- hijrah pemain bola sepak -

Aug 17, 2012


dah lama tak tulis pasal bola. terutama pasal EPL dan manchester united.
EPL musim baru 2012/2013 akan bersepak mula pada minggu ni.
sepanjang 'cuti', selalunya untuk musim baru setiap pasukan akan jual-beli pemain.
tujuan utamanya ialah untuk bersaing, memperkuat pasukan dan kalau boleh mahu jadi juara.
itulah idaman setiap pasukan.

manchester city kurang berbelanja kali ni. tapi tetap membeli beberapa pemain walaupun bukan star.

chelsea, juara eropah musim lepas kali ni mahu menguatkan teamnya. banyak berbelanja dgn pemain yg punya potensi cerah menggantikan team veteran mereka. marin, eden hazard, dan oscar dibawa masuk. hero sebelum ini drogba sudah berhijrah ke liga  china utk mengaut seberapa banyak duit sebelum bersara.

arsenal, agak luar biasa kali ni. beli pemain agak beusia bukannya budak lepasan spm seperti dulu. kali ini podolski, giroud & cazorla dibeli oleh wenger.

man united beli kagawa dari dortmund, juara liga jerman. beberapa targetnya tak mengena. lucas dari brazil dan hazard sudah terlepas. terutama saingan seteru yg kaya oleh duit taikun minyak  pemilik kelab spt man city , chelsea dan PSG telah melonjakkan harga pemain. walaupun pemain itu masih muda dan belum terbukti kehandalannya.

tetapi berita yg mengejutkan berlaku minggu ni, bila man utd membeli robin van persie (RvP) dari arsenal. jarang sekali, ada team yg menjual pemain kpd direct rival mereka.
membeli pemain pada usia 29 dengan harga 22 juta dan dianggap injury prone, adalah risiko. tetapi kalau pemain tu adalah pemain terbaik EPL musim lepas tambah pula penjaring terbanyak musim lepas, pada aku ianya berbaloi.

ledakan gol dari kaki kiri RvP spt ini ditagih oleh man utd.

istilah yg digunakan ialah transfer atau perpindahan atau penghijrahan.
ini adalah perkara biasa dalam dunia pasukan profesional dan pemain atau ahli sukan.
berpindah ke pasukan lain.
seperti juga sukan lain seperti formula one. bila fernando alonso berhijrah dari renault ke maclaren kemudiannya ke ferrari.
kalau bola, dulu cristiano ronaldo berpindah dari lisbon ke man utd kemudian ke real madrid.
atau dalam kes lebih mikro, safee sali pindah dari sarawak, ke KL, kemudian ke selangor sekarang di pelita jaya.

kita harus faham ini dunia sukan. karier mereka pendek. masuk 30-an, harga mereka akan menurun. kalau cedera teruk, akan bersara lebih awal. macam mana nak tampung hidup selepas karier berakhir?mungkin ramai yg kata mereka mata duitan. tapi apa salahnya, demi masa depan kan.
bayangkan tiger woods, boleh hidup mewah hasil main golf.
roger federer kaya raya kerana tenis.
kobe bryant hasil lumayan daripada bola keranjang.
michael schumacher sebagai pelumba F1.
david beckham yg kaya dan popular kerana bola sepak.
utu belum masuk bidang lain, pelakon filem hollywood yg kaya, misalnya.
masa depan mereka dah terjamin. bak kata orang, 7 keturunan pun tak habis.

ada juga yg menuduh mereka tak setia. apalah erti kesetiaan. andai bila prestasi mereka merosot, atau dimamah usia...
yg menuduh tak setia itu jugalah yg akan mengutuk dan menjatuhkan.

bayangkan kalau kita bekerja di satu syarikat. kita bekerja di situ beberapa tahun.
gaji tinggi jugaklah. jawatan pun boleh tahan.
tapi bila ada kompeni lebih besar, lebih ternama menawarkan kita dengan gaji atau jawatan lebih tinggi, potensi kerjaya lebih baik....
adakah kita tak dibenarkan memilih untuk berpindah?
atau kita tak mahu berpindah kerana kesetiaan?
atau bimbang dikutuk rakan sekerja?

RvP sudah tiba sebuah hospital di manchester utk jalani ujian

lazimnya, bila seseorang pemain bola itu berhijrah, peminat atau penyokongnya akan mula mempersoalkan. kononnya pemain itu tamak, tak setia, mata duitan.
dulu mereka memuja, sekarang mereka akan mengeji.

dalam kes ini, ramai penyokong arsenal yg mengutuk RvP.  dulu masa injured, arsenal yg bayar duit rawatan. setia menanti dia pulih. eh...bukankah itu sebahagian daroipada kontrak pemain-kelab?
malah ada yg mepertikaikan kononnya RvP ni disebabkan selalu cedera saban musim, sumbangannya pada kelab mereka tidaklah sehebat mana.
cuma musim lepas, kebetulan tidak cedera, barulah dia menyerlah.
malah lebih ekstrem lagi mereka berharap, RvP akan dilanda kecederaan bila bersama pasukan barunya nanti...!

bukankahh RvP ialah orang yang sama, bermain utk kelab mereka selama 8 tahun, penjaring utama, dan adalah pemain terbaik musim lepas, penjaring terbanyak dan malah kapten pasukan mereka?
cepat benar mereka lupa...

lihat saja komen pada artikel menyiarkan berita penghijrahan itu. atau forum yg membincangkan berita penghijrahan RvP. rata-rata yg memberi komen ialah datangnya dpd penyokong arsenal dan hampir semuanya mencemuh dan memberi komen negatif.
mereka mahukan RvP setia, sedangkan mereka sendiri tak setia kepada orang yang menabur bakti kepada team mereka sebelum ni.

kalau rakan sekerja kita berhijrah ke kompeni lain yg menawarkan gaji dan jawatan lebih baik, adakah kita akan mengutuknya?
mendoakan dia gagal dan menghadapi masalah di kompeni barunya itu?

yg harus dipersoalkan mengapa ramai pemain star mereka berhijrah di puncak prestasi. samir nasri, cesc febragas kapten mereka, musim lepas. kali ni, RvP? antara sebab yang mereka berikan, kegagalan memenangi piala.

sejauh mana pun tingginya harga perpindahan atau gaji yg diterima, piala atau gelaran juara juga adalah impian setiap ahli sukan atau pemain bola sepak. itu adalah simbol kejayaan atau bukti kejaguhan meraka. kalau tidak hari ini, mungkin memori masa tua.

apalah salahnya, ucapkan selamat maju jaya. moga terus sukses di kelab yg baru...?
susah sangat ke? atau rasa terancam?

good bye arsenal, welcome to man utd...RvP

1 refleksi:

Irfa said...

macam jual beli otak-otak pulak ye ;)