kadang-kadang kita tak jangka pun, ada kalangan jiran yg 'kurang senang' dengan kita.
kita ingat, semuanya okey belaka.
iyalah, kita tak kacau orang, takkanlah diorang nak kacau kita kan.
semasa aku renovate rumah dulu, penguatkuasa majlis perbandaran nilai (mpn) datang kompaun.
bukan soal takde kelulusan atau permit tapi disebabkan longgokan pasir yg diletakkan oleh kontraktor di bahu jalan.
sebenarnya, taklah mengganggu laluan kenderaan pun.
lagipun, jarang benar penguatkuasa mpn meronda ke kawasan perumahan aku ni.
kecualilah kalau ada yg buat aduan.
hal ini aku ketahui bila pergi nak bayar kompaun tu.
kata pegawai tu, mereka bertindak atas aduan awam.
mujur juga pegawai tu baik hati.
bila aku buat rayuan, dapatlah dikurangkan jumlah kompaun tu, takdelah kena bayar maksimum.
itulah yg aku kata awal tadi, rupanya ada jiran yg 'kurang senang' dengan kita.
sekarang ni ada jiran yg sedang renovate rumahnya.
selang beberapa pintu saja dari rumah aku.
kontraktornya bekerja tanpa cuti.
sabtu, ahad dan cuti umum pun datang bekerja dari pagi sampai maghrib.
aku dulu masa renovate, ada gak pesan pada kontraktor, ahad dan cuti umum tak payah la datang.
tak nak ganggu ketenteraman jiran yg nak berehat waktu cuti.
tapi kontraktor jiran yg ni melonggokkan bahan binaan dan sisa buangannya bukan saja di bahu jalan malah di depan rumah.
bukan saja menyakitkan pandangan mata malah mengganggu laluan kenderaan.
dalam masa yg sama mungkin boleh membahayakan kanak-kanak yg bermain terutama yg naik basikal.
setakat ni, takdelah pulak sebarang tindakan daripada penguatkuasa mpn.
heran jugaklah aku, takde pulak yg buat aduan...!
kalau ikutkan hati, mahu saja aku sendiri nak buat aduan.
pasal terasa sakit hati jugak bila aku dulu, setakat letak pasir pun kena kompaun.
tapi, demi semangat berjiran aku tak sampai hati pulak.
tertanya-tanya jugak, kenapa jiran yg buat aduan semasa aku renovate rumah dulu, kali ni tidak pulak mahu buat aduan!
atau.....eh, tak baik bersangka buruk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
hati manusia kita tak dapat agak
senyum depan kita tapi belakang menebik,mengutuk dan mengata
aku punya konsep 'jgn kaco aku.cukup'
biarlah kita bersanka baik je
tapi pelik gak kan..mana pegi jiran yg merepot dulu tu ye?ke dia yg buat renovate tu.hehe
yep rambut sama hitam..
Tuan.. Saya nak tanyala.. Bila dah byr kompaun.. Tuan submit plan jugak ka
Post a Comment