ada juga pak guard yg macam 'lebih sudu daripada kuah', nak tunjuk kuasa lebih-lebih.
tapi, ramai pak guard yg aku kenal sebenarnya 'mesra alam'.
sekarang ni ramai pak guard yg 'diimport' dari nepal, india, bangla...
semalam semasa berurusan di perpustakaan negara, pak guardnya begitu ramah mesra sekali.
itu mengingatkan aku pada pak guard yg aku panggil pak mael.
dulu, pak mael bertugas di pondok pengawal di kawasan perumahan aku.
pondok pengawal tu terletak betul-betul belakang rumah aku.
keluar masuk kenderaan dikawal rapi oleh pak guard.
pic hiasan je...ni bukan pak mael he he |
dia 'mendakwa' yg muka aku mirip bekas boss tempat dia bekerja dulu.
kalau ada kesempatan, kami akan berbual, terutama waktu petang bila aku balik dari kerja.
kalau petang sabtu atau ahad, wifey selalu buat minum petang.
kadang-kadang dia buat kuih. ataupun goreng pisang atau keropok.
jadi, aku akan hantar makanan pada pak mael di pondok.
kalau takde benda nak makan pun, wifey akan buatkan pak mael, kopi atau teh.
itu membuatkan pak mael, rapat dengan kami.
pernah dia datang beraya ke rumah kami dengan bawak keluarganya, sampai 3 buah kereta.
yang seronoknya, pak mael selalu beri pada kami tanaman dan ulam kampung.
kadang-kadang dia bagi pucuk paku, kacang botol, ubi kayu, serai, terung yang ditanam di kebunnya.
malah dia tolong tanamkan dua batang pokok pisang kat belakang rumah aku tu.
sesekali dia belikan anak-anak aku, gula-gula atau coklat terutama bila hari gaji.
dia melayan anak-nak aku macam cucu-cucunya
kira-kira dekat 2 tahun jugakla, pak mel bertugas di situ.
hinggalah dia ditukarkan ke tempat lain oleh kompeni sekuritinya.
lepas tu, pak guard yg ada taklah semesra pak mael.
namun, mereka takdelah menyombong. cuma sekadar bertegur sapa - ber 'hai, hai' dan ucap salam ajalah.
aku masih ingat, pada hari terakhirnya bertugas, pak mael datang ke rumah.
dengan air mata berlinangan, dia peluk aku sambil ucap selamat tinggal.
katanya, sepanjang dia bekerja sejak muda dulu sampai lah dah nak pencen, tak pernah jumpa keluarga yg baik macam kami.
sebab katanya, orang selalu pandang rendah pada pak guard
kepada pak mael, walau di mana saja dia berada sekarang, kami akan sentiasa ingat kan pak cik.
malah pisang yg ditanam oleh pak mael sudah beranak pinak, dan berkali-kali kami makan buahnya.
berkat keringat dan kemesraan seorang pak guard bernama pak mael...
1 refleksi:
baiknya pak mael dan ko juga.
org berbudi kita berbahasa
semoga pak mael sentiasa dilimpahi rahmat Allah.amin
Post a Comment