- yang berduri datang bergolek -

Jun 18, 2012

wifey suruh kami saja yg keluar pagi ahad ni. breakfast kedai mamak.
katanya dia nak kemas rumah, sorang-sorang.
selain tu dia pesan untuk singgah ke pasar raya.
wifey jugak pesan suruh eril dan erol gunting rambut. dan jangan lupa singgah car wash.
keretanya dah 2 minggu tak cuci.

selepas breakfast dan gunting rambut kami singgah ke pasar raya mydin, kota seriemas.
barangan yg nak dibeli sepatutnya sikit, jadi setengah troli.
sebahagian besarnya, jajan.
inilah masalahnya bawak budak-budak, semua dibubuhnya dalam troli.

sewaktu di parkir mengisikan barangan ke dalam bonet, aku disapa oleh seseorang.
dia menjongolkan kepalanya dari tingkap kereta, sambil melambai-lambaikan tangan.
selalunya perangai begitu dibuat oleh budak-budak, tapi ini mak budak!
eril, erol dan erin turut kehairanan, memerhati gelagatnya.
kereta exora itu, diparkir hampir dengan kereta aku.

"......isy, lamanya tak jumpa, kenal saya tak?". sapanya begitu teruja sekali.
seorang perempuan yg sebaya dengan aku muncul dari dalam kereta.
ya, kali ni aku kenal, siapa gerangannya.
beberapa bulan dulu kami berhubung melalui facebook.
H, kawan sekelasku semasa di sekolah dulu.

kemudian H memperkenalkan suami dan anaknya. dia bertanyakan wifey, aku kata  tak ikut sama.
kami berbual sebentar di situ. sempat jugaklah bertanya khabar dan perkembangan kengkawan yg lain.

rumahnya di labu. agak jauh juga dari situ.
katanya, baru saja balik dari rumah seorang kawan yg mengajak mereka sekeluarga makan durian.
kawan mereka itu ada dusun durian, di kg lembah paya yg terletak berhampiran pekan salak.
dalam perjalanan nak balik. mereka singgah di situ nak beli barang keperluan juga.

sewaktu nak beredar pergi, dia membuka bonet keretanya.
penuh dengan durian...
lalu diberinya 5 biji kepada aku. sedekah, katanya.
"rezeki awaklah, kami dah puas makan tadi" sambungnya.


ini bukan mousang king atau D24. tapi durian kampung yg original.
baru 3 biji kami dah tak larat nak makan.
memang power...!


3 refleksi:

rahimin said...

fuhh dorian kampong, ngancam.

Irfa said...

bertuah badan..jumpa kawan lama dapat durian lagi

bangsawan nilai said...

min,
mmg power giler

irfa,
rezki dtg bergolek, durian runtuh...