- dulu kerana moreh, sekarang kerana tarawih -

Jul 27, 2012


jemaah di sebelah aku asyik berpaling ke belakang. setiap kali habis dua rakaat tarawih.
nak kata tertinggal sesuatu, tidak pula.
nak jeling jemaah perempuan, tak mungkin la.
sebab ruang tu dipisahkan dengan tabir.

lepas habis solat tarawih, aku nampak dia dengan anaknya di tempat parking kereta.
ooo...patutla. mungkin tadi anaknya ada di baris belakang.
memang biasa, budak-budak berada di saf belakang.

teringat aku dulu masa kecik-kecik.
pergi ke surau untuk tarawih tak pernah ponteng. tapi solatnya selalu miss.
mula-mula memang betulla  solat. tapi bila dah tengah-tengah, terutama bila imam baca surah yang panjang, kita pun perlahan-lahan undur dan....cabuuuut!!
pergi main bunga api ke mercun ke.
atau paling tidak main kejar-kejar.

sambil tu berwaspada dan jenguk-jenguk ke surau, solat tarawih dah habis ke belum?
sebab nak masuk balik. semata-mata nak makan moreh....he he


beza sekali dengan sekarang ni.
kalau tak pergi solat tarawih, rasa rugi sangat.

tapi jiwa kanak-kanak tu masih ada lagi.
bila imam veteran yg imamkan solat tarawih, terasa lambat sangat...
bila imam muda atau hafiz yang imamkan.. rasa laju dan bersemangat je....
20 rakaat pun rasa macam 8..!!

cuma jarang sangat nak tunggu moreh.
tak macam dulu-dulu.
terasa sangat zaman tu dah jauh....

2 refleksi:

Irfa said...

aku pun ada kenangan mcm tu masa kecik/lagi best duk saf belakang..nampak org bawak periuk masuk belah pompuan kami intai dulu..kalau menu best,tunggu terawih smpi abis.kalau bubur je kami belah awal ;)

rahimin said...

dulu kita buat, skrg anak ko buat tak?