- salah guna "on the way" -

Aug 1, 2012

telefon
"you kat mana ni. lama dah i tunggu. eeee...bosanla" rungut si gadis melalui telefonnya. yg dari tadi menunggu pacarnya. tak sampai-sampai.

"sori, kejap lagi i sampai. on the way ni..." jawab jejaka itu. walhal dia masih di rumah. baru lepas mandi. tadi dia terlajak tidur.

sms
"bro, bila mau sampai. nak tgk 2nd hlf  je ke..." bunyi sms jimi yg dah bengang. menunggu joe yg tak sampai-sampai. janji nak pergi sama-sama ke stadium bkt jalil, tengok bola.

"relaxla, otw ni..." balas sms joe. sedangkan dia baru je start motor. jangkaan sampai dari gombak ialah 30-40 minit kalau tak jem. sedangkan perlawanan akan bermula 5 minit lagi.

dua contoh klasik ni, mungkin kita jugak pernah buat.
dengan alasan, orang lain pun buat jugak.
tapi, apa salahnya berlaku jujur.
atau lebih baik lagi, mintak maaf sebab kita terlewat.

"maaflah, i lewat sikit. tadi terlajak tidur...lain kali tak buat lagi"
sejuk jugak hati mendengarnya.

"wa rasa x sempatla. gi mkn jela, wa payung. sori, bro..." hantar sms macam tu.
takdelah kawan kita tu 'panas' bagai menunggu kita bagai buah tak gugur.

itu namanya salah guna.
on the way maksudnya dalam perjalanan.
dalam perjalanan tu pula maksudnya, dah nak sampai dah.
mungkin akan tiba dalam 5 minit lagi.
atau jaraknya tak sampai 1km lagi

bukannya bermaksud 1 jam lagi.
atau 100 km lagi jaraknya.
atau baru lepas mandi  atau tengah bersiap atau tengah bermekap.
atau baru nak start kereta memulakan perjalanan.

********

semalam aku sampai rumah jam 7:15.
beberapa minit lagi nak buka puasa.
gara-gara seorang kawan yg mengatakan dia 'on the way' bila aku telefon  jam 4:00.

lepas tu, pukul 4:30 aku sms "bila nk sampai?"
"otw. kt bangsar ni..." balasnya.

jarak di antara bangsar dengan ofis aku, kalau naik motor boleh sampai dalam 5 minit je.
jadi, aku sanggup tunggu.
lagipun dokumen tu penting.

4:53
kawan tu sms lagi. "tunggu. otw. 5 min"
aku balas smsnya. "?"

5:10 - baru dia muncul. sambil tersengih-sengih.
lebih 1 jam selepas mengatakan 'on the way'.
sudahnya, aku terperangkap dalam jem.

sampai di nilai, dah 6:57.
terus aje aku menuju ke mcD.
berbuka dengan burger,kentang goreng dan bubur ajelah.
tak sempat singgah bazar ramadan.
nak cari parking nanti satu hal.
wifey pun berbuka kat ofis je semalam. ada kerja urgent.
tapi, seronok la budak 3 orang tu.....

ni semua, gara-gara 'on the way'.
tanpa sedar, penggunaan on the way ialah satu cara menipu & tak jujur!

3 refleksi:

Irfa said...

mmg pun..sbb tu aku kurang percaya bila 'seseorang' cakap otw kat aku
hahaha

bangsawan nilai said...

kerap sgt terkena dh...masalahnya kawan kita sendiri. dilema tu

rahimin said...

otw tu alasan je tuk coverline