! -

May 14, 2012

aku memang dah pasang niat. bila rumah siap renovation, aku nak buat kenduri kecik. buat doa selamat, baca yasiin dan tahlil. bukan nak ajak orang surau atau jiran-jiran. tapi nak ajak adik beradik je. kira-kiranya majlis untuk ahli. dan tertutup.

iyalah, dua bulan lebih jugaklah menanggung rumah berselerak dan berhabuk. akhirnya siap jugak!
kira-kiranya sekalikan jugaklah dengan 'perasmian' bangunan tambahan...he he he.



lagipun memang adik-beradik sebelah aku, sejak 3 tahun lepas cuba adakan secara bulanan majlis baca yassin dan tahlil. biasanya kita buat cara pot luck. orang kata itu boleh menambah keceriaan. lagipun tak nak menyusahkan kak lang nak memasak segala menu. sebab kami biasanya berkumpul di rumah kak lang. lagipun kalau pakai pot luck sebenarnya hidangan lebih mewah, banyak dan kadangkala melimpah ruah macam kenduri besar. utk elak pembaziran, makanya bolah tapau, masing-masing bawak balik.


kalau kenduri memang kena clearkan perabot. bersila dan bersimpuh lebih afdal...

tak banyak gambar yg sempat diambik, tuan rumahnya sibuk melayan tetamu
alhamdulillah, sehingga kini, program tu terus berjalan. dan aku ambik kesempatan pada majlis bulan lepas untuk mempelawa sebagai tuan rumah untuk majlis berikutnya. 

jadi ahad lepas, bertungkus lumslah aku dengan wifey menyiapkan segala persiapan untuk tetamu. kami berdua saja, cuma eril bolehlah diharap bantu kemas rumah, sikit-sikit.
berkumpul adik-beradik memang seronok. bukannya selalu dapat begitu.
cuma angah & famili tak dapat datang kali ni, sebab ke australia melawat anaknya kat sana. memang dah rancang dan book tiket awal-awal.

rasa lega, teruja dan seronok jadi tuan rumah ni. tapi pergi kerja hari ni, badan rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh. penat tapi berbaloi...!


- bukan suka tapi terpaksa -


antara perkara yg tak best nak buat ialah gunting rambut.
tapi terpaksalah.
kalau boleh biarlah panjang sikit. nampak macam orang dah besar.
nak buat fesyen sikit macam k-pop.
paling tidak pun ikut stail rambut aril AF.
tapi apa nak buat, masih sekolah lagi kan.
nanti pengawas tulis nama dalam buku log.
cikgu disiplin akan bagi amaran.
kalau tidak nanti kena denda kat sekolah.
mama akan berleter  kat rumah.
tapi, papa selalunya tak kesah sangat.
sebab dulu masa sekolah pun dia kata, ikut stail amy search. 
kejap rambut panjang, kejap punk kejap botak...
ha ha ha
ambik kau! kena gunting stail sekolah kat kedai gunting rambut mamak.
kau cakap lah apa stail pun...tetap sama. mamak style!


- siri bercakap dengan erin . . . 11

May 11, 2012

hari ni ada ujian kemahiran seni dan lukisan kat sekolah.
macam biasa setiap kali ada ujian, malam tu sibuklah nak beli itu dan ini.
bukan erin aje, erol dan eril pun sama.
nak beli gam, nak beli gunting, nak beli kertas warna, nak beli kad manila, water colour.
walhal dah berkali-kali dibeli.
mungkin diorang habis guna untuk praktis melukis agaknya....he he

malam tadi kita orang pergi kedai stationaries.
penuh sesak. pelik jugak aku.
rupa-rupanya kengkawan diorang yg lain pun sama jugak perangainya.
esok nak guna, malam tu baru heret mak bapak beli segala keperluan kat kedai.

koyak jugaklah wallet aku nak bayar macam-macam benda.
macam beli untuk persediaan nak buka sekolah pulak rasanya.

sampai di rumah, mereka pun melihat semula 'hasil tangkapan'.
aku tengok erin yg beli paling banyak.

"manik dengan reben ni nak buat apa?" aku tanya pada erin.

"erin pilih soalan nombor tiga ni...buat hiasan kat kepala...." erin petah menjawab. soalan dan keperluan sudah diberi awal seminggu oleh cikgu. sambil menunjukkan satu senarai pada aku.

"ni manila card sampai 3 keping nak wat apa...?" ishhh baru nak tanya. tadi kat kedai tak nak tanya....he he

"yang ni satu erin  punya. yg ni untuk kawan erin....!" jawab erin dengan selamba.

"apasal lak nak bagi kawan erin. biarlah dia bawak sendiri..."aku sedikit musykil.

"sebab bila ada kelas seni dengan lukisan, dia selalu tak bawak. dia selalu kongsi erin punya...." erin mempertahankan hujahnya.

"kenapa pulak erin susah-susah bawak dan kongsi dengan dia. biarlah dia beli sendiri." aku sedikit tegas.

"nanti kalau takde. dia kena marah dengan cikgu. kesian dia.
lagipun dia orang miskin. macam mana nak beli barang-barang..." erin cerita tentang kawan-kawannya. panjang lebar.

aku diam ajelah. mungkin kata erin tu betul.
lagipun kata orang...
hati kanak-kanak ni lurus dan bersih macam kain putih.
tak pandai nak dengki atau busuk hati macam orang dewasa.


- berbarbeque sambil beramal -

May 10, 2012

mujur juga sekarang ni dah ada dapur bbq yg guna gas.
kalau tidak jenuh juga nak mengipas api dari kayu arang yg dibakar.
yep, ayam dan kambing sedang dibbq kan

untunglah anak sedara ramai. rajin pulak tu.
tak payah nak harap pak sedara aje. pak sedara cuma perlu belikan bahan.
mak sedara pun tak banyak kerja sgt. bolehla bergosip...
sambil duduk lepak sambil tunggu bbq  siap.

- dia suka sizzling mee, aku pilih pecel lele -

May 9, 2012

untungnya kalau makan di rumah, takde yg nak merungut. makan ajelah apa yg terhidang. itu aje pilihan yg ada. kalau sedap makanlah banyak. kalau selera tak kena makan sikit. kalau tak makan nanti lapar pulak.... ha ha ha

selalunya bila pergi makan di luar memang banyak pilihan. lebih susah lagi bila masing-masing ada kegemaran sendiri. eril order yg itu. erol nak yang ini. erin pulak pilih yg lain.
kadang-kadang waiter tunggu tercongok sambil buat muka poyo, nantikan kita order dari menu.
sudahnya jadi lambat. memang betul lah orang kata cita rasa dan selera berbeza.

malah kalau makan di mekdi pun, pilih burger yg tak sama. ke kentaki pun nak makan ayam lain-lain. ke pizza pun ada pilihan pizza masing-masing.
sebenarnya kalau nak ikut pilihan terutama di restoran makanan segera kita banyak rugi. lebih baik ambik yg set. famili set ke. sebenarnya lebih jimat dan murah.

satu lagi, kalau order pilihan masing-masing, akan jadi lambat. kalau tak percaya cuba pergi kedai tom yam. bila order nasi padprik, nasi goreng pataya, mee bandung, mihun sup....jenuh jugalah menunggu hidangan sampai.

malam tadi pergi tesco. 
bukan nak beli barang keperluan sangat.
wifey nak pergi 'buat rambut' katanya. biasanya aku kalau gunting kedai mamak, dalam masa 10 minit dah siap. tapi, kalau nak menunggu wifey 'buat rambut' memang jenuh la menunggunya. makan masa 1-2 jam.
aku masih tak faham apa yg saloon rambut tu buat. mahal pulak tu. 
takpelah...wifey yg bayar sendiri...he he he 

jadi, sementara menunggu tu, kita orang makanlah dulu kat medan selera tesco tu. untuk wifey punya...tapau ajela. hukuman sebab kita orang kena tunggu.

anehnya, kali ni diorang bertiga pilih menu yg sama. seingat aku buat kali pertama, sama!
eril, erol dan erin order sizzling mee claypot.

cuma aku aje yg lain sikit. makan pecel lele... ha ha ha
memang cita rasa dan selera kita berbeza. tak boleh nak buat apa dah...

- adeh...kena injek -

May 8, 2012


hari ni ada ujian saringan kesihatan atau health screening tak payah pergi hospital. diuruskan oleh kompeni.
memang kami ni bertuah sebab kalau kat hospital swasta memang kena bayar.
majikan mahu semua stafnya sihat.
kalau sihat boleh buat kerja kuat dan produktiviti meningkat....ha ha
ini kira strategi 'menang-menang'.
tapi lepas pergi check up ada meeting pulak. kepala ada sikit pening lalat la....

- e-mel seorang kawan dari madrid -

May 7, 2012


Assalamualaikum,


Hope you get this on time,sorry I didn't inform you about my trip in Spain for a program, I'm presently in Madrid and am having some difficulties here because.. we misplaced our Bags and cell phone on our way back to the hotel we lodge in after we went for sight seeing. The Bags contained all the valuables we had. Now, my passport is in custody of the hotel management pending when we make payment.

I am sorry if I am inconveniencing you, but I have only very few people to run to now. I will be indeed very grateful if I can get a loan of  1,350 EURO  from you. this will enable me sort our hotel bills and get my sorry self back home. I will really appreciate whatever you can afford in assisting me with. I promise to refund it in full as soon as I return. let me know if you can be of any assistance. Please, let me know soonest. Thanks so much.


Best Regards


aku terima e-mel ni daripada kawan yg memang selalu berhubung dengan aku menggunakan e-mel. bahkan baru jumaat lepas aku terima e-mel terakhir daripadanya.

mula-mula hampir terpedaya juga aku dengan e-mel ni. 
kebetulan pula kawan yg ini adalah seorang pensyarah universiti dan selalu ke luar negara membentangkan kertas kerja dan hasil penyelidikannya atau menghadiri seminar.

jadi aku syak, e-melnya sudah diceroboh. dan percaya dia tahu latar belakang pemilik e-mel ni. aku juga percaya yg bukan saja aku saja yg terima e-mel demikian. sudah pasti kawan-kawannya yg lain. ini adalah scam....

ada beberapa sebab yg aku buat kesimpulan itu:
1. kawan aku ni kalau nak ke luar negara dia akan bagitau pada aku ataupun sekadar bertanya contohnya "aku nak pegi spain next week, kau nak kirim apa?"
2. atau pun dia sms atau letak status pada fb
3. kawan aku ni biasanya tulis e-mel dalam bahasa melayu pada aku.
4. e-mel ini ditujukan secara umum bukannya pada aku seorang.
5. teringat pada aku e-mel hampir serupa beberapa tahun dulu. seorang kawan aku yg menghantar e-mel dari 'jepun' kononnya,mengatakan dia jadi mangsa ragut. semua dokumennya hilang. dan dia minta bantuan kewangan.

lalu aku segera menelefon kawanku itu. ya, dia ada di KL...bukan di madrid.
beberapa kawannya yg lain juga menerima e-mel yg sama. oleh itu dia sedar e-melnya memang sudah diceroboh. kena hack!

huh...macam-macam cara orang nak menipu yek....

ni bukan kes scam orang afrika yg kononnya mewarisi harta berjuta-juta. tapi taktik lebih licik gunakan nama kawan kita dan minta sejumlah wang yg taklah berapa banyak (1,350 euro aje). kalau seorangla, kalau ada 50 orang kawan yg hulur simpati...banyak jugak tu.

- orang lain belanja, orang lain yg bayar -

May 4, 2012


"lunch hour u kat mana"

"blm ada plan. still in ofc"

"biasa mkn mana"

"tapau je or mamak"

"lunch sama. i belanja"

tengah hari semalam aku dgn seorang kawan dari bangi berbalas-balas sms. ketika itu dia sedang memandu ke kota sesak bernama KL. tersangkut di sg besi. oleh sebab trafik yg merangkak, sempatlah dia bersms.

masa lunch aku terhad. 1 jam. makan apa yg ada. kedai makan yg paling dekat dengan ofis. tapi cafe yg ada dekat dengan ofis ni sealunya sesak, kecuali kalau curi masa sebelum lunch. kalau selepas waktu lunch, takde pilihan dah 3/4 licin. susah-susah tapau aje...

adalah kengkadang keluar. tapi masalah di KL ni atau pinggir PJ ni. satu, jalan sesak. kedua, susah nak cari parkir. tiga, waktu yg terlalu cemburu nak bergegas masuk ke ofis semula. kecualilah ada tetamu datang atau client belanja kita atau sebaliknya. adalah alasan, masuk lewat sikit.

"ke mana kita?" tanya kawan ku R.
"ke bangsar ajelah..."aku bagi cadangan.

aku tunjuk dia jalan pintas. jalan pintas pun sesak jugak. sekarang kawan ku itu tahu, kenapa aku hanya tapau atau ke kedai mamak terdekat sahaja.

berpusing-pusing kami mencari parkir. tawaf  guna kereta. bukan saja petak parkir kosong, segala bucu jalan, segala bahu jalan pun takde peluang nak parkir. di pusingan yg kedua kawanku R berkata "ada rezeki kita, adalah...." sebaik habis berkata begitu, ada kereta yg mengundur dari petak parkir....

kami ke restoran mahbub. antara yg popular di bangsar.
terkenal dengan briyani dan ayam madunya. "the best beriyani ayam madu in bangsar since 1970" antara tag linenya.

sesak jugak dengan pengunjung. ada yg tak toleh kiri kanan dek kerana kesedapan.

"ada kosong ka macha...!" aku tanya peekerjanya.

"ada...ada sana dalam. belakang sikit, boley...?"

kami pun ke tempat yg ditunjukkan.

sedang aku dan R  'rancak' menyuap dan berbual, aku disapa oleh seseorang.
ahhhh...seorang lagi kawan aku, RH rupa-rupanya 'mencari makan' di situ. dia datang berdua, kebetulan pada ketika tu, hampir semua meja penuh. lalu mereka pun duduk semeja.
kami sambung berbual dan menikmati hidangan.

akhirnya sewaktu nak 'bersurai'.
RH yg belanja kami makan.
bukannya kawanku R dari bangi tadi....
murah rezeki kami.
rezeki jangan ditolak...


- sudaaa tukar kaa sikaranggg ? -

May 3, 2012


apa tujuannya key performance indicator (kpi)?
pertamanya, untuk menilai prestasi kerja. kalau ada kpi yg ditetapkan, setiap pekerja harus berusaha gigih dan kental untuk mencapainya.
kalau tak, makanya kpi takkan dapat dicapai, sebab prestasi tak bagus.
kalau berterusan tak capai kpi, ada kemungkinan boleh diminta cari kerja lain.
sebab sasaran kpi tu bukan ditetapkan sepenuhnya oleh majikan tapi ditetapkan bersama-sama.
kira-kiranya macam m.o.u. antara pekerja-majikan.

oleh sebab boss aku masih baru. tak sampai 6 bulan. makanya, dia tak boleh menilai prestasi stafnya. tak cukup syarat. tak sah kalau dia yg buat.

jadi akulah yg kena ambik alih menilai prestasi. berdasarkan kpi yg sudah ditetapkan.
itu bukan masalah bagi aku.

masalah sebenar bagi aku ialah, siapa pulak yg akan menilai prestasi kerja dan kpi aku?
hal ini aku ajukan kepada bahagian sumber manusia (HR)
dan mereka dengan mudahnya meletakkan penilaian aku akan dibuat oleh the super big boss!
lalu aku persoalkan kenapa pulak begitu?
boss baru tak boleh nilai sebab dia tak tahu prestasi kerja aku.
super big boss pun bukannya kenal aku.
aku ni siapa? bukan ada yg kenal pun apatah lagi super big boss...
bukan tahu pun prestasi kerja aku...boleh pulak buat penilaian!
jadi, mereka kata itu saja caranya.
takde orang lain dah.

itu dulu. hampir 6 bulan dulu.
aku ingatkan dah setel.
dua tiga hari ni, isu tu timbul semula.
aku dah buat laporan penilaian untuk semua staf.
tapi aku tengok rekod, super big boss tak pun tengok rekod aku atau borang online yg aku hantar.
apatah lagi untuk menilai dan meluluskannya!
aku pun komplenlah pada bhg sumber manusia.

hari ini aku dapat panggilan daripada pegawai sumber manusia yg bijak bestari.
kali ini mereka baru sedar bahawa keputusan mereka silap.
dan yg jadi mangsanya aku...

laporan penilaian sepatutnya sudah dihantar. dan tarikh penghantaran sudah tamat.
aku punya dah lapsed. tak boleh dinilai atau direkodkan.
rugilah aku. takde kenaikan gaji...!

aku dibertitahu, perkara yg memang aku dah tahu. dan mereka juga sudah tahu...
super big boss tak boleh nilai aku.
boss baru (yg sekarang ni dah lama...) juga tak boleh nilai aku.
jadi, aku akan dinilai oleh rakan sekerja.
ya, rakan sekerja tu yg sebelum ni aku yg nilai dia.
kali ini dia perlu nilai aku...

apa punya peraturan ni weh....
baik tak usah ada laporan penilaian prestasi atau kpi ni.
boleh tukar peraturan sesuka hati kalau bahagian sepatutnya itu buat silap.
kalau kita buat silap bukan main komplen, hantar surat tunjuk sebab!

tak pernah aku jumpa begini.
"kau nilai aku, aku nilai kau balik."
kita kowtim ajelah.....kalau macam tu.
aku nak letak perfect 10...peduli ape!


********

sekarang baru aku tahu kenapa staf bahagian sumber manusia semuanya hebat belaka.
sebab tu mereka...
cepat naik gred, cepat naik pangkat...
selalu dapat anugerah pekerja cemerlang.