memang benarlah sakit itu satu dugaan Allah. kita perlulah berubat untuk menyembuhkannya. sebab itulah orang kata lebih baik dicegah daripada diubati. namun kita juga harus percaya setiap penyakit ada ubatnya. walaupun ada sesetengah penyakit kronik seperti kanser belum ada penawarnya.
jumaat lepas, selepas maghrib, kami bergegas ke hospital putrajaya. iyalah, balik kerja pun dah dekat senja. terima berita bahawa ada sedara yg dimasukkan ke icu. oleh sebab waktu melawat hanyalah dibenarkan sehingga jam 7 mlm, maka keizinan bersyarat terpaksa dipohon. hanya dua orang dewasa dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. dan perlu berdaftar terlebih dulu.
kami sedia maklum, yg dia memang sudah menderita sakit sejak setahun lalu. menurut doktor ketumbuhan dalam perut. dan sudah pun menjalani pembedahan. kemungkinan kanser juga. kemoterapi juga dijalankan. tetapi penyakitnya semakin serius.
selain rawatan hospital dan perubatan moden, sedara itu juga dihantar menjalani rawatan tradisional. ke mana sahaja pakar rawatan tradisional yg dicadangkan oleh sahabat handai dan sedara-mara, keluarganya akan hantar berubat. hampir seluruh ceruk negara. usaha selagi termampu.
begitu cuga mencuba ubatan daripada jualan langsung.
adatlah kalau pergi berubat. macam-macam hasil penemuannya. malah ada yg mengatakan sakitnya itu berkait dengan buatan orang. sejauh mana benarnya, wallahua'lam...
kata pakar ubatan tradisional juga, terkena salah orang, sedangkan yg dituju ialah orang lain.
hendak percaya susah, tak nak percaya pun, mungkin ada benarnya.
tidak ada yg lebih menyedihkan melihat orang yg kita kenal dan kita sayang, terlantar sakit. namun, usahlah berhenti berharap. dengan secebis harapan itu mampu menggagahkan diri, menguatkan usaha, mengumpul ketabahan untuk terus berusaha demi sebuah kesihatan...
4 refleksi:
ya, usaha selagi termampu. tawakal aje tanpa usaha tak guna.
ya, usaha selagi termampu. tawakal aje tanpa usaha tak guna.
sad but true...
aku paling sedih bila org tgk susah berusaha berubat sana sini,tapi ada yang ambik kesempatan
Post a Comment