- mama akit, asyuk spital. . . -

Nov 30, 2012


fiq, anak jiran sebelah.
aku tak berapa pasti, berapa umurnya. mungkin 2 mungkin jugak 3.
paling aku suka keletahnya dan senyumnya.
dia panggil aku "papa erin".
kakaknya fateh, sebaya dengan erin.

kalau aku beli jajan untuk erin, aku selalu beli lebih.
sebab erin biasanya akan kongsi dgn fiq & fateh.
mereka jarang keluar bermain di taman depan atau luar rumah.
kalau main pun, kat laman rumah kami sama-sama dengan erin.

tapi, dah seminggu aku tak nampak fiq dan fateh.
mungkin balik kampung kot, cuti-cuti sekolah ni.
tapi aku nampak kereta bapaknya ada.
mungkin fiq, fateh dan maknya saja yg balik kampung.

petang semalam, balik dari kerja aku tengok erin dan fiq tengah main di laman rumah.
tapi aku tak nampak pulak di mana fateh.

"papa...fiq ngan fateh dah balik..." sambut erin.

"fiq pegi mane. balik kampung ya...?" aku menyapa fiq.

"alik apung (balik kampung)..."jawab fiq sambil tersengih.

"fateh mana?" tanya ku lagi.

"ateh umah. idur (fateh ada kat rumah, tidur)" fiq dengan pelatnya.

"fiq alik apung ngan mama ya..." aku pun dah terikut-ikut pelatnya.

"mama spital (mama kat hospital)..." sambung fiq.

"hah...mama fiq masuk hospital...sakit ya?" aku terkejut.

"akit...." jawab fiq.

sakit apa pulak emak si fiq tu. tentu berat sampai masuk hospital.
muda-muda lagi dah sakit...aku berkata dalam hati.
aku pulak yg jadi risau. kalau apa-apa jadi pada mak si fiq.
kesian fiq & fateh.
mintak dijauhkan segala musibah. harap dia cepat sembuh.
aku tinggalkan aje erin dengan fiq yg terus bermain.

*********

tak lama kemudian aku dengar, Lan, bapak fiq memanggilnya balik.

"fiq...balik mandi" serunya.

aku pun menjengah keluar.
niatku nak pastikan apa yg diberitahu oleh fiq tadi.

"baru balik keje ke bang" Lan tegur aku sebaik aku menjengah ke luar.

"a  ah...fiq kata wife ko masuk hospital, sakit apa?" laju je aku bertanya.

"takde la bang. mak mentua saya yg masuk spital. nor (emak fiq) jaga dia kat wad....
iya lah. dah tua-tua asyik keluar masuk spital" Lan menjelaskan.

"oooo....aku ingatkan. wife ko yg sakit.....fiq...fiq..." aku menggaru-garu kepala yg tak gatal.


- cerita hidup kita tak semuanya sempurna -

Nov 29, 2012


kita takkan tahu apa yg akan berlaku pada kita pada masa depan.
semampu kekuatan manusia, kita cuba merancang.
namun semua orang pun tahu.
tuhan maha kuasa. takdirnya jua yg akan menentukan.

reen,
aku tahu dalam hatimu saban waktunya dilanda gerimis.
meski kau sembunyikan hancur luluh hatimu itu.
anak-anak kecil itu, apa yg mereka tahu.
tahunya cuma minta itu dan ini.

ingat tak bagaimana kami kawan-kawanmu ini beramai-ramai datang ke majlis perkahwinan kau dulu.
anggun mu di sisi pasanganmu di persada pelamin, sama cantik, sama padan.
bagaimana hari-hari selepas itu kau berkongsi bahagiamu melayari bahtera kasih.
kami turut tumpang gembira.
ingat tak sesekali keluarga kita berkumpul, semacam sebuah famili besar.

aku perhati dari jauh. aku sangkakan kau bahagia.
mungkin kerana kau pandai menyembunyi perasaan hati.
tidak tergambar pun kedukaan atau kegelisahan pada riak wajahmu itu.

aku juga tidak menyangka, raz akan melepaskanmu.
setahu aku, bila dengan kami dia sentiasa menyangjungmu.
tidak ada satu yg buruk pun tentang kau, reen, terkeluar dari lafaznya.
segala yg indah dan muluk-muluk saja yg kami dengar.
kiranya perpisahan itu adalah yg terbaik untuk kedua-dua kamu.
aku pasti itu hanyalah jalan terakhir selepas semuanya buntu.
perpisahan dua jiwa, dua hati yg pernah bersama...pastinya sukar. amat sukar.


manalah kami tahu, rupanya kau memendam rasa.
aku tahu kau perempuan tabah. hatimu keras.
aku percaya kamu berdua sudah cuba mempertahankan pelayaran bahtera kehidupan suami isteri itu.
semampu yg terdaya.
mungkin itulah sebabnya berita itu benar-benar mengejutkan aku.
malah aku pasti, kawan-kawan kita juga turut terkesima.

reen,
walaupun kita kawan baik sejak dulu.
aku sedar.
aku ini lelaki. punya famili. anak isteri.
mungkin itu yg menjadi penghalangmu untuk mencurah rasa.
aku faham.

aku pohon semoga kau tak hilang pedoman.
bertabahlah. redhalah.
pasti ada sinar yg menanti.
meski sesukar mana pun harus kau lalui kehidupan mendatang.
pastinya kan kau temui ada duka, pahit getir, onak duri, pertemuan, kebahagiaan, perpisahan...
kerna cerita hidup kita tak semuanya sempurna.

aku percaya, kau boleh, reen...

- biar mimpi sampai ke bintang -

Nov 28, 2012


eril cakap walau dia dapat 5A sekalipun dia tak nak duduk sekolah asrama.
bukan dia cakap semalam.
tapi sejak lama dulu. dan tidak pernah berganjak daripada pendirian itu.

resultnya keluar minggu lepas.
keputusannya semua orang dah tau. memang baik.
dan kami tak buat apa-apa pun.
sama ada mohon sekolah asrama online.
mahupun mohon sekolah asrama spt mrsm.
orang akan kata, sepatutnya mak bapak yg tentukan masa depan anak.
kenapa nak ikut cakap anak yg belum matang?

sekolah berasrama tentunya lebih baik.
sekolahnya lebih baik. pelajarnya lebih baik. cikgunya lebih baik.
dan sudah tentu mempengaruhi didikan dan keputusan peperiksaan mereka kelak.
ya, semua orang pun tahu.


mungkin dulu ya.
sekolah ada banyak beza. antara berasrama dan sekolah biasa.
antara sekolah bandar dan sekolah kampung, banyak beza.
sekarang ni, dah tak jauh bezanya.
buktinya, eril sendiri.

dan aku sendiri sudah buktikan dulu.
bertahun dulu...
belajar di sekolah biasa. sekolah kampung.
aku jugak mampu sampai ke puncak menara.

bagi aku, asal jadi 'orang' sudah....

bukankah tidak semua pandangan kita sama.
walaupun sama sekalipun tapi perspektifnya tetap berbeza...

- siri bercakap dengan erin . . . 18 -

Nov 27, 2012



sudah resmi budak-budak memang suka bertanya.
mereka bertanya sebab nak tahu.
kadang-kadang kita memang jawab berdasarkan fakta.
terkadang kita tak berapa sure jawapannya, jadi kita jawablah secara logik.
ada ketikanya memang soalan diorang tak masuk akal.
lebih-lebih lagi bila diorang dah mula pandai mengeja atau membaca.
dan oleh sebab kita perlu jawab juga, sebab ego seorang bapak atau malu nak jawab "tak tahu".
kita ada ketikanya "bohong sunat".
sebenarnya kata ustad, takde istilah bohong sunat.

malam tadi kita orang makan kat kedai tom yam.
sebab wifey ada kelas aerobik.

kami diberi menu untk order makanan.

"kenapa orang panggil tomyam..." erin mula buka mulut.
"tomyam ni masakan dari thailand. macam masak lemak cili api dari negeri sembilan...ada laksa kedah sebab asalnya dari kedah" aku berjaya jawab dengan penuh berfakta.

"kenapa banyak nasi goreng ni.
nasi goreng pataya, nasi paprik, nasi goreng phuket, nasi goreng thai..." tanya erin sambil sibuk baca menu.

"itu la. kedai tom yam ni orang thailand yg punya. atau sempadan atau orang kelantan yg duduk sempadan...tu..." aku cuba jugak jawab.
walaupun tak berapa sure.
kata orang, jawapan selamat atau jawapan ikut logik.

"tapi kat sini...
ada tulis nasi goreng cina...?" erin terus bertanya soalan bertubi-tubi.
dahinya berkerut macam orang tua.
seribu persoalan bermain di mindanya.

kali ni aku tak boleh jawab.
ego aku tercabar kalau jawab "tak tahu".
nak bohong, ustad cakap takde 'bohong sunat'.
akhirnya, aku jawab jugak.

"nasi goreng cina ni sebab tak pedas. warna dia putih sikit macam cina.
orang cina kalau buat nasi goreng macam ni la diorang masak.
sebab tu panggil nasi goreng cina..." aku pun 'goreng' jawapan habis-habisan.

"Oooooo...." mulut erin terlopong.
nampaknya jawapan aku meyakinkan erin.

"...yang nasi goreng USA ni apa pulak?" erin terus bertanya.
ada potensi jadi wartawan 'melodi' anak aku ni.
provokasi sungguh soalannya.

"ishhhhh....cepat la nak makan apa.
nanti nak ambik mama ni...lambat pulak" aku potong cepat.

*******

sambil makan. kepala aku fikir jugak jawapan yg boleh diterima pakai.
aku rasa gugel pun takleh jawab.
takde jawapan yg boleh meyakinkan erin.

harap dia takkan tanya soalan yg sama bila kita orang makan kedai tom yam lagi....ha ha ha

- kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang...! -

Nov 26, 2012


"kalah 0-3. tempat sendiri pulak tu. juara bertahan pulak tu....huh malu" kata seorang mamat.
"buang aje coach tu..." tokok seorang lagi
"cuti kawin je la apek. tangkap bola macam tangkap ayam!" seorang lagi perli.

macam biasa, bila kalah macam tu lah.
"alah...manchester united pun kalah, barcelona ada messi pun  kalah..." ada jugak yg mempertahan.
"kalah tak kesah sangat. tapi kalah tak melawan ni...sakit hati" mamat tadi terus tak puas hati.

3 hari lepas pengurus chelsea dipecat. selepas dua kekalahan dan 3 kali seri. pasukannya duduk di kedudukan ke-3 liga.
pasukan bimbingan roberto de matteo ini menjuarai champions league buat julung kali dan juara piala FA england musaim lepas.
cepat benar jasanya dilupakan....!

tahun 2010, pasukan bola malaysia menjuarai piala AFF buat pertama kali. tahun sebelumnya, skuad bimbingan rajagopal juga menggondol pingat emas sukan SEA, selepas berpuluh tahun kempunan. rajagopal disanjung dan dianugerahi gelaran datuk.
pada ketika itu tak siapa menjangka kita akan jadi juara.
tiada harapan tinggi diletakkan.

juara piala AFF 2010

semalam pada edisi piala AFF 2012. pasukan harimau malaya kecundang 3-0 di tangan singapura dlm perlawanan pertamanya.
pada kali ini harapan lebih tinggi. pasukan penyandang juara sepatutnya beraksi bagai juara.
tapi tidak. pasukan ini longlai.
"harimau lembik!" tajuk laporan di berita harian.
mudah benar kita melupakan sanjungan sebelum ini.

lihat saja sekumpulan penyokong di satu bahagian stadium bkt jalil yg tak berhenti bersorak memberi semangat hingga ke wisel penamat. kumpulan ini bergelar ultras malaysia.
respek!

sejak beberapa bulan lalu melalui siri perlawanan persahabatan sudah ternampak, kepincangan pasukan ini. malah hingga perlawanan terakhir sebagai ujian pun masih belum ada tanda-tanda pasukan ini menjadi lebih baik.
tetapi penyokong masih turun beramai-ramai ke stadium.
demi semangat kesukanan. nampaknya, mereka dikecewakan.
kalau kalah 'bermaruah' dan melawan mungkin tidaklah rasa terkilan sangat.
tetapi jika 'diperkucing-kucingkan' tentu sekali timbul marah dan kecewa.
dan sasaran mereka tentunya barisan pemain dan coachnya.

kita tidaklah berharap rajagopal boleh bertahan seperti pengurus manchester united selama lebih 20 tahun. hingga ada tugu untuknya di luar stadium. itu luar biasa.
tetapi biarlah sekurang-kurangnya konsisten tahap pencapaiannya.
kalau kalah pun tidaklah seteruk mana. dan berkali-kali pulak bergelar juara.
tugu SAF di old trafford, man utd
adakah penyakit lama dulu melanda kembali skuad kebangsaan. penyakit besar kepala dan berasa diri sudah umpama seorang 'star'.
membuatkan lupa diri dan tidak lagi berusaha membaiki permainan.
cukup sudah apa yg dicapai. ganjaran dah dapat, piala dah menang, gaji dah cukup besar.

yg jadi mangsanya jugak coach seperti rajagopal. yg sentiasa mempertahankan anak buahnya, menaruh keyakinan pada mereka. tetapi dia jugak dikecewakan.
atau mungkinkah rajagopal sendiri sudah ketandusan idea.
alasan "saya kenal pemain saya", "kita tak kejar ranking", "saya sedang cuba kombinasi terbaik (eksperimen)" setiap kali kalah, sudah tak boleh diguna pakai.
ini pertandingan sebenar. margin kesilapan terlalu kecil.
apatah lagi sebagai menjaga maruah sebagai juara bertahan dan selaku tuan rumah pulak.

apa pun, masa untuk memperbaiki permainan selagi belum berakhir peluang masih ada...harus diambil.
kalau kalah sekalipun biarlah secara bermaruah!
orang kita ni, bila menang puji, kalah dikeji....
itu kan lumrah.
harimau malaya perlu bangkit. mengaum. tunjukkan kuku dan taring...!
kalau tak, tak perlulah mengecewakan kami ni sebagai penyokong.
bagi peluang pada yg lain. masih ramai yg mahu memikul tugasan itu.




- durian crepe vs mousang king -


memang mengada-ngada.
baru baik daripada demam, dah buat perangai balik.
durian lagi dan lagi...

kalau nak cari durian yg elok kat area nilai ni cuba pandu jauh sikit.
bukan, bukan dekat area salak depan salak permai nak menuju salak tinggi tu.
ada satu lagi, jalan lama nak ke sepang.
lebih tepat dekat simpang bandar enstek/lbj/ seremban 2.
kalau dari nilai lepas lampu isyarat simpang empat kuarters/F1/KLIA/sepang.
sebaik aje lepas kg lembah paya.
kat situ ada banyak gerai, ada banyak pilihan.
sedia duit je...



biarlah trend orang sekarang nak makan durian crepe.
aku pun pernah makan, tapi yg durian ori tetap di hati.
anak-anak aku pantang nampak gerai durian tepi jalan suruh berhenti.
tapi, aku pilih tempat jugak.
kalau yg borong, biasanya aku tak singgah.
biarlah ada kualiti, bukannya kuantiti...orang kata.
alang-alang makan durian kita pilih paling sedap...mousang king...memang king!


- ini cerita orang demam -

Nov 23, 2012


mungkin sebab makan terlebih durian.
atau jugak cuaca yg tak menentu, kejap hujan kejap panas terik.
mungkin jugak faktor usia yg semakin muda...eh!
dua tiga hari ni memang tak sedap badan.
bangun pagi semalam langsung tak bermaya, jadi aku sambung tidur.
sebelum tu bagitau wifey yg aku nak ke klinik aje nanti.
tak kerja. mc.

sedar-sedar dah dekat pukul 10.
kemas bilik lebih kurang dan mandi.
erol, eril dan erin masih membuta.
kasi can la sebulan setengah ni, bila bukak sekolah nanti dah takde peluanglah.

ada beberapa klinik dekat taman perumahan ni.
satu klinik kerajaan. 2 lagi swasta.
klinik kerajaan tu ramai. malas nak tunggu giliran.
klinik swasta yg satu lagi, servis cajnya murah sikit.
tapi sebab  dah lama beroperasi, klinik tu adalah klinik panel utk banyak kompeni.
jadi, ramai jugaklah pelanggannya.

pilihan aku yg satu lagilah.
lagipun aku dah jadi regular kat situ. cuma mahal sikit caj nya.
kompeni aku ada klinik panel, tapi mungkin sebab aku sorang  je duk area nilai ni maka takdelah klinik panel di nilai, ha ha ha.... padan muka aku!
ahh... takde hal, boleh guna nama wifey utk claim dpd kompeni dia. he he

semasa aku melangkah masuk ada 2 orang 'pesakit'.
sorang tengah tunggu ambik ubat, seorang lagi perempuan tengah tunggu giliran.
dia senyum aje pada aku, tak kata apa-apa.
aku pun balas balik senyumnya tu, tak kata apa-apa.
tak lama lepas tu dia dipanggil masuk.

oleh sebab badan tak berapa sihat, tunggu kejap pun terasa lama...
"ishhhh....lama la pulak minah tu kat dalam..." getus hati aku.

*******

"incik....incik!....doktor panggil masuk...." tiba-tiba aku terdengar satu suara.
itu membuatkan aku tersentak.
pembantu doktor (aku rasa tak patut panggil misi atau nurse kan...) mengejutkan aku yg menunggu.
aduhhhh....terlelap rupanya aku.

"patut la panggil nama incik, tak masuk pun..." kata pembantu doktor perempuan tu sambil tersengih.

aku pun melangkah masuk bilik doktor.
diiringi pembantu doktor perempuan tadi.
dia terus tersenyum.

"mintak maaf doc, terlelap tadi..." kata ku.
doktor tu perempuan jugak.
dia pun senyum je.

macam biasa, rutinnya doktor tu periksa apa yg patut.
dan tanya beberapa soalan yg patut.
ambik temperature, suluh tekak, dan guna stetoskop.
sambil menyelak sikit baju aku. dia macam cuba menahan gelak.
mungkin sebab dia profesional, maka dia senyum aje.
apahal lak doktor ni senyum-senyum. terdetik jugak hati aku.

semasa ambik ubat dan mc kat luar pun, staf perempuan tu senyum aje.
aku kira biasalah, senyum tu untuk cara sopan melayan pelanggan!
semasa memandu balik, aku ada terfikir...
bagusnya klinik ni, stafnya sentiasa senyum, servis pun efisien.
malah pelanggannya yg datang terima rawatan pun senyum.
aku buat pilihan klinik yg tepat...!

********

sampai di rumah.
aku ingat nak makan nasi goreng + ayam goreng yg dimasak wifey sebelum dia pergi kerja pagi tadi.
lepas tu nak makan ubat.
sebab ubat-ubat tu kena diambil selepas makan.

sebelum tu, aku nak tukar baju dulu.
...masa tu la aku perasan.
laaaaaa....baru aku tau kenapa doktor, semua staf dan perempuan tadi tu senyuuuuumm je

aku pakai baju terbalik daaaa.....
sambil tepuk dahi!


- wordless wednesday-

Nov 21, 2012

starbuck

- sebuah elegi untuk atih -



orang selalu cakap, orang yg baik  umurnya pendek.
sebab Allah lebih sayang padanya. sebab tu, hayatnya tak panjang.
dia lebih baik berada di sisi Allah. insya-Allah...

abang tih memang baik orangnya.
tak pernah aku tengok dia masam muka, apalagi marah-marah.
dia disenangi oleh ramai orang.
tak kira sedara-mara, kawan-kawan atau siapa saja.
semua akan cakap yg baik-baik saja tentang dia.
bila dia kena stroke dan kemudiannya meninggal pada usia muda maka ramai yg terasa kehilangannya.

sudah tentulah isterinya, atih dan anaknya faris paling terasa sekali.
aku masih ingat bagaimana pada ketika tu, susahnya atih.
berulang-alik ke hospital selepas balik kerja. sambil mendukung faris turun naik bas.
walaupun ada kereta dan ada lesen, tapi atih tak berani nak memandu.
aku cuba membantu yg terdaya.
kengkadang aku curi masa ofis untuk hantar dan jemput atih di hospital melawat abang tih.
2 bulan lamanya abang tih terlantar.
akhirnya dia pergi menghadap Illahi.

selepas kehilangan abang tih, atih macam hilang keyakinan hidup.
sudahlah takde mak abah untuk mengadu hal.
abang-abang dan kakak-kakak aku hanya nampak aku yg boleh membantu.
sebab aku masih bujang waktu tu.
dan kerja pulak di KL.
aku sedar, ini melibatkan pengorbanan.
bukan sedikit. aku akan kehilangan sebahagian besar masa dan kehidupanku sendiri.
tapi, kalau pengorbanan itu dapat membantu atih dan anaknya faris...biarlah, aku rela dan redha.

aku tinggalkan rumah sewa bujangku untuk tinggal dengan atih.
aku cuba kuatkan semangat atih untuk meneruskan kehidupan.
kalau bukan pun untuk dirinya, tapi untuk anaknya faris yg masih kecil dan tak tahu apa-apa itu.
aku tak mahu dia sia-siakan hidupnya.
dan aku juga tak mahu pengorbanan aku ni sia-sia.

aku bantu atih dari segi kewangan.
aku sedar betapa sukarnya atih bila kehilangan tempat bergantung hidup.
aku tolong atih macam mana nak uruskan perbelanjaan. hatta nak bayar bil air & letrik pun.
sebab segalanya sebelum ni diuruskan oleh abang tih.
malah aku ajar sendiri atih memandu kereta semula.
kereta lama abang tih, aku jualkan dan belikan kereta baru, kancil.
supaya atih mudah bergerak untuk ke sekolah, ke kedai atau ke mana-mana.

faris yg masih kecil tu, aku cuba berikan kasih sayang.
aku korbankan hujung minggu kalau tak bekerja untuk melayan kerenah faris.
sebab tu faris sangat rapat dengan aku. sampai hari ni.
aku harap dia akan ingat sampai bila-bila.

selepas atih dah agak lega.
dan sudah boleh berdikari menguruskan kehidupannya berdua dengan faris.
aku pun keluar dari rumah itu.
untuk membina kehidupan ku sendiri...

moga pengorbanan ku yg sedikit itu diberkati.
semoga arwah abang tih damai di sana & menghargai apa yg aku lakukan.
demi isteri dan anaknya.
aku percaya atih takkan pernah lupa segala kebaikan suaminya.
saban pagi hari raya, atih dan faris takkan pernah lupa menziarah pusaranya.

faris pun dah besar sekarang.
dialah jadi harapan atih nanti. bukan aku lagi.
atih...jagalah kesihatan.

selamat hari jadi.

- dah 10 tahun berlalu rupanya -

Nov 20, 2012


kat area nilai ni kalau nak makan memang senang.
banyak kedai makan, malah ada yg bukak 24 jam.
terutamanya kedai mamak.

stesen minyak pun banyak. tapi setahu aku, ada dua je yg bukak 24 jam.
salah satunya feberet aku la.
pertamanya sebab 24 jam, jadi aku boleh isi pada bila-bila masa.
aku dah jadi regular kat sini.
pekerja bangla kat sini yg bersilih ganti pun dah cam muka aku.
yg selalu ditanya mereka memang standard "sudaa makan kaa?"

stesennya besar, ada banyak pam. tak payah bersesak atau tunggu turn.
atm pun ada, kalau sesak nak keluar duit.
paling utama sekali, ianya dalam laluan aku nak ke highway PLUS.
kebiasaannya selang 3 hari aku akan berhenti sini, isi minyak.
terutamanya waktu pagi.

diam tak diam dah 10 tahun aku berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
nilai - KL - nilai.
sedar tak sedar, rupa-rupanya dah 10 tahun aku jadi pelanggan setia stesen minyak ni.
itu pun aku tahu pagi semalam bila terlihat bunting ni....
ada hadiah percuma dan cabutan bertuah katanya sempena ulang tahun ke-10.
hadiah spesel utk pelanggan setia mcm aku ni takde ke agaknya...?


- cinta satay...! -


ahad.
aku singgah di plaza tol rawang. ada emergency nak singgah toilet...he he
tiba-tiba si leman telefon.
"ko kat mana..?" tanyanya.
waktu tu baru jam 12:30.
"aku dah nak sampai rawang ni...ko kat mana?" tanya aku balik.
"aku on the way nak balik melaka....tadi pergi kenduri kawin kat bangi. saja la call engkau. kot ada rumah boleh aku singgah kat nilai..." panjang cerita leman.
"laa...kalau bagitau awal boleh aku tunggu..." ada sikit terkilan nak jumpa kawan lama ni.
"takde rezki la tu. lain kali aje..." balas leman.

aku ke rawang. rumah adik wifey...adik ipar la tu.
mak mentua aku ada di sana.
maklumlah cuti sekolah begini, mak mentua aku akan bercuti ke rumah anak-anaknya area KL ni.
minggu lepas dia 'lepak' rumah kami.
lepas lunch dan makan durian...perut aku dah ketat, mata pun berat terus terlelap.
sedar-sedar erin kejutkan aku.
katanya "mama suruh bangun nak balik ni..."
ooops dah pukul 5:00 rupanya.
lepas solat asar, terus bergerak balik

dalam perjalanan balik, singgah di RnR dengkil.
waktu tu dah 6.00 lebih.
tujuan asalnya nak singgah toilet lagi. dan isi minyak.

kat situ ada outlet satay kajang hj samuri yg famous tu.
"lama tak makan satay kajang kan..." kata si hantu satay, erol.
cluenya - jomlah makan satay & papa kena belanja...!

pic ni erol yg ambik...dia nak tengok mcm mana org bakar satay

kedai ni selesa & bersih tak mcm di outlet kajang yg crowded...

kan dah kata...hantu satay!
cubalah kira lidi cucuk tu...

pencabar utama....


- melayan jemputan -

Nov 19, 2012

musim cuti sekolah, musim hujan dan musim kenduri adalah sinonim.
memenuhi jemputan sedara-mara dan kenalan kadangkala sukar tetapi cuba juga ditunaikan.
sabtu lepas, ada 3 jemputan kenduri kahwin. 1 jemputan housewarming.
jadi pilihan terbaik, pergi dua daripadanya.
alasannya:
1. dekat dengan rumah, perjalanan tak jauh, jiran dah lama kenal.
2. jiran yg pindah, nak tengok rumah baru, nak jumpa kengkawan lain.
yang dua lagi tu, bukan tak sudi tapi alasan paling kukuh ialah kita tak dapat penuhi semua permintaan atau jemputan.
masa terhad, faktor jarak dan masa (dan jugak bajet minyal dan tol) serta clash dengan jemputan atau agenda lain.
huh...macam artis pulak!

sebab menu makan yg sedap masakan kontemporari (he he he...ayat masterchef) campur menu tradisional ala kampung sampai tak sempat nak bergambar.
pengantin pun tak sempat tunggu...perut dah ketat sangat.
manakala gambar rumah jiran di majlis housewarming pulak tak dapat ambik sebab bateri kong.
alahai...!


yg bestnya, majlis kenduri depan rumah je...

menu dpd katering memang terbaek..!

eril sdg menikmati nasi minyak

mcm biasa mesti ada goodies

- batu ompek toluk komang, apo nak dikato. . . -

Nov 18, 2012

cuti maal hijrah. takde plan apa-apa.
jomlah ronda-ronda aeon seremban dua.
makan ais krim mekdi. main games kat arked.
pusing-pusing dari satu outlet ke satu kedai.

bila dah tengah hari, masing-masing mula rasa lapar.
eh...mana nak makan tengah hari hah?
chicken rice dah selalu. mekdi dah makan aiskrimnya. pizza baru je makan hari tu.
hmmm.... mau makan apa ya.

masa ke PD dulu pernah makan nasi ayam madu. best.
jomlah pegi sana.
walaupun taklah dekat, tapi apa salahnya terlanjur dah keluar dan cuti ni.
maka memandulah dari seremban ke PD.
lebih tepat ke teluk kemang.
macam biasa penuh sesak bila cuti.
tentu air laut eh bertambah masin...he he he

nasi ayam madu nya memang terbaek...
tambah pulak minum dengan coconut shake.
side order dengan kerang bakor!
fuh...memang berpeluh makannya.
lepas tu tengok orang bercanda di pantai.
dan borong segala macam mak nenek jajan yg dijual kat banyak gerai di situ.
ya...hijrah sempena maal hijrah dari nilai-seremban-PD-nilai....ha ha ha



- minggu ni, minggu santai -

Nov 14, 2012


minggu ni ofis agak lengang.
jalan raya jugak tak jem.
ramai yg ambik kesempatan cuti berselang deepavali dengan maal hijrah.
dalam masa sama cuti sekolah dan habiskan cuti tahunan.

bagi can lah yg lain cuti. kali ni aku tidak.
lagipun kerja 3 hari seminggu dengan selang cuti, pun dah cukup.
masih boleh tengok movie 'enthiran' lakonan memukau yg kadang-kadang tak masuk akal  rajinikanth dengan aishwarya rai.
atau pergi pusing-pusing dan makan-makan kat shopping complex.

tahun ni aku tak ke rumah kawan lama - veni, seperti selalu pada deepavali.
sebab kali ni diorang tak celebrate, ada saudara terdekat yg meninggal dunia.
itu adab dan adat  yg mereka pegang. kita hormat lah.
tapi dia tetap hantar maruku buatan sendiri pada aku seperti selalu.

seperti biasa sebulan sekali, adalah hari buku.
aku akan bawak eril, erol dan erin ke kedai buku.
suruh pilih sendiri buku kegemaran mereka.
cuma kengkadang, tak sempat sampai rumah, dah habis dibaca...


- Laku Keras -

Nov 12, 2012

jgn terkejut kalau masuk kedai buku
ada kategori 'laku keras'
sinonimnya 'laris'

- hanya kerana sebungkus ikan masin -


pagi ahad.
lepas breakfast di kedai mamak, singgah kejap di pasar raya.
nak beli barang keperluan dapur.
tak banyak, bukan setroli cuma sebakul je.
wifey nak masak ikan patin dgn tempoyak yg dikirim spesel dari kuantan.
dibelinyalah bahan yg patut.
aku pulak teringin nak makan ikan masin.
ambiklah satu paket ikan masin gelama.

tiba di kaunter, setelah beratur panjang.
mulalah si kasyier mengira.
tiba giliran ikan masin, takde tanda harga.
ini bukan pertama kali, dah banyak kali.
manalah kita tahu, takde tag harga, bukanlah salah kita kan...
selalunya dalam kes seumpama ni, kita biasanya let go je.
kalau barang tu tak perlu sangat.
tak jadi beli. bukan apa malas nak tunggu diorang dapatkan harga.
lagipun barisan kat kaunter tu panjang.

si kasyier tu tetap jugak minta seorang staf lain untuk semak harga.
wifey cakap "tak pe lah. punch je harga....."
kami beralah saja.
tapi kasyier tu macam buat-buat tak dengar je.

orang belakang dah mula gelisah. macam lah salah kita orang.

"tak payah lah dik...kira je yg ni..." aku pulak bersuara.
sesopan mungkin.
si kasyier macam tak dengar je. tak kata apa-apa pun.

lama jugak, baru muncul staf lain tadi yg semak harga.

sebaik aku bayar dan dapatkan baki...
si kasyier merungut sanbil menghentak-hentak mesin kasyier.
seakan tak puas hati & tunjuk perasaan.
dalam kata lain bersikap kurang ajar.
muka yg masam langsung tak memandang kami.

wifey bersuara, tak puas hati dgn sikapnya tu.
tapi aku tak nak kecoh. aku tarik wifey dari kaunter.
lepas tu kami jumpa pengurus pasar raya untuk buat aduan.
pengurus tu memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan ke atas stafnya tu.
katanya akan tengok rakaman cctv.
pengurus tu begitu sopan sekali, sejuk sikit hati kami...

aku tak tahu apa masalah si kasyier tu...
dan aku tak nampak apa kesalahan kami.

hanya kerana sebungkus ikan masin...
hari ahad yg damai bertukar masin!


- kita nyanyi setelah hujan... -

Nov 9, 2012


sekarang ni musim hujan.
nyanyian selepas hujan selalunya dinyanyikan oleh sang katak.
orang negori panggil katak tu, 'katak bobok'
memang katak tak puas mandi hujan.
hujan dah berhenti pun dipanggilnya turun lagi.
ooonnnk....onnnnkkkkk...ooonnnk!

'kita nyanyi setelah hujannnn...kita mimpi selepas hujannnn...' laaaa la la laaaaa...
itu antara lirik salah satu lagu feberet aku daripada kumpulan Search, 'setelah hujan'.
aku sering nyanyikan dalam hujan.
sebab dulu aku ni adalah mat kapcai. eh...tapi bukan mat rempit.
setiap kali hujan, maka berteduhlah di mana saja.
di bawah jambatan, di kaki lima kedai, di pondok tunggu bas, di bawah pokok...
sekarang ni penunggang motosikal bertuah, disediakan tempat berteduh.
dulu, pepandai kau orang lah...!

musuh penunggang motor ialah hujan.
kalau cuaca panas memang takde hal.
iyalah memang ada rain coat, tapi sebenarnya basah jugak.
kalau nak redah, basah.
satu lagi soal keselamatan. kalau hujan lebat memang bahaya meneruskan perjalanan.
1. menunggang kenderaan dua tayar memang tak sama dengan empat tayar. sebab tak berapa seimbang. terlanggar lopak air boleh jatuh.
2. jarak penglihatan memang terhad. jadi bahaya sentiasa menunggu di depan.
3. hujan lebat dengan air kasar-kasar yg turun dari langit ibarat jarum yg mencucuk-cucuk muka bila kita menunggang dalam hujan. sakit weh...

ini kisah waktu bujang lah.
masa mula-mula mengenal dunia. waktu mula bekerja, pegang duit sendiri...
masih sengkek!

ditakdirkan aku kerja di kompeni yg bossnya sangat strict.
sangat particular dengan masa.
kalau lewat datang, kena ganti dengan balik lewat.
kalau kerap, kena warning... seterusnya potong gaji.

ya, aku ingat lagi prosedur datang lewat.
kena isi satu form. tuliskan alasan datang lewat.
serah kepada ketua bahagian.
kemudian ketua bahagian akan submit kepada pengurus HR.
kalau kerap sangat, pengurus HR akan hantar kepada GM.
huh...sikit punya strict la tak boleh lewat barang seminit pun.

aku masih ingat kalau ada yg berlari-lari anak pagi-pagi nak ke ofis dari bus stop waktu itu, tak lainlah memang staf yg kerja kat kompeni aku.
nak kejar punch card sebelum bertukar merah...
pekerja dpd kompeni lain di sekitar situ dah faham benar.
mula-mula dulu mereka senyum aje, lepas tu mereka turut tumpang simpati.

alasan tayar motor pancit.
jalan jem. sakit perut cirit-birit tetiba.
anak demam tiba-tiba.
dah tak boleh pakai dah...
hatta, alasan hujan pun tak diterima.

jadi, itu masalah besarlah kepada mat kapcai macam aku.
doa sajalah agar hujan tak turun waktu pagi.
kalau hujan juga, redah juga asal sampai walau basah kuyup!

kemudian aku dan remi, rakan sekutu kapcai dapat idea baik punya..
kalau hujan, aku letakkan baju kemeja dan seluar slack serta kasut kulit dalam beg plastik atau beg kalis air.
kemudian aku pakai rain coat, pakai singlet (kengkadang tanpa baju).
pakai seluar pendek...dan tunggung ke ofis!
sampai kat ofis masuk tandas. tukar baju.

mula-mula kengkawan satu kompeni gelakkan kami.
dan pak guard pun tak bagi kami masuk.
tapi kemudian mereka faham, malah ada jugak yg tiru...

apa boleh buat,darurat kan...


- terlajak update buruk padahnya ... -

Nov 8, 2012


soal kerja dengan minat adalah berbeda.
walaupun kita dah bekerja 10 tahun di tempat yg sama dan kompeni yg sama dan buat kerja yg sama, setiap hari, 8 jam sehari, 5 hari seminggu....tentu terbit juga rasa bosan!
tapi itu soal kerja. kalau tak kerja takde pendapatan. takde pendapatan takkan ada duit. takde duit tak boleh berbelanja, tak dapat tampung keperluan harian apatah lagi kehendak keluarga.
soal kerja adalah hal hidup dan mati...!

hal minat bukanlah keutamaan.
minat sekadar untuk memuaskan hati. melapangkan fikiran. menggembirakan diri dengan apa yg kita suka buat.
kita boleh tinggalkan minat kalau ada kepentingan lain. ada urusan lebih mendesak. kalau minat melibatkan duit, kita hanya teruskan minat kalau ada duit lebih.
kalau minat perlukan peruntukan masa, kita hanya buat yg kita minta ikut masa yg terluang.

kita boleh baca novel cinta sehari suntuk di hujung minggu tanpa hiraukan kerja-kerja rumah. alasannya sebab nak habiskan membaca cerita yg menarik hasil karya penulis yg kita puja. hatta makan pun boleh tangguh dulu.

kalau ada slot drama kat tv selagi ada drama selagi tu nak tengok.
drama pukul 7. drama pukul 9. drama pukul 10:30. semua channel nak tengok! tv3, astro, rtm. tv9.
tak boleh miss nanti tak tahu apa sambungannnya, rugi!
nak masak tak sempat, tapau je.
lipat kain baju pun depan tv. kengkadang makan pun depan tv...

ada yg sanggup bersengkang mata pukul 3-5 pagi sebab nak tengok live bola dari luar negara di tv.
sanggup minum kopi pekat  supaya mata tak mengantuk. dan esoknya sembelit!
atau tidur awal dan kunci alarm seperti orang nak bangun sahur...demi minat terhadap bola.
ada jugak lepak kedai mamak yg sesak dan bising sebab nak tengok bola kerana takde astro di rumah.

ada jugak yg menghadap lap top, komputer, tab setiap masa.
nak tengok news feed atau status update di fb, tweet di twitter, video di youtube, gambar di istagram.
tambah lagi dengan smartphones dan macam-macam gajet lagi. lebih mudah dan lebih mobile.
sampai nak makan di restoran mamak pun ambik gambar dulu sebelum makan.
singgah ke toilet di RnR pun nak check in dulu.
segala benda bergerak depan mata kita ambik gambar sbg. posting.

tapi ramai yg dah tak dapat bezakan antara minat dengan soal kerja.
waktu kerja...dia masih buat apa yg dia minat.
aku pantang betul kalau ada pekerja yg begini.
masalahnya, bukan seorang dua....ramai!

kalau tengok bola sebelah malamnya, sampai tertidur di ofis.
kalau baca novel tak sempat habis, curi-curi baca masa kerja.
sambil kerja pun masih nak chat atau tengok segala benda di fb, twitter dll.
kat ofis asyik cerita pasal drama. bincang pasal drama. meeting pasal drama.

haissshhhh....nak sangat dapat surat tunjuk sebab ke?

...dan sebab korang punya pasal lah majikan dan boss dah naik angin.
kan dah diblocknya laman sosial seumpamanya
dipasangnya cctv utk tengok staf yg tidur dan mengular.
nak borak lama-lama kat pantry pun kena jelingan maut...
apatah lagi nak bergosip dekat cubicle.

memang tak boleh blah....adeh!


- hilang naluri -

Nov 7, 2012


aku selalu 'hilang naluri' macam lagu nyanyian once (sebutannya on chair...he he).
terutama lepas meeting.

kadang-kadang aku rasa tersalah cakap atau tertinggal sesuatu.
ada benda yg aku boleh jawab lebih baik bila ditanya atau semasa membentang laporan.
ada hal yg kita tak puas hati tapi tak sesuai nak diluah dalam meeting.
itu semua berlegar-legar dlm fikiran. semacam flashback dalam layar otak.
ketika itula terjadinya, hilang naluri...buat seketika.

tapi lepas tu...sikit demi sikit naluri yg hilang, datang balik.

sebenarnya selalunya ada beberapa benda yg sama kita lalui dalam meeting.

pertama:
kalau ada 10 org dalam meeting biasanya yg ambik bahagian hanya 2-3 orang je.

kedua:
pengerusi selalunya nak 'menang'

ketiga:
perkara yg boleh dibincang di luar tapi dijadikan agenda meeting 

keempat:
masing-masing akan cuba pertahankan status quo

kelima:
komen kita terhadap rakan sekerja selalunya diterima dengan negatif

keenam:
acara puji-pujian dan bodek-membodek

itu naluri aku. orang lain entah macam mana pulak.

...dan korus lagu tu antara liriknya berbunyi..."Matilah kau di dalam hati ku..."
memang tema lagu tu takde kena-mengena langsung dengan meeting...ha ha ha

itu yg aku rasa lepas meeting petang semalam dan malam tadi.
pagi ni naluri aku dah jumpa balik, segalanya seperti sedia kala.
ok....kerja sekarang!
once

- majlis khatam al-Quran -

Nov 6, 2012

mlm tadi berlangsung majlis khatam al-Quran bagi sekolah agama, SAR,jQAF, KAP
di masjid kuarters KLIA. MB negeri sembilan turut hadir.

pelajar dari seluruh n. sembilan dtg sini.
aku pun join eril yg sejak minggu lepas ingatkan aku utk dtg sama


kita org ada kat celah-celah tu...

alhamdulillah majlis berjalan lancar.
eril nampak seronok dpt khatam dgn kawan-kawannya...

- cuti sekolah dah dekat dahhhh... -


sekolah start cuti panjang minggu depan.
tapi cuti tak rasmi dah mula dah.
minggu ni eril, erol dan erin dah pakat tak nak pergi sekolah.
malah mereke sudah berjanji pada mama mereka yg takkan sepah-sepahkan rumah.
itu syarat utama yg diberikan oleh wifey.
syarat kedua, jangan gaduh-gaduh.
serta duduk rumah, kena kunci pintu setiap masa.
dan kami akan pantau dari jauh - bukan cctv - tapi telefon setiap satu jam.
pengasuh a.k.a jiran juga sudah dipesan, tengok-tengokkan budak-budak tu.

soal makan minum, mama mereka yg uruskan.
pagi-pagi sebelum ke ofis dia akan masak.
kalau tak sempat, ada pilihan lain.
mereka boleh saja pergi ke rumah pengasuh a.k.a transit untuk makan tengah hari.
tak jauh, selang 3 pintu rumah.
lagipun, ahad lepas aku dah pun belikan hampir penuh satu kabinet dapur...stok jajan!

semalam SPM dah mula.
anak-anak aku jauh lagi nak sampai tahap tu.
tapi kat ofis ni ada yg ambik cuti. sebab anak periksa.
hari tu, ada yg ambik cuti sebab anak ambik UPSR.
kemudian anak ambik PMR.
tak taulah betul-betul ambik cuti ke, atau ambik kesempatan...
huh...sila fikir positif ya.
UPSR dan PMR tu tak lama. seminggu dah habis.
SPM dan STPM ni makan jugak sebulan. takkan ambik cuti sebulan kot!

"papa, SPM tu susah tak?" tanya erol
"kalau rajin belajar, tak susah..."jawabku.
"kalau asyik main games je, ujian bulanan pun jadi susah..." aku sambung dengan nada sinis.


ini lah keje erol, kalau tak sekolah...aishhhh!

- apa boleh buat dalam masa 6 jam? -

Nov 5, 2012

kami bertolak dari nilai seawal 7:00 pagi
utk sampai ke majlis pertunangan anak sedara wifey di kuantan
yg dijadualkan jam 11 pagi. cuma singgah di RnR temerloh utk breakfast

sampai ke destinasi, jam 10:45 pagi
macam biasa majlis hanya bermula jam 12 tgh hari...malaysian time!

selepas majlis bertunang, makan-makan dan borak-borak...semua bersurai
kita org tak sah kalau tak singgah lagi di teluk chempedak

waktu tu dah dekat 3:00 ptg
tulis nama atas batu...


sepetang di TC
 

seperkara yg aku kurang senang ialah kera yg berkeliaran.
bukan bermusuh dgn mereka tapi menakutkan kanak-kanak terutama yg bawak makanan

pameran motosikal lasak scrambler...
terkonang zaman tumpang cikgu nuar (sepupu) yg bwk scrambler pergi sekolah
zaman tu memang rugged habis la...

kira-kira jam 5 lebih kita orang bertolak pulang ke nilai.
6 jam shj kami di bumi kuantan.
hujan sepanjang jalan pulang...
(perjalanan nilai-kuantan memakan masa antara 3 jam ++)

- catatan di masjid -

Nov 2, 2012

pic sebelum khatib naik mimbar utk berkhutbah
lokasi: masjid
masa: lebih kurang 1:30 pm
peristiwa: solat jumaat

kejadian: khutbah yg dibaca khatib sudah masuk bahagian kedua.

1.
mamat baju melayu hijau.
saf depan aku.
masih bermain dengan hensetnya.
update status fb agaknya.

2.
masih ada ruang kosong dlm masjid.
masih ada yg baru datang.
kalau tengok gaya, macam sengaja dtg lewat.
bukan dia sorang. ramai lagi.
ustaz pernah cakap kalau dtg solat je, tak dengah khutbah - tak cukup syarat...

3.
di hujung sebelah kanan.
dua orang budak. pakai baju sekolah.
masih rancak berbual  sesama mereka.
siapa yg berkata-kata hatta dgn berkata 'diam' sekalipun, semasa khatib di atas mimbar (khutbah),  maka lupus pahala solat jumaatnya.
tapi, budak-budak mungkin boleh dimaafkan saja..

4.
sebelah aku, makmum terhangguk-angguk.
aku ingatkan khusyuk mendengar khutbah.
rupa-rupanya, terlelap dan tersengguk.


***ini bukan mengata. sekadar catatan ikhlas.



- kedai mamak pun ada jual iphone -


tengah lepak mengeteh kedai mamak, selalu ada aje yg datang 'jual barang'.
CD la, pen canggih la, ubat kuat la, mainan,  macam-macam direct selling...

hari tu, ada sorang datang meja aku tengah borak-borak dgn sorang kawan.
cakap melayunya tak berapa betul.
cakap omputih pun tak paham jugak.
aku rasa bukan orang tempatan.
tapi diorang berani. bermuka tebal.

yg ini lagi daring.
walaupun cakap melayunya tak berapa betul, dia lebih banyak guna signal tangan.
yg aku paham dia cakap macam ni.
"mau beli iphone ka. murah-murah..."

secara logik semua orang tahulah, gerenti tiruan punya.
dia jugak jual psp & pendrive 32 gb.
lalu aku tanya berapa harga psp. boleh jugak buat mainan erol.
dia bagi signal "rm200"

"ni china mari ka?" tanyaku.
"bukan...ini taiwan mali. ori punya..."
ha ha ha original dari taiwan tu.....

aku pun nakal jugak. cuba tawar harga.
nak tahu, berapa jauh dia boleh turun kan.
dari 200 > 180  >150  > 100  dan paling rendah rm80

aku mintak "kalau rm50, gua angkat..."
dia pun berlalu pergi....

tala untung maaa...

- penceramah tak berbayar -

Nov 1, 2012


dulu ada seorang jiran aku.
dia seorang ustaz yg mengajar di politeknik.
tapi bila hujung minggu dia selalu dijemput bagi ceramah agama.
merata tempat dia pergi.
khabarnya, bayaran diterima boleh tahan lumayan.
mula-mula tukar kereta baru. bukan satu, tapi dua.
kemudian dia jual rumah dan pindah.
khabarnya, beli rumah baru yg lebih besar dan mewah.
itu baru ustaz yg 'biasa-biasa'.
macam manalah agaknya ustaz yg popular.
atau pakar motivasi yg hebat.
tentu lebat kan...

aku ni pun penceramah jugak. tapi penceramah tak berbayar.
tiap kali ada tetamu atau pelawat datang ke kompeni aku, akulah ditugaskan bagi ceramah.
sekarang ni musim pelawat datang.
dua hari lepas ada satu kumpulan dpd UM.
hari ni ada lagi dari UiTM, Shah Alam, minggu depan dari UiTM melaka...


pensyarah  mereka sbg ketua rombongan

tengah khusyuk dengar ceramah aku

sebahagian students dari UM