- dari bubur lambuk pahang ke ayam tempayan nilai-

Aug 6, 2012


atas permintaan 'kaum ibu' sedunia, hujung minggu lalu, balik kampung wifey di pahang. macam biasa hajatnya nak berbuka dan bersahur dengan mak di kampung. ada 4 keluarga yg balik dari KL, nilai dan putrajaya memeriahkan majlis berbuka itu. keluarga yang lain tu tinggal agak dekat di kuantan, muadzam, pekan dan mersing. itu pun dah macam buat kenduri kecik bayangkan kalau 10 keluarga yang balik.

macam biasa, menu istimewanya ialah bubur lambuk dan laksa pahang. bezanya bubur lambuk pahang ni dimakan bersama-sama lauk. terutama ikan baung masak asam pedas dan ketam goreng berlada. tak macam kita kat sini, makan bubur tu je semata-mata. walaupun singkat berpuasa dan berbuka di kampung, sudah cukup membuatkan tuan rumahnya - mak mentua aku la - tersenyum puas dan gembira sekali dapat berbuka dengan anak-anak dan cucu-cucu.

semalam aku bercuti - walaupun warga kerja KL -sebab wifey, eril, erol dan erin cuti sempena nuzul quran. jadi, petang semalam baru sampai dari kampung. terlanjur dah petang, terus singgah ke bazar ramadan taman semarak, nilai.

saban tahun yg aku memang ronda bazar ramadan sekitar nilai dan salak tinggi. tapi biasanya bazar ramadan di tmn semarak adalah antara yg terbesar, teramai dan terpanjang. antara menu istimewa yg aku cari di sini selalunya ialah ikan bakarnya terutama ikan terubuk & pari, popia basah, dan ayam tempayannya.

harga pun boleh la tahan. dan bagi aku yang lebih utama memang yg jual di sini ialah peniaga sepenuh masa atau peniaga tulen. bukannya yg hanya menjual untuk tambah pendapatan di bulan puasa atau part-time. mereka tu peniaga bermusim. inilah yg ramai peniaga terdapat di bazar ramadan kuarters klia. yg selalu aku pergi, bukan sebab best sangat tapi takde pilihan dan itulah saja yg paling dekat. jadi, sesetengah menu yg dijual tak berapa enak dan mahal pulak.

ayam tempayan ni misalnya antara yg jadi tumpuan. dijual dengan harga rm18 seekor. boleh beli separuh.
brader yg jualnya pun peramah. dan sentiasa bersorak memanggil pelanggan dengan pelbagai gelagat.

lebih-lebih lagi kawasan ni juga dekat dengan kilang. jadi, warga asing tertumpu juga di sini terutama bangla dan indon untuk beli juadah berbuka.

dulunya, mengunjungi bazar ramadan adalah sebahagian gaya hidup masyarakat bandar terutama yang bekerja. orang bujang mahupun berkeluarga. yg tak sempat balik rumah nak memasak kerana kesuntukan masa ditambah pulak dengan jalan jem. jadi, alternatif untuk mereka ini ialah membeli juadah di bazar ramadan.
mungkin ada yg kata, ianya membazir. atau lebih baik masak sendiri - jimat, sedap dan terjamin bersih. namun begitu, kepada yg kesuntukan masa, inilah pilihan untuk mereka. sedap atau jimat mungkin terpaksa dikorbankan.
 
 
kini bazar ramadan sudah merebak ke serata ceruk kawasan termasuk di pinggir bandar dan luar bandar. terpulanglah kepada pilihan masing-masing...

2 refleksi:

Irfa said...

alamak..
terliur la pulak.
bila masa aku nak ke taman semarak beli ayam tempayan ni?huhu

masa bujang setahun jugak aku mennyewa rumah belakang stesen minyak kat taman semarak2 tu.so setiap minggu la ke pasar malam situ

rahimin said...

roti tempayan penah mkn aym tempayan kena try ni