- siri bercakap dengan erin . . . 14

Jun 12, 2012

aku tengah asyik tengok gelagat azwan ali yg kecoh dlm masterchef selebriti bila erin mendekati aku. dia tahu aku memang suka tengok rancangan tu. ini semua gara-gara masterchef musim pertama dulu lah.

erin: kenapa papa suka tengok citer ni? (tanya erin dengan dahi berkerut)

aku: saje....(dengan muka selamba)

erin: papa bukannya tau masak pun (erin mula buat provokasi...)


aku: eh...sapa kata papa tak pandai masak. malas je.... (sikit panas...)

erin: tak penah pun tengok papa masak (provokasi erin menjadi-jadi)

aku: sebab tulah papa tengok ni. nanti bolehla papa masak macam masterchef...

erin: tengok je boleh pandai ke...?

aku: (diam...kalaulah semua perkara kita boleh jadi pandai atau pakar dengan tengok aje...)


nota kaki: bila lah azwan & raja azmi nak tersingkir ni...!

4 refleksi:

rahimin said...

erin pun dh pandai provoke skrg...ha aha

Anonymous said...

erin boleh jd lawyer besar nanti...

Irfa said...

hahahaha..igt aku sorang je nyampah tgh diorang berdua tu..ko pun sama?

editor kampung said...

minat masterchef rupanya. tp masak tak pandai gak...ha ha