- jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh -
Jun 13, 2012
pernah dulu aku ditegur oleh seorang bijak pandai bergelar profesor kerana menggugurkan al-quran daripada senarai buku dalam bibliografinya.
aku punya alasan tersendiri.
"al-quran bukan buku...prof. " dengan tegas dan tanpa kompromi.
"buku adalah hasil karya manusia, al-quran adalah wahyu Allah" aku menjelaskan.
semalam ada seorang dpd friend list aku meletakkan status dalam facebooknya begini:
lalu aku menegurnya supaya mendelete status itu.
aku tidak komen tapi hantar pada inboxnya.
aku nyatakan sebab yg sama:
"al-quran itu bukan buku..."
apa yg terjadi selepas itu, agak dikesalkan.
bukan dia delete status tu,
tetapi dia delete aku daripada friend listnya....!
ada banyak lagi perkara yg disebar dalam fb yg tidak betul. tetapi kita bantu sebarkan tanpa usul periksa.
* tajuk entri adalah peribahsa melayu yg bermaksud "org yg menyangka dirinya bijak selalu mendpt kehinaan; ttp org bodoh yg suka bertanya akan beroleh kejayaan" sumber DBP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
itulah kdg2 tak sedar kita sebar benda yg salah. sbb tak tau hal sebenar, ikut-ikut je
dia malu yg amat sgt la kot
mmg patut pun di tegur
kdg2 diorang tagged kita benda yg tak betul. kita pun mcm subahat lak...
main copy paste je, silap-silap langgar akidah
Post a Comment