- selamat bersara, raj... -

Aug 8, 2012



kalau nak ikutkan beza umur, dia layak aku panggil ayah atau pak cik.
tapi aku tak pernah panggil dia abang, macha atau aney.
aku panggil dia, raj... aje.
antara orang paling senior kat kompeni aku. walaupun bukanlah senior dari segi pangkat tapi senior dari segi lama bekerja & usia.

orangnya kadang-kadang sukar difahami oleh rakan sekerjanya sendiri.
ada kala moodnya ok. kadangkala baran jugak.
ada kala dia sedikit outspoken.
sikap jujurnya itu, kadang-kadang disalah faham.
dia akan kritik atau komen kerja kawannya sendiri kalau dirasakan tidak betul.
malah, dia akan tegur atau komplen dlm meeting walaupun depan boss.
mungkin itu yg sebabkan kadang-kadang dia kurang disenangi.
tapi sebenarnya dia berniat ikhlas. bukan nak menjatuhkan sesiapa.


tapi aku layan dia dengan hormat. ada cara untuk memenangi hatinya.
tunjukkan kita hormat, walaupun dia 'orang tua' dan berjawatan rendah daripada kita.
itu yg selalu aku lakukan.
aku selalu gunakan perkataan "raj...u free tak...?" , "u boleh tolong saya tak...."
secara psikologinya, dia rasa dihormati kalau tidak pun rasa dihargai.


dah 30 tahun dia bekerja di kompeni ni.
dia patutnya layak dapat anugerah pekerja setia.
sepatutnya dia bersara tahun lepas kerana usianya melangkaui 60 tahun.
tapi kebetulan semasa kontraknya nak habis, ketika tu aku yg memangku jawatan boss.
raj mintak aku untuk sambungkan kontraknya, katanya dia masih perlu bekerja untuk menanggung anak-anaknya yg masih  belajar.
jadi, aku mohon HR lanjutkan.
dan...dia sangat berterima kasih atas pertolongan itu.

jumaat lepas, raj masuk ke bilik aku.
katanya hari tu, hari terakhirnya di kompeni ni.
walaupun tarikh rasminya 10, ogos.
cutinya masih berbaki untuk dihabiskan.
waktu tu jam baru pukul 2:30.
katanya, aku orang pertama dia nak ucap 'selamat tinggal...' sebelum rakan sekompeni yg lain.
aku tidak pulak bertanya kenapa.



bila di akhir perbualan kami, aku katakan:
"raj, i nak mintak maaf kalau...."
"u have nothing to apologize la....kawan...." dipotongnya segera cakap aku.
semasa aku menghulur tangan untuk bersalam....
ditariknya tangan aku, dan dipeluknya aku.
macam seorang ayah memeluk anaknya.
ya, ada genangan air di matanya.

seorang lagi meninggalkan kompeni ini.
meneruskan kehidupan, membawa haluan.
dalam tak sedar, orang yg dulunya sekeliling aku, semakin dimamah usia.
yg junior lah akan mengganti.
tapi yg senior bukan saja sudah jadi rakan sekerja,
malah mereka aku anggap sebahagian daripada keluarga besar ku.
pastinya, hari-hari mendatang aku akan rasakan kehilangannya.
iyalah, sejak hari pertama aku melangkah ke kompeni ini,
dia sudah pun bertahun-tahun enghambakan dirinya di sini.

selamat jalan, raj.
jaga kesihatan. rehat banyak-banyak. habiskan masa dengan famili.
kalau ada kelapangan, jenguklah kami di sini
happy retirement....

1 refleksi:

Irfa said...

tetiba aku pulak yg sedih.
macam aku lak yg nak pencen
semoga raj happy selepas pencen