- saya sudah...anda bagaimana? -

Aug 7, 2012


adeh...macam tagline iklan tajuk entri ni.

aku mula bekerja di KL dalam bulan puasa. sebelum tu memang aku bekerja juga tapi ini dalam erti kerja yg betul-betul kerja, kerja yg boleh dibuat kerjaya atau kerja yg boleh menjamin masa depan. aku baca iklan di malay mail. dulu, kata orang kalau iklan kerja ada banyak kat surat khabar omputih. kalau utusan malaysia dan berita harian tak banyak iklan kerja. lagipun masa tu mana ada kosmo ke metro ke.

aku pun contact kompeni yg tawarkan kerja tu. aku disuruh datang untuk test dan temu duga. sebenarnya, test tu yg penting.  daripada 12 yg datang cuma dua orang yg disuruh tinggal selepas test. yg lain dibenarkan balik dengan ucapan -  "kami akan telefon awak kemudian, awak tak perlu telefon kami".
tapi, kalau dalam bahasa tersiratnya, awak gagal dapat kerja kat sini, janganlah mengada-ngada nak call kami, kalau kami tak call awak....ha ha ha
kalau tak percaya tanyalah kawan-kawan yg pernah mengalaminya.

aku orang yg kedua selepas seorang budak perempuan, pakai baju kurung hijau. lepas dia keluar aku masuk. keputusan test....aku cuma salah satu. bukan salah, tapi kurang tepat kata penemuduga tu. aku tengok jawatannya di pintu bilik- general manager.

selepas 'berbual-bual' kejap aku ditanya.
"when can you start work? tomorrow?" 

aku kaget seketika. mana aku nak cari tempat tinggal. lainlah kalau kompeni ada sediakan asrama, jangan harap la.
aku datang temu duga tu dari nilai. naik bas sampai pudu raya. lepas tu naik teksi ke situ. bagi drebar teksi tu, alamat daripada surat khabar yg aku koyakkan. nasib baik drebar tu tak kelentong, kalau dibawaknya aku ronda satu KL pun, haram aku tak tau. sebab tak tahu pun atau selok-belok di KL ni, kecuali nak pergi sg wang, lot 10, dataran, pertama kompleks, sogo, panggung wayang  atau satu dua tempat lagi. belum ada pavillion, mid valley, pun masa tu...

"can i start next week...." dalam kepala aku cuma terbayang mana nak cari rumah sewa. dan kena survei cara nak datang kerja. naik bas apa?
takkan aku nak ulang alik dari nilai ke KL naik bas....?

sudahnya, kak anjang yg duduk di cheras menawarkan aku tinggal sementara di rumahnya. nak ke tempat kerja, aku kena naik bas dari cheras sampai kompleks kota raya. naik bas lain untuk pergi kerja. aku main redah aje.
kak anjang bukannya hantar aku pun, dia cuma bagitau no. bas yg aku kena naik. pandai-pandai sendiri ajelah. aku kena keluar seawal 6:45 pagi, macam budak sekolah.
tapi,aku duduk rumahnya tak lama. dalam 12 hari je.

lepas raya, aku dapat rumah sewa yg dekat dengan tempat kerja. hasil bantuan officemate. so aku pun pindah. aku bawak sekali kapcai aku dari nilai. jadi, aku boleh pergi kerja 10 minit sebelum masuk waktu pejabat.
jadi, bulan puasa tahun itulah buat pertama kalinya aku bayar zakat fitrah sendiri. sebelum tu arwah abah yg bayarkan.

aku ingat lagi, bayar fitrah tu di masjid. selepas solat jumaat. begitulah zaman bujang aku. tanggung diri sendiri saja.
kemudian bila dah kahwin, jadi berdua, kemudian bertiga....dan sekarang berlima. sekali gus terasa benar tanggungjawab tu makin berat.

tahun-tahun kemudiannya lebih mudah nak bayar zakat fitrah. ada kaunter di shopping complex bahkan sekarang ni, kat bazar ramadan pun ada kaunter.
kebetulan semalam, semasa menjamu mata di bazar ramadan aku ternampak ada kaunter bayar fitrah. so, aku pun singgah dan setelkan tanggungjawab bayar fitrah untuk tahun ni, buat kesekian kalinya....

bukti pembayaran...5 keping he  he




2 refleksi:

Irfa said...

masa bujang,ayah aku bayar
dah kawen..suami la yg bayar ;)

rahimin said...

aku x sempat lg. bagosla ingatkan...