aku dan kak lang adalah orang yg paling gembira sekali bila abang ngah buat keputusan nak buat rumah kat kampung bila pencen. iyalah, ada gak adik-beradik yg sudi tinggal di kampung. tentu meriah nanti. pada mulanya, abang ngah bercadang mendiami rumahnya yg dibeli di bahau. abang ngah ni berjawatan tinggi jugak, pengurus felda. tapi entah macam mana fikirannya berubah, nak bina rumah di kampung.
ada satu kawasan tanah terbiar di kampung yg dikenal pasti untuk dijadikan tapak rumah. kalau ikutkan geran, memanglah penamanya ramai. ialah, tanah pusaka dulu-dulu. salah satu penama tanah tu ialah arwah abah aku. lagipun tanah tu dah lama terbiar. letaknya di tepi kawasan berpaya. dekat dengan tanah sawah yg juga sudah lama terbiar.
dulu, semasa arwah abah masih ada, dia yg mengusahakan tanah tu sebagai kebun sayur. daripada tanah yg tak subur ditanamnya pokok rambutan. selain mengusahakan tanaman jagung, terung, cili dan macam-macam lagi. cukai tanah tu pun dia yg bayar. yg lain pun tak berapa nak kisah walaupun mereka juga ada hak ke atas tanah tu. lagipun daripada dibiarkan semak samun, lebih baiklah ada yg mengusahakannya. luasnya sekadar setengah ekar je.
bila arwah abah dah takde, tanah tu kembali terbiar. yg masih tinggal hanyalah pokok rambutan yg berbuah ikut musim. tapi, setahu aku abang long yg tolong bayarkan cukai tanahnya saban tahun. sedara mara abah yg lain buat tak kisah je.
jadi, sesuai benarlah tanah terbiar tu dijadikan tapak rumah abang ngah. walaupun begitu, demi nak ambil hati, abang ngah berjumpa beberapa sedara belah arwah abah yg masih ada nama pada geran tanah tu. secara lisan, mereka takde halangan.
"kau buek lah ghumah tu. laei pun, takdo sapo nak usuhokan...tebiar yo..." begitulah kata mereka.
kemudian, abang ngah pun mulalah buat pelan rumah. ikutkan perancangannya, kira standard banglo kampunglah.
abang ngah mintak aku tolong carikan pekerja yg boleh sediakan tapak rumah tu, sebelum kontraktor datang. jadi kawasan tanah terbiar tu ditolak dengan jentolak. diratakan. ditimbun dan ditambak. beberapa lori tanah jugak terpaksa diangkut terutama nak tambak kawasan berpaya berhampiran tanah sawah. dekat rm6,000 juga upah dibayar untuk sediakan tapak tu.
tanah tapak tu perlu dibiarkan selama sebulan begitu. untuk menjadikan struktur tanahnya lebih padat.
tanah terbiar sebelum ni, dah lapang. kawasan paya sudah ditimbus. tunggu masa je kontraktor datang nak dirikan rumah abang ngah.
waktu itulah. suara-suara sumbang mula bergema. ada kalangan ahli keluarga dan sedara penama dalam geran tanah yg tak puas hati. terutama keluarga pak itam yg duduk di johor. kebetulan dia satu-satunya sedara yg abang ngah tak pergi jumpa sewaktu minta 'restu' sebelum ini. dia kemudiannya 'menghasut' sedara yg lain supaya jangan izinkan abng ngah bina rumah di situ. tapi, suara-suara tidak puas hati itu tidak dinyatakan terus kepada abang ngah atau kami adik beradik. tetapi disampaikan melalui 'orang ketiga'.
bila mendengar khabar itu, abang ngah berasa sangat sedih, terkilan dan kecewa...
kami adik-beradik teruama aku dan kak lang berasa marah dan kecewa.
mentang-mentanglah kami ni sudah takde abah dan mak lagi...
demi menjaga hati dan tak mahu orang 'cakap belakang', dengan berat hati dan sedih, abang ngah mengambil keputusan untuk membatalkan hasratnya membina rumah di kampung.
kejadian ni berlaku tahun lepas. kini, abang ngah tinggal di bahau. rumahnya rumah teres. tapi, dia beli rumah sebelahnya dan renovate. jadi, besar jugaklah rumahnya.
tanah tapak rumah yg sudah diratakan. ditolak. ditambak tu, kembali ditumbuhi semak samun. jadi, tanah terbiar....!
takde siapa yg peduli...
3 refleksi:
nilah manusia. tanah terbiar pun nak tamak. bukan boleh bwk mati
masa ko tulis je pun aku dah boleh agak endingnya mcm mana.kerana tanah ni adik beradik boleh putus sedara.
apa sgt la kalau sedara mara tu.
masa semak semua pejam mata..dah rata dan cantik dipandang baru semua celik.
penah dgr tak 'berebut tanah mati nanti dihimpit tanah kubur'
takpelah..moga abang ngah lebih baik di bahau itu
Post a Comment