semalam.
entah kenapa aku terjaga dari tidur.
tapi dah memang tabiat aku, kalau tersedar tengah malam begitu akan cari henfon untuk tengok jam berapa. jam menunjukkan 3:20 pagi.
aku nampak, ada ikon sms masuk pada skrin henfon. mulanya nak kubiarkan saja.
kalau penting atau emergency, tentu si penghantar sms itu patut telefon saja.
tapi hati aku rasa tak sedap.
lantas aku baca dalam gelap, dengan mata yg. separuh terbuka.
mesej dari kawan lama, R. satu batch dulu di U. jarang benar kami berhubung.
sekarang dia di muar, sebagai cikgu.
"salam. kwn kita Lee sakit la. dia kena kanser. baru lps operation.
lps ni buat kemo. sama2 kita doa dia sembuh"
rasa bagai dipanah halilintar tubuh aku demi membaca saja mesej tu.
Lee adalah antara kawan aku paling rapat masa study dulu. ambik kursus yg sama. tinggal di kolej yg sama. pergi kuliah sama. makan sama. lepak sama.
pendeknya, dia adalah sebahagian daripada kehidupanku sepanjang 4 tahun di kampus dulu.
mahu saja aku telefon Lee saat itu juga. bertanyakan khabarnya. mahu merasakan kesakitannya. mahu memberikan kata semangat untuknya.
tapi waktu tu jam 3:00 pagi. gila apakah aku menelefonnya di kala itu.
aku jadi gelisah. fikiranku berserabut.
segala kenangan bersama Lee datang bertalu-talu.
imbasan kisah dengannya bermain-main di ingatan
ada rasa bersalah juga. sebab sudah lama tidak menghubunginya.
fbnya yg sesekali ku jengok sudah lama bersawang.
malah kali terakhir aku menghubunginya sewaktu wish untuk hari jadinya.
masakan aku terlupa. sebab dia orang 'spesel'.
tarikh hari jadinya mudah diingat. 1 januari...!
Lee budak kedah. orangnya gempal. rambut keriting.
itulah fesyen rambutnya dari freshie sampai ke final year.
periang, suka berlawak.
kadang-kadang suka cakap besar.
terngiang-ngiang aku loghat kedahnya yang pekat tu.
tak heranlah, dia disenangi ramai kawan.
kalau ada pun kelemahannya...dia takut perempuan.
bab tu, dia selalu jadi bahan 'kutukan' kami.
saat riang. saat duka. peristiwa pahit. peristiwa manis.
maklumlah duduk jauh dari keluarga.
kesukaran belajar. assignment yg berlambak.
kesempitan wang.
mengingat masa lampau. dan menggambarkan Lee sedang sakit membuatkan aku tak lelap tidur.
tak pernah aku jangka, orang sesihat Lee yang dulu aktif bersukan hingga mewakili kolej.
sekarang terlantar sakit.
tak sedar, mengalir juga air mata lelaki.
tak sabar nak menunggu hari siang.
nak menghubunginya. nak dengar suaranya.
nak tahu kesakitannya.
saat itu,
alangkah baiknya kalau ini semua hanya mimpi sedih.
mesej itu tak pernah aku terima.
dan Lee tak pernah sakit....alangkah!
siangnya.
aku berkira-kira untuk menelefonnya.
mungkin saat itu Lee sedang berada di wad untuk rawatan.
atau sedang rehat atau tidur di rumah.
takut mengganggu pula.
lagi pula, aku agak sibuk dengan kerja ofis.
aku perlukan satu waktu yang tenang.
bercakap dengan orang sakit, ada kaedahnya.
pertama, supaya dia tidak kecil hati.
kedua, supaya dia tidak patah semangat.
aku tahu. aku faham benar.
sakit kronik seperti kanser, membawa tekanan emosi yg dalam.
jadi, aku ambik keputusan.
mungkin waktu yang paling baik, ialah sebelah malam.
lepas waktu berbuka nanti...
sepanjang di ofis semalam. aku diam saja.
badanku di ofis, fikiran aku mahu berada dekat dengan Lee.
kalaulah Ipoh itu dekat....
lepas berbuka & solat maghrib.
aku masuk ke bilik. kunci pintu.
aku mahu bersendirian dengan Lee.
ya Rabbi...demi mendengar suara aku.
aku dapat rasa getar suara Lee.
suaranya sebak sekali. aduhai....
diceritakannya kesakitan yg dialami.
betapa tubuh yg dulu sihat tegap.
kini susut.
nak berjalan pun tak berdaya.
nak makan pun tiada selera.
sakitnya usah cerita lah.
tidur pun hanya beberapa jam saja sehari.
tambahnya lagi, takde tanda sakit pun.
datangnya tiba-tiba.
segalanya bermula awal tahun ini.
selalu demam. badannya rasa lemah-lemah.
bila ke klinik cuma diberi ubat.
sehinggalah satu hari dia pergi buat medical check up di hospital.
hasil ujian menunjukkan ada masalah kekurangan darah.
walaupun dimasukkan beberapa pint darah, masalah itu masih berlaku.
dia ditahan diwad. untuk rawatan lanjut.
selepas itu, dia diminta datang untuk rawatan susulan. setiap bulan.
hinggalah 2 minggu lepas.
doktor mengatakan ada ketumbuhan di ususnya yang membengkak dan 'bocor'.
dipercayai, sel kanser & perlu dibedah segera.
jadi minggu lepas, dia menjalani pembedahan.
sebahagian ususnya terpaksa dibuang.
kemungkinan selepas ini, dia perlu menjalani kemoterapi.
dalam masa 3 minggu lagi, result ujian akan mengesahkan.
sama ada ketumbuhan itu ialah sel kanser atau tidak.
mudah-mudahan, bukan.
kebetulan, beberapa hari lepas, sebaik dibenarkan pulang dari hospital,
R menelefonnya. dan R memang tahu aku rapat dengan Lee. berita sakitnya itu, perlu disampaikan kepada aku.
Lee kata dia memang sengaja menyembunyikan sakitnya itu dari kawan-kawan.
aku juga menahan sedih.
serasa aku juga turut merasai kesakitannya.
tapi, aku perlu kuat.
aku berikan nasihat padanya.
sebelum mengakhiri perbualan itu, aku tinggalkan Lee kata-kata ini:
banyakkan doa. banyakkan sabar. kuatkan semangat.
kau perlu kuat dan tabah.
bukan saja untuk diri kau, tetapi demi isteri.
demi anak-anak yang masih kecil.
kau masih muda, punya kekuatan untuk mengharungi dugaan, kesakitan itu.
aku akan sentiasa berdoa untuk engkau supaya sembuh.
tak lupa, aku akan buat sembahyang hajat.
kalau diizinkan, ada kesempatan aku akan datang menziarah.
ada ramai contoh orang yg survive daripada kanser.
aku percaya kau adalah di antara mereka itu.
sebelum mengundur diri, aku berjanji akan selalu menghubunginya.
kalau kau perlukan bantuan, bagitau pada aku.
kalau kau nak mengadu, bagitau aku.
di akhir perbualan, Lee tak dapat lagi menahan sebaknya.
tangisan seorang lelaki jelas terdengar di hujung talian.
"terima kasih. maafkan aku. andai kita tak sempat jumpa..." kata Lee.
"jangan cakap macam tu. kita akan jumpa. dan insya-Allah, masa tu kau dah sihat..." pujukku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
jgn biar dia putus asa & berserah. teruskan berusaha, berubat...insyaallah pulih.
terharu baca entri ni.
sedih beb..
aku mengalir airmata baca en2 ni
mesti Lee seronok sbb ko sudi kol dia bertanya khabar.org2 sdg sakit kanser ni perlukan semangat dr kawan2
aku mmg sedih. tp bygkan kesedihan yg empunya diri...
Post a Comment