hujan semakin lama semakin lebat.
jarak pandangan depan, semakin menipis.
aku memperlahankan kereta dan beri signal, masuk ke lorong tengah.
pastikan kereta di depan tak terlalu rapat.
apa-apa hal nanti sempat nak brek. maklumlah jalan licin.
hujan terus lebat. aku on kan lampu.
sambil tu sempat juga tengok cermin pandang belakang.
aku nampak kenderaan agak besar dengan lampu terpasang meluncur laju.
semakin lama semakin hampir jaraknya.
bas ekpres agaknya.
bas tu berada betul-betul di belakang kereta aku.
seakan mahu menunda aku ke tepi.
pemandunya ternyata kurang senang dengan kelajuan kereta aku.
dia memberi flash. mungkin mahukan aku memberi laluan.
aku tak berganjak. lagipun aku bukannya memandu di lorong laju.
kalau nak memotong ikutlah lorong kanan sekali.
mungkin kurang sabar dengan kedegilan aku untuk ke tepi
pemandu itu melajukan basnya.
kemudian bas itu memotong keretaku sambil membunyikan hon panjang....!
arghh...dalam cuaca buruk begini pun nak tunjuk lagak, getus hatiku.
tak jauh, dan tak lama selepas kejadian tu, aku tengok kenderaan di depan membrek.
lalu lintas kemudiannya bergerak perlahan.
mungkin ada kemalangan di depan.
jalan jadi sesak. masing-masing memperlahankan kenderaan.
sama ada berhati-hati atau sekadar nak tahu apa yg berlaku.
ada sebuah bas terbabas melanggar pembahagi jalan.
ya...bas tadi.
bas ekspres yg pemandunya memandu secara berbahaya.
yang berikan flash pada aku sebab tak beri laluan.
yang menunda dan hon kepada aku.
kesian penumpangnya yg jadi mangsa.
itu baru pandu bas ekspres, belum lagi jadi driver F1 atau pilot kapal terbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
sbb tu dia cuma layak jd pemandu bas je dan bukan pilot ;)
sian penumpang itu..nasib malang dpt driver bas cam dia
kenapa orang lain perlu menanggung kesalahan si pemandu...teruklah macam ni..tak sabar..
mmg bas ekspres skrg makin menjdai2 di highway. berlumba sesama mereka
ini bukan sekali dua. dh bnyk kali dah.
bas ekspres buli aku bwk kereta kecik
Post a Comment