cadangnya nak terus balik saja ke rumah dari kenduri kahwin di kuantan. selepas bermalam di sebuah hotel di sana. pusing-pusing bandar kuantan. makan-makan seafood di tg lumpur. kira cuti-cuti malaysia jugaklah kan....
dalam perjalanan melalui LPT selepas bentong, tengok jam masih lagi awal. tersinggah pula ke bukit tinggi. nak naik genting highlands, dah kerap sangat. aku rasa macam perjalanan ni dah jadi tressure hunt atau cari harta karun.
biarlah orang lain nak bawak anak-anak cuti sekolah ke korea, istanbul, bandung, ataupun langkawi. sebab cuti aku ni terhad, lagipun eril ada kelas tambahan sepanjang minggu lepas. nak layan kenduri kahwin lagi.
cara begini jelah, tak payah rancang-rancang. kengkadang plan baik punya tapi tak jadik, anak-anak jadi frust. jadi, sudahnya pakai redah aje lah...
mulanya bercadang nak singgah sekejap, tapi banyak tempat nak ronda. walaupun aku pernah sampai ke situ, tapi belum pernah bawak diorang sekali. ada botanical garden, adventure park, japanese village, la chaeteu, tunggang kuda, jambatan gantung, air terjun, flying fox....sudahnya bermalam saja di colmar tropicale. isnin baru balik sebab masih cuti lagi, walhal cadangnya nak rehat saja di rumah.
sayangnya, entah apahal. banyak pics yg tak menjadi. al-maklumlah ambik dari henfon. termasuk semasa di jambatan gantung & air terjun.
naik tren ke botanical garden & japanese village |
jenuh jugak menapak naik. huh 3,500 kaki atas paras laut....sempuuut erin, eril & erol selamba je berlari naik atas. |
3 refleksi:
betul lah kdg2 planning beriya-iya tp tak jadi,,,
pernah pergi. mmg selesa &aman damai kt situ
AKU TAK PENAH SAMPAI SINI.PELIK KAN?IGT NAK MASUK DALAM LIST PERCUTIAN AKAN DATANG LA..DEKAT SIKIT.HEHE
Post a Comment