cuti raya aku masih bersambung.
menikmati setiap saat daripadanya. entah bila lagilah agaknya dapat begini.
sesudah empat tahun bersabar, inilah berkatnya...
cerita raya sengaja aku kemudiankan.
ada lap top kat rumah. broadband pun ada.
cuma nak update blog...sedikit malas.
sedang kerja ofis yg aku bawak balik pun masih belum dibuka failnya.
malah, masih ada dalam beg kerja aku.
pagi tadi ke majlis perbandaran nilai (mpn).
baru teringat ada urusan tertangguh.
cukai pintu belum berbayar, dan tarikh akhirnya ialah 30 0gos.
kalau tak, silap-silap kena sita pulak...!
mood raya masih berlangsung.
hanya 3 kaunter yg dibuka.
mujur tak ramai pelanggan.
selesai urusan membayar cukai, aku pun beredar.
ternampak pula satu poster besar.
"aduan awam" mpn sedia membantu.
selaku pembayar cukai, aku berhak mengadu dan mendapatkan perkhidmatan mereka.
lalu aku bertanya kepada staf di kaunter pertanyaan.
aku ditunjukkan bahagian untuk membuat aduan itu.
mood raya masih berlangsung.
hanya ada 2 staf di bahagian itu.
meja dan kerusi lainnya...kosong.
aku buat aduan pasal anjing liar yg makin berleluasa di kawasan kejiranan aku.
bulan puasa lepas, dikejarnya erin yg sedang tunggu kereta jiran untuk ke sekolah.
malam-malam pun satu 'group' anjing akn berlegar-legar menyelongkar sampah.
kadang-kadang bergaduh dan salak-menyalak sesama sendiri.
aku cuba halau dengan membalingnya dengan batu kecil.
bukan untuk mencederakan, sekadar mahu menghalau mereka pergi.
kadang-kadang aku nampak juga jiran lain yg menghalau.
tapi, anjing tu selalunya akan datang semula.
itulah yg aku adukan pada staf mpn.
dia mengaku, laporan mengenai anjing liar memang kerap diterima.
bukan saja di kawasan perumahan aku, tetapi juga di tempat lain.
"memang kami akui ada masalah ni. ramai yg report..."
tapi bila kami ronda, hanya jumpa seekor dua aje...."
sebenarnya, ada kontraktor yg kami lantik untuk tangani masalah anjing ni. mpn pun ada jugak turun padang..."
jelasnya, sambil memberi alasan. seolah-olah masalah anjing liar ni, masalah biasa je. tidaklah serius sangat.
dia ambil alamat dan no. hp aku.
"kami akan buat pengawasan..." janjinya.
"ini masalah serius encik. saya tak kesah kalau satu dua ekor yg sesekali tersesat. bongkar sampah atau apa-apa. tapi anjing ni biasanya datang dalam satu kumpulan. garang dan liar. pernah cuba serang budak-budak nak pergi sekolah. sebelum apa-apa kejadian tak diingini berlaku seperti kecederaan atau kematian, mpn perlu bertindak segera...tak boleh sambil lewa. ini hal keselamatan!"
aku luahkan apa yg terbuku. sebab rasa tak puas hati dengan tindakan sambil lewa mpn. walaupun tahu, masalah ini kerap diadukan kepada mereka oleh penduduk setempat.
"ya...kami akan ketengahkan hal ini kepada bahagian yg terbabit" jawabnya pantas, mungkin tindak balas dari keseriusan aku.
selain tu aku juga ambik kesempatan mengadu, ada kontraktor yg pasang kabel telefon, meninggalkan saja sisa kabel yg berlonggok di tepi padang permainan. aku juga komplen pasal adanya jiran yg buat ubah suai rumah setealh siap, membiarkan saja sisa bahan binaan tidak dibersihkan di tepi jalan.
aku nak tunggu dan lihat, apakah tindakan mpn terhadap aduan aku tu.
kalau mereka boleh bertindak menyita rumah warga nilai yg tak bayar cukai pintu, apakah tindakan mereka terhadap kebajikan dan penambahbaikan terutama hal keselamatan penduduknya.
janganlah sekadar janji pada poster dan slogan sahaja.
bak kata PM, buat janji kenalah ditepati...
1 refleksi:
kan aku penah tulis pasal ni..hampir2 anak aku nak kena gigit..ko bayangkan 3 ekor anjing kejar budak drjah 1.
ngeri bila aku igtkan balik kisah pagi tu
sampai skrg anjing yg sama masih lagi aku nampak duk selongkar tong sampah
Post a Comment