- ziarah singkat ke batu pahat -

Jul 9, 2012

jumaat lepas aku ambik EL.
menziarah biras (beras kata p. ramlee dlm satu filemnya..) atau kakak ipar kepada wifey yg meninggal dunia.
aku pernah ceritakan tentang sakitnya di blog ni tak berapa lama dulu.
suami (abang wifey) dan anak-anaknya, tampaknya redha akan kepergian itu. sebab sudah puas menjaganya dan berusaha menjalani rawatan. sampai ke satu tahap biarlah dia pergi daripada terus menderita sakit.

arwah meninggal sebelah malamnya. jadi, selepas subuh, kami bertolak ke batu pahat. kerana pada perancangannya jenazah akan dikebumikan sekitar 10.00 pagi. mahu menyegerakannya sebelum solat jumaat.

selesai urusan pengkebumian jenazah dan solat jumaat di masjid berhampiran, kami bertolak balik ke nilai. kerana keesokan harinya, sabtu, aku kena menghadiri bengkel di seremban.


*******

dalam perjalanan balik tu, kami singgah di ayer hitam.
dulunya, ayer hitam terkenal dengan barangan kraf, seramik, pasu dsb. mungkin nilai 3 versi lama. kalau dulu, pusatnya adalah deretan kedai lama di tepi jalan menghala pekan ayer hitam, kini sudah ditempatkan di kawasan lot kedai yg baru dan lebih tersusun. lebih kurang macam nilai 3 lah.

sempat jugaklah dibeli bakul rotan, frame gambar yg ada jam dan tikar sarawak yg dikatakan masih panas baru sampai dengan design baru.