- plomosi laye cine maaa... -

Jan 31, 2013


kalau perempuan nak pakai aksesori tu aku faham lah.
nak bagi yg dah lawa bertambah cantik.
nak tambah nilai...ha ha

tapi aksesori yg terlampau sarat pun tak elok juga.
orang yg nengoknya rimas kalaupun yg memakainya tak rimas.

yg lelaki pun sekarang ni minat kat aksesori.
tapi bukan untuk pakai di badan la.
dipakaikan pada kereta.

tapi aku sejak dulu, pakai kereta standard je. kalau adapun tukar sport rim.
yg lain, asal dapat ke sana sini pun dah cukup.
tak minat satu hal, nak keluar bajet satu hal.
lagipun tengok prioriti lah. banyak keutamaan lain nak guna.
aksesori tu nak bagi cantik je.
kalau dah sarat sengat, jadi rimas menengoknya.

2-3 hari lepas aku ke kedai tayar.
dah botak dan tiba masa untuk diganti.
aku nak tukar tayar je. ikut bajet.
lagipun untuk keselamatan jugak.

"boss tamau tukar spot lim sekali ka...' pelawa tauke kedai.
"sikalang kong hi fat choy ade offer maa...mulah sikit kasi lu....halege plomosi"
dia dah mula canang iklan raya.

aku senyum je. tukar 4 tayar (yg branded sikit) dengan alignment, balancing lagi dah cecah 1k.
nak tukar sport rim lagi.
ishhh...mana nak cekau bajet ni.

"tak pa la, ini keleta bawak pigi kebun saja maa...." jawab ku.
si tauke kedai gelak besar.....
ini baru masuk kedai tayar.
kalau masuk kedai aksesori kereta, entah apalah lagi 'plomosi' nya.

aksesori gile babas...!

- bila nenek jadi baby sitter -

Jan 30, 2013


kak lah ambik pencen opsyen.
dah penat keje, katanya.
kak lah bukanlah calang-calang orang.
di tempat kerjanya dulu, dia pernah jadi ketua jabatan.

bila dah pencen, dia nak rilek-rilek.
nak tanam pokok bunga. nak berkebun.
duit yg dikumpul boleh pergi melancong.
duit pencen pun dah cukup untuk belanja bulanan.
lagi pun dia dah takde tanggungan.
anak pun dah besar dan berkeluarga sendiri.
kak lah pun sudah ketiadaan suami yg meninggal dunia.

hari tu kak lah ada kirim melalui seorang kawan ole-ole dari beijing.
ingat jugak dia lagi kat aku.
jadi aku telefon dia utk ucap terima kasih.
kak lah ni kaki borak. jadi meleret-leretlah ceritanya.

aku ada mengusiknya pasal cucunya yg baru lahir.
dengan bangga kak lah isytihar dalam fesbuknya.

"tak jaga cucu ke?' usik ku.
jawab kak lah keras sikit.
"anak diorang pepandai lah diorang jaga. kak bukan bibik.
nak rileks lah ,dah tua-tua ni...
sesekali kalau ada hal. boleh la jaga."

trend baru sekarang ni, pasangan bekerja nak ambik mudah.
hantar anak suruh nenek jaga. jadi baby sitter.
malah ada yg sanggup tinggalkan anak kat kampung dengan nenek dan atuk.
sebulan sekali jengok.
atau suruh mak babak duk rumah kita.
kita tanggung mereka.
lepas tu anak kita yg masih kecik, diorang yg tolong jagakan.
tukar suka sama suka.
iyalah, nak ambik maid indon sekarang ni beribu-ribu nak bayar.
banyak songeh lak, nak cuti, insuranslah, satu kerja aje la, makan minum, tempat tidur.
nak hantar pengasuh pun ada yg ok ada yg tak.
nasib la kan...


teringat aku pasal seorang jiran.
mengeluh pasal anak menantu yg tinggal serumah.
dah lah cucunya dia yg jaga.
kengkadang susu dan lampin habis pun dia yg dulukan.
janji dulu lepas kahwin nak pindah rumah sewa.
sekarang anak dah nak masuk dua pun, macam takde tanda-tanda nak pindah.

rancanglah kehidupan.
janganlah menyusahkan orang lain.
biarpun mereka adalah mak bapak kita.
biarpun anak kita adalah cucu mereka.

mereka dah tua... patutnya kita yg jaga mereka.
bukannya suruh jagakan anak kita.
ya tak?
mungkin benar juga kata kak lah.

tapi tak semua nenek begitu.
ada yg seronok nak jaga cucu.
isi masa lapang.
mereka tak anggap jaga cucu tu sebagai baby sitter atau bibik.
mereka tak anggap jaga cucu tu hal yg membebankan.
cucu bagi mereka, pengisi hari tua untuk mereka mencurahkan kasih sayang...
buat peneman rasa kesunyian.

- edisi tengah malam -

Jan 29, 2013


dah dekat jam 1.00 pagi.
aku baru je nak tidur. tengok siri tv 'strike back'.
memang tak logik, 2 spy british boleh kalahkan sepasukan teroris bersenjata canggih.
tapi cerita action packed mana pernah ikut logik.
kalau nak ikutkan drama melayu pun tak logik apatah lagi cerita hindustan.
alangkan cerita doraemon pun ...'nampak sangat nipunye', kata usop wilcha.

tapi apa yg aku nak cerita kan ni memang logik.
sebelum masuk tidur aku check dulu pintu dan tingkap rumah dah kunci ke belum.
itu rutin harian. kalau aku tak buat siapa lagi kan?

aku terdengar suara orang bercakap.
bunyi motosikal pun ada.
kat belakang rumah.
itu biasa. kalau orang lalu-lalang, tak lah mengherankan.
tapi yg ni, motosikal macam tak bergerak, dengar bunyi enjinnya saja.

aku mula pasang telinga.
syak sesuatu. manalah tahu ada orang nak buat benda tak baik.
nak mencuri, pecah rumah ke...

aku beranikan diri. ambik lampu suluh.
ambik juga kayu baseball yg memang aku simpan untuk masa begini.
aku tinjau dulu ikut tingkap.
dalam berani ada takut.
dalam takut ada berani.
tak boleh bertindak melulu.

dari celah tingkap. sebalik langsir.
ada 4 kelibat orang. dengan 2 motosikal.
di bawah cahaya lampu jalan, walau agak samar-samar.

aku perhati betul-betul.
kalau nak buat benda tak elok tentu diorang sembunyi-sembunyi.
tak bising-bising.


**************

dari celah tingkap. sebalik langsir.
akhirnya aku tahu apa yg mereka sedang buat.

seorang daripada mereka memanjat tiang lampu.
seorang lagi mencacakkan sesuatu.
ya....
mereka sedang pasang bendera.

al maklumlah pilihan raya dah dekat....!
dari tahun lepas lagi orang kata pilihan raya dah dekat.
bendera lusuh pun dah beberapa kali diganti.
tapi kali ni,
rasa-rasanya betul-betul dah dekat.

- selepas 5 bulan kemudian. . . -

Jan 25, 2013


biasa kita tengok kat belakang lori atau bas.
atau banyak agensi kerajaan atau kompeni swasta.
yg tulis boleh buat sebarang aduan atau pertanyaan guna sms je.
memanglah ada yg berfungsi. tapi kebanyakannya tidak.
itu buat 'pemanis mulut' atau 'penyedap hati' je.
usahkan sms nak berbalas, inikan pulak nak diambil tindakan terhadap aduan kita.

dah banyak kali dah aku cuba.
tak kiralah aduan kepada jpj terhadap bas ekspres yg memandu gila-gila.
atau aduan pasal sampah yg dibuang merata-rata berlonggok tepi jalan.
atau air tiba-tiba terputus tanpa notis.

begitulah yg aku alami.
berkali-kali hantar sms aduan anjing liar kat area aku dulu ke majlis perbandaran
nak telefon asyik busy. atau di pass pass line sana sini macam bola dan akhirnya...terputus begitu aje.
akhirnya bila aku ada kesempatan aku pergi sendiri ke majlis.
buat aduan.
"memang kami tahu masalah ni incik. kami akan ambik tindakan segera..."

ya, kira-kira dalam bulan ogos dulu aku buat aduan.
salinan aduan tu ada aku simpan.
minggu lepas aku terima surat daripada majlis.
walaupun tarikh pada surat itu dibackdated-kan kepada disember.
taktik la tu kan. kalau dah masuk 2013, nampak sangatlah lembabnya....


dalam surat ni aku dibagitau, tindakan sudah diambil.
anjing yg berkeliaran tak ditemui.
mungkin sebab tu takde tangkapan.
atau takde tangkapan dibuat walaupun memang ada anjing berkeliaran.
entah mana satu kenyataan yg betul.
tak dinyatakan dengan jelas.
jadi bila tak ditemui, masalah tu kira selesai lah. setel.
sama ada aduan aku takde bukti.
atau mereka tak jumpa 'suspek'.
kes ni kira tutup.

yang peliknya kenapa selepas 4-5 bulan baru nak bagi tau.
adakah surat ini sekadar rekod bahawa tindakan sudah diambil?
atau untuk rekod ISO yang akan diaudit oleh auditor?
kalau begitu lebih kurang sama lah saja dengan tak ambil apa-apa tindakan...

kalau pasal lewat bayar cukai pintu.
atau nak kompaun apa-apa kesalahan.
memang cekap dan pantas saja pihak majlis bertindak...!
bila kita perlukan khidmat mereka, macam ni lah biasanya berlaku.

- buah di laman orang, tentu ada tuannya. . . -

Jan 24, 2013


kengkadang tentu ada terdetik perasaan "asyik kita je nak jaga hati jiran..."

dijemurnya kain baju termasuk yg seluar kecik dan baju kecik kat pagar kita.
pagar belakang kan ada.
atau belilah ampaian kain ekstra kalau dah rajin sangat atau banyak sangat benda yg nak dibasuh.

berkaraoke dengan volume yg full blast.
macam nak buat konsert rock.
kalau suara sedap tak pelah jugak.

laman rumah dah tumbuh  lalang. sampai memanjat rumah kita sbg jiran.
kalau malas nak tebas, upah ajelah mat bangla.
alahai 10 hinggit pun takkan kedekut.
susah sangat, simen kan aje laman rumah tu, abis cerita...

tong sampah dah penuh. pepandai aje ditumpangnya tong sampah kita.
sebab katanya sampah kita tak banyak. sampah dia banyak.
ade kaaaa...!

ini lagi satu.
parking kereta sampai block rumah jiran.
pagi tadi wifey pergi ofis kejap walaupun cuti maulidul rasul.
nak balik tengah hari tadi, hujan lebat pulak.
tak boleh nak masuk porch.
sebab kereta jiran dah block. sampai ke malam tak dialihnya.

kalau orang lain, mungkin benda macam ni boleh buat gaduh..., paling tidak masam muka, tak bertegur sapa.
selagi boleh sabar, sabar aje lah.




- hanya kerana gunting rambut... -

Jan 22, 2013


petang tu dia keluar. sorang-sorang.
bukan nak ke mana pun.
nak gunting rambut je. ada kedai gunting dekat dengan rumah.
walaupun bukan pilihan no.1. dia bukan kesah sangat pasal kedai.
macam dia, fesyen apa sangatlah kan
kita ni lelaki. gunting kengkadang ambik 10-15 minit je.
kalau takde orang atau musim sekolah nak buka, atau nak raya.
lainlah perempuan. pilih saloon yg dia rasa paling sesuai.
atau yg ikut bajet yg dia ade.
kengkadang mahunya ambik 1-2 jam. mahal lak tu....

dia bagitau isterinya. nak keluar gunting jap.

********

2 jam lepas tu.
isteri kat rumah mula risau.
kenapa tak balik lagi.
kata tadi nak gunting rambut.
patutnya kejap je. macam biasa.
nak telefon, henfon pulak tinggal di rumah.
sengaja ditinggal sebab niatnya nak pergi kejap je.
lagipun henfon itu tengah cas. bateri nak habis.

macam-macam dalam fikiran mula datang.
terutama yg buruk-buruk.
eksiden tengah jalan.
mintak dijauhkan lah.

nak kata jumpa perempuan lain. takkanlah selekeh sangat.
pakai seluar track, selipar jepun, dengan t-shirt harian je...

mungkin kena culik ke.
eleh... bukan orang kaya pun.

kena sorok hantu kopek atau orang bunian....mana tau!

...atau tiba-tiba ada orang rompak kedai dekat situ.
polis pun datang kepung.
tiba-tiba  orang yg nak pergi gunting rambut tu dijadikan tebusan

fuh....macam-macam lah.

********

kedai gunting dekat rumah tu tutup pulak hari ni.
mungkin tuan kedai ada urusan lain. urusan peribadi atau urusan keluarga.
dia pun pergi kedai gunting lain. jauh sikit lah.
sebaik keluar kedai gunting, terserempak dengan kawan lama.
jiran yg duduk sebelah rumah sewa dulu.

lepak kejap kedai mamak. dekat dengan kedai gunting tadi.
borak - punya - borak.
dekat 2 jam berlalu sejak keluar rumah tadi.
dah dekat masuk maghrib pun.
tadi ingat nak sms isterinya, tapi henfon tertinggal kat rumah.
lagipun ingat nak mengeteh dan borak kejap je.
tak sangka pulak meleret dekat 2 jam.

*********

kisah di atas ialah mengenai aku. sabtu lepas.
kisah benar, yang benar berlaku, tiada yang tidak benar...
he he he he

lain kali tak buat lagi.
kesian kat wifey...
risau tak pasal-pasal.

- di bawah tempurung ada katak melalak... -

Jan 21, 2013


petang semalam hujan lebat. lama dan panjang.
wifey dan eril ambik kesempatan untuk tidur.
sejuk dan menyamankan. apatah lagi makan tengah hari lewat sikit.
perut masih kenyang, mata pun jadi kuyu.
tidur adalah ubat paling mujarab.

aku menghadap tv. menunggu-nunggu live badminton.
tunggu dato' lcw turun gelanggang.
memang sengajalah penganjur letak jadual dia paling akhir sekali turun.
marketing strategy yg boss aku selalu gunakan. bagus...!
sesekali tv terpadam sebab hujan.
eh bukan sebab hujan, tapi sebab teknologi astro yg masih tak maju-maju.
walau tv kita serba canggih sekalipun masih jugak hujan sbg musuhnya...

erol dan erin asyik keluar masuk bilik.
semakin kerap diorang menjengah keluar sambil menyelak langsir.
hujan masih turun.
tak de can lah hari ni main kat luar.
basikal pun dah 'memanggil-manggil' mereka keluar.
sesekali diorang menjengok aku yg baring depan tv.
kot-kot aku tertidur.
bolehlah diorang menyusup keluar.
ahhh...strategi tu dah lama aku guna masa bebudak dulu.
nampak abah tertidur je, terutama bila balik kerja shif....zuuuup hilang.
nak maghrib baru balik.

akhirnya sesudah penantian yg hampir bosan dan hampir terlelap.
lcw turun jugak ke gelanggang. lawannya sony dwi kuncoro dari indonesia.
ada satu grup mat indon mula bersorak. tapi ditenggelamkan oleh hampir satu stadium yg menyorak lcw.
lcw main seperti dirasuk hantu. sampai terkapai-kapai pemain indon tu.
semuanya menjadi, smash, drop shot, drive, main jaring, flick, backhand...
sesekali tv terpadam gambarnya. hujan di luar sekejap lebat sekejap reda.
tapi serangan bertubi-tubi lcw ke atas lawannya terus bertalu-talu.
grup indon yg menyokong tadi, entah mana hilangnya. walaupun cuba dicari kamera tv.
punyalah aku tunggu lama, game tu berakhir beberapa minit je. 21-7, 21-8.
final paling one sided pernah aku tengok.
sekali gus mencatat kejuaraannya kali ke-9 malaysia open.

sebaik game habis...
aku cari erol dan erin. sebab terasa macam senyap sunyi je.
hujan kembali lebat.
aku jengok dalam bilik. takde.
aku syak diorang menyelinap keluar.
masa aku tengah khusyuk tengok tv tadi.

aku jengok di tingkap.
huh....
ini keje diorang!
tak dapat main basikal, korang main hujan...



- cuma hari biasa, tetapi lebih istimewanya -

Jan 18, 2013


Shhhhhhhhhhhhhhhhh...jangan bagitau sesapa.
hari ni hari jadi aku.
hahahaha


How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older?

demikian kata seorang kawan.
eleeeh alasan...!

hari ni aku nak duk diam-diam.
kerja ofis pun aku tunda.
aku nak bermuhasabah...hehehe


- dengar cakap enggang, makan buah beluluk...-

Jan 17, 2013


kenapa tak pakai batik hari ni?
kenapa pulak kena pakai batik?
hari ni kan hari khamis, hari pakai batik...
oooo...dulu aku pakai. tapi sekarang ramai yg dah tak pakai so, aku pun malas nak pakai.

kau tak pergi stadium bukit jalil.
buat apa pergi sana. sapa lawan bola?
laaa...dalam berita, paper, internet kan ada bagitau.
habis tu kau turun jugak ke.
orang lain pergi, kawan-kawan aku pergi. jadi aku pun ikut la. pakai baju kuning.
itu kat stadium merdeka la bukan bukit jalil...
uishh ye ke.

-88888-

kita ni kononnya ikut trend. tapi trend ikut-ikutan.
semberono je.
sekarang orang share, sebar video dan buat lagu parodi 'listen,listen,listen..", kita pun ikut share, ikut sebarkan.
lepas tu orang komen. kutuk. kita pun ikut sama komen. kutuk.
sebab kita ikut orang.

orang ambik petikan ceramah ustad azhar, kita pun quote jugak.
lagi kelakar lagi bagus.
lagi tajam sindiran, lagi orang nak baca.
sebenarnya yg penting bukan baca quote, tapi isinya tu diamalkan.

ada yg letak hadis yg takde periwayat, takde sanad takde matan....kita pun ambik.
bukan ambik saja atau baca je. kita turut sebarkan.
entah hadis tu sahih ke, daif ke, palsu ke, kita tak ambik tahu pun.
kalau orang bagi atau kongsi tu, kira betullah, kira sahih la.
itu prinsip kita amalkan. walaupun sebenarnya tak betul
sebab kita ikut orang.

ada yang bagitau produk tu haram.
kita pun bagitau kat kengkawan lain produk tu haram. boikot.
kalau betul haram kenapa tak diumumkan.
mana aci main tulis-tulis surat yg ada logo jakim.
tapi orang awam tak tahu menahu.
logik ke macam tu.
kalau waswas, cuba selidik dulu betul ke tidak.
entah-entah produk tu halal, tapi surat tu yg palsu.
jangan sampai haramkan yg halal dan halalkan yg haram.
jangan main ikut-ikut aje...

kan ada peribahasa,
dengar cakap enggang, makan buah beluluk,
dengar cakap orang, terjun masuk lubuk



- apalah daya kita melawan takdir -

Jan 16, 2013


pagi tu, seperti hari-hari sebelum ni, naz hantar anaknya ke tadika.
jauh sikit dari rumahnya.
kalau nak ikutkan, area taman perumahannya pun ada tadika jugak.
tapi dia lebih selesa hantar anaknya ke situ.
lagipun tempat kerjanya dalam laluan yg sama.
jadi tak lah membebankan sangat.

walaupun ada kereta, dia pakai motor besarnya, ulang-alik pergi kerja.
senang nak cilok celah-celah kereta. jimat minyak dan cepat sampai.
laluan ke tadika sudah biasa dilaluinya.
ini tahun kedua anaknya di tadika yg sama.
kira last lah. tahun depan dah masuk darjah satu.
keletah anaknya tu buat dia rasa hilang penat lepas kerja.

tapi pagi tu, mereka berdua tak sampai ke tadika seperti biasa.
motosikal yang ditunggangi dua beranak itu, terlibat dalam kemalangan.
di satu simpang dah dekat benar dengan tempat tujuan.
malang menimpa mereka.

ada yang kata dia bawak motor agak laju.
ada yang kata salah pemandu kereta.
tak tahu mana satu versi yg betul.

motosikal berlanggar dengan kereta camry.
kedua-duanya tercampak jatuh.
naz meninggal dunia di situ juga.
mengikut saksi kejadian, dia masih bernafas sewaktu orang ramai mendekati.
anaknya pulak cedera.
pada awalnya, orang ramai menyangka dia jugak sudah meninggal.
tetapi tiba-tiba bangun dan mencari-cari di mana ayahnya.

tentunya anak kecil itu trauma akibat kejadian yg menimpanya
ayahnya pergi dalam sekelip mata.
tiada lagilah pagi-pagi bermotosikal ke tadika dihantar ayahnya.
tiada lagilah tempat bermanja, dicurah kasih sayang lelaki bergelar ayah.

isteri naz, adalah kenalan wifey.
hiba, sebak dan dukalara tentunya rasa kehilangan insan tersayang.
insan yang paling dekat di hati kita.
tempat bergantung dan berlindung.
tempat hati berkongsi kasih.
bagaimanakah hari-harinya selepas ini mengharungi hidup bersama-sama anak-anak yang masih kecil.

moga keluarga itu dilindungi-Nya.
al-fatihah...


ingin hati melihat pulau, sampan ada pengayuh tidak

Jan 15, 2013


pagi tadi ada seorang kawan singgah di ofis.
saban tahun dia tak pernah lupa hantar diari dan kalendar pada aku.
memang aku dah dapat dah daripada orang lain.
lagipun memula je rajin tulis. lepas tu malas dah.

tapi adablah, 
orang memberi kita berterima kasih.
takdelah cakap "ko bawak balik je la. aku dah ada. takkan nak pakai 4 diari..."
takkan la macam tu sekali kan.

kami borak pendek je.
sebab dia nak pergi tempat lain. dan jumpa kengkawannya yang lain.
dan tentulah nak edarkan diari dan kalendarnya.

tapi dalam perbualan pendek tu, dia sempat gak tanya.
apa azam tahun baru aku.
aiseh...dah masuk setengah bulan dah januari ni...

tapi adablah,
orang bertanya, kita perlulah jawab secara sopan.
takkan nak cakap "alahai...dah lama masuk tahun baru baru nak tanya azam"
takkan la macam tu sekali kan.

entah...
apa agaknya azam aku tahun ni.
azam tahun lepas pun aku dah lupa.
apatah lagi azam 4-5 tahun lepas....hahahaha
errr...pernah ke aku ada tanam azam?
kalau ada pun mungkin dalam hati je,
tak tulis dalam blog atau fb....hahahaha
... dan lepas tu agak-agak tak boleh capai, buat-buat lupa.

oleh sebab dia tanya spontan.
aku tak sempat nak fikir.
jadi aku jawab pun spontan...

azam nak bela janggut mcm UAI
eh!...ni gambo zizan

- jangan lupa, dunia ni kecik je...-

Jan 14, 2013


dunia 1
kak seri kawan sekompeni aku. suaminya berjawatan tinggi.
saban tahun aku ke open house hari raya kak seri.
kalau aku buat majlis makan-makan pun, kak seri dan familinya akan datang rumah aku.
maknanya dah banyak kali  jumpa suami kak seri. dan kenal anak-anaknya.
suaminya memang agak serius dan pendiam. tak banyak cakap.
sepatah kita cakap, sepatah dijawabnya.
baru-baru ni, kak seri ada cerita yg anaknya nak bertunang.
anaknya dah umur 26 tahun, dah kerja.
anaknya tak berani tunjuk yg dia dah ada boyfriend.
kak seri tahu, tapi tak berani nak bagitau suaminya.

oleh sebab si pakwenya mendesak, nak kahwin, berapa lama lagi nak tunggu.
maka kak seri beranikan diri, bagitau suaminya.
walaupun nampak garang, tapi hati suami kak seri lembut macam jeli...hahaha
dia setuju. malah gembira yg anak daranya nak kahwin.

kak seri cakap dah 6 tahun diorang berkawan, sejak study dulu.
tapi kak seri kata, anaknya  tak pernah keluar dating, walaupun dua-dua duduk KL.
aku angguk ajelah.
walhal aku beberapa kali terserempak anaknya tu dengan boyfriendnya kat shopping complex..
dunia ni kan kecik je...

dunia 2
eril dah masuk tingkatan 1 tahun ni.
seperti sebelum ni, kita orang kena aturkan transport untuk anak-anak ke sekolah.
erol dan erin takde hal. masih guna transport jiran yg ambik dan hantar budak-budak sekolah.
kita orang ambik pakej transit  dan makan tengah hari sekali.

masalahnya, tahun ni eril sekolah petang.
nak pergi sekolah masih lagi guna transport jiran yg sama. tapi soal balik sekolah ada problem sikit.
jiran tu kata, dia cuma ambik budak sekolah rendah.
lagipun, keretanya dah penuh. takkanlah semata-mata nak ambik eril, dia kena patah balik selepas ambik budak sekolah rendah (1,2,3) yg sekolah petang jugak.
aku terpaksa buat arrangement. salah seorang kena ambik eril balik sekolah.
kalau sempat, aku ambik. kalau tak sempat, wifey yg. ambik.
sebab  aku ni tak tentu. iyalah kerja kat KL nak balik nilai. jauh tu...
belum tentu boleh sampai tepat pada masa nak ambik eril yg keluar 6.45 petang.
kalau hujan ribut, jalan jem atau apa-apa halangan di jalanan, eril pulak yg kesusahan nanti.
takpelah kami beralah saja...

tapi aku ternampak beberapa kali yg jiran tu ada ambik jugak budak sekolah menengah.
tingkatan satu macam eril.
dan yg diambik tu  seorang aje. selepas ambik trip budak sekolah rendah yg balik 6:30.

petang khamis lepas, aku sampai awal nak ambik eril.
dan aku sengaja parking kereta betul-betul depan kereta jiran tu.
dia nampak serba tak kena.
dunia ni kan kecik aje...

- cerita hantu di malam tahun baru -

Jan 11, 2013


kisah ini panas lagi. kisah real dan benar-benar terjadi.
malah ianya berlaku pada malam tahun baru tempoh hari.
ya, baru benar lagi kejadiannya.
khabarnya video sebenar dijumpai oleh polis.
tapi entah di mana silapnya ia mula tersebar.
dari henfon ke henfon.

dalam video itu dipaparkan 4 watak.
diambil daripada smartphone. dipercayai i-phone5.
sebab video yg dirakam itu sebenarnya daripada henfon mereka yg terlibat.

secara ringkas, sorotan video tu kisahnya begini.

amin dan makwenya liza, bersama reza baru pulang meraikan malam tahun baru.
selepas berhibur dan makan-makan mereka pun pulang.
waktu tu dah masuk dinihari.
amin yg memandu. di sebelahnya liza. manakala reza duduk di belakang.
mereka nak turunkan reza dulu ke rumahnya di pinggir KL.

reza baru beli henfon pintar. i-phone5.
ini diketahui daripada video itu yg reza asyik memuji-muji i-phone5 nya yg hebat itu.
dia asyik dengan 'mainan' barunya itu.
malah dah sampai ke tahap kemaruk.
dia mula memasang videonya.
mengambil gambar amin yg sedang memandu dan berborak dengan liza.
sambil mereka bernyanyi-nyanyi mendengar alunan lagu di radio.

sampai di suatu jalan yang agak sunyi. mereka ternampak kelibat seorang perempun.
berdiri di tepi jalan.
reza suruh amin berhenti. tapi amin tak nak.
mungkin hantu ke pontianak ke, katanya.
tapi amin memperlahankan jugak kereta. supaya dia boleh nampak dengan jelas siapa gerangannya.
hantu ke. pontianak ke, atau memang betul-betul orang.

bila dah hampir, jelaslah itu seorang gadis. bukan hantu.
dia pakai seluar jeans dan baju putih.
liza suruh amin berhenti. gadis tu nampaknya macam perlukan bantuan.

semuanya dirakamkan secara live oleh reza.

liza membuka tingkap kereta.
"kenapa ni...? tanyanya.
"nak balik rumah...boleh kasi saya tumpang tak" kata gadis tu.
cantik jugak orangnya.

"awak ni biar betul...." kedengaran amin merungut.
tapi liza dan reza mendesaknya untuk menumpangkan gadis tu.

reza masih sibuk merakamkan video tu.
gadis tu kelihatan tak selesa.
beberapa kali ditanya.
"buat apa malam-malam macam ni...?"
"ada problem ke?"
langsung tak dijawabnya. malah dia kelihatan takut-takut.

"reza...tutuplah video tu. dia tak selesa la..."liza menegur si reza.
"apalah kau ni, tutuplah wooii..."tegur amin sedikit kasar.

reza macam dah kemaruk sangat dengan i-phonenya tu.
dia gelak saja. langsung tak dipedulikan teguran kengkawannya.
diambiknya gambar gadis tu. yang masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahnya.

"apa nama you..." tanya reza pada gadis tu.
"sofea..." jawabnya ringkas.
reza yg agak nakal. menghalakan lensa pada wajah gadis tu.
sofea memalingkan mukanya. dan cuba mengelak daripada dirakamkan.

beberapa saat kemudian, dia menunjuk ke satu arah di depan.
meminta supaya kereta itu diberhentikan.
amin dan liza sedikit pelik. mereka saling berpandangan.
kawasan tu agak sunyi. takde rumah.

sementara itu reza masih menghalakan telefonnya ke muka sofea.
sofea sedikit marah dan rimas dengan gelagat reza.

lalu dia memandang tepat ke kamera telefon tu.
wajahnya yg tadi cantik, bertukar menjadi  amat hodoh. macam hantu.
dia menjerit dan cuba menerkam reza.

amin, liza dan reza terkejut dan menjerit ketakutan.
serentak dengan tu, kereta hilang kawalan.
lalu terbabas dan terbalik.
henfon tu terlepas daripada tangan reza.
tapi masih terpasang.
menunjukkan keadaan dalam kereta yg kemalangan.
video terhenti di situ.
sambil terdengar hilaian ketawa sofea yang nyaring dan menyeramkan....!

susulan selepas kejadian.
ada dilaporkan dalam akhbar keesokannya.
berita kemalangan tiga kawan karib tersebut.

amin dan liza, mati dalam kemalangan itu.
sementara reza cedera dan hilang ingatan.
dia tak dapat menceritakan semula peristiwa yg berlaku pada malam tu.

polis menjadikan video yg diambil daripada iphone5, reza.
ianya dijadikan bahan bukti.
hasil siasatan mendapati...
sofea dalam video itu adalah mirip seorang gadis bernama sofea yg sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lokasi yang sama pada tahun 2008.
kejadian itu juga berlaku pada malam tahun baru.


*********

aku nasihatkan.
jangan tengok video tu....
terutama kepada pengguna iphone5 dan smartphones jenama lain...
aku nak nasihatkan juga.
jangan download atau cari video tu.

kisah benar ini berlaku di luar negara tapi sudah 'dimalaysiakan'.
ada bahagian cerita ini sengaja aku adaptasikan.
video ni dirakam oleh seorang yg fanatik dengan smartphone nya....
jadi...ingat-ingatlah.


- orang KL makan sarapan apa agaknya? -

Jan 10, 2013


ya, aku biasa dengar dan baca. 'falsafah' pasal makan.
'makan pagi atau sarapan bagai orang kaya. makan malam seperti orang miskin.'
maksudnya kalau makan waktu pagi biarlah banyak dan heavy.
utk beri tenaga terutamanya. waktu begini makan mudah hadam.
makan malam pulak sikit je. sekadar mengalas perut.


kengkadang cereal aje yg sempat

semalam aku ada tengok satu program kat tv.
memperkatakan pasal anak-anak sekolah.
panel jemputan memperkatakan pentingnya sarapan pagi untuk kanak-kanak.
aku tak nafikan akan kepentingannya. dalam situasi yang ideal.
cuma aku terfikir situasii yg benar-benar berlaku.
masa bila agaknya, yang nak ke sekolah tu sempat bersarapan?
pagi-pagi biasanya agak kelam-kabut sikit. nak bangun, mandi dan bersiap.
takut terlepas bas sekolah lagi. nak kejar loceng sebelum pagar sekolah ditutup.
aku percaya tak ramai yg sempat bersarapan di rumah.

anak-anak aku sendiri setahu aku dah berhenti sarapan di rumah bila nak ke sekolah.
kalau dibuat air milo, roti bakar, nasi goreng, nugget, koko crunch atau apa pun utk sarapan.
memang jarang sekali disentuh. waktu pagi dengan mata kuyu dan muka moyok dan suram, sudahnya tak makan pun....
sekarang ni cuma minum milo atau horlicks je. itu pun segelas pun tak habis.
sudahnya bagi je duit belanja lebih sikit.
makan saja di kantin waktu rehat di sekolah nanti.

dunia dah berubah. segalanya serba pantas
waktu sarapan kita sebenarnya dah berubah.
mungkin tidak lagi seawal dulu.
biasanya jam 9:00 ke atas.
atau mungkin tak bersarapan langsung.
terus je makan tengah hari atau brunch saja la....

...dan sebagai warga KL.
atau orang macam aku yg kerja di KL ni.
jem adalah menu sarapan kami hari-hari....hahahaha


- kita diperhamba, mereka dipertuan -

Jan 9, 2013


aku dengar-dengar sejak semalam daripada kengkawan lain perihal berita itu.
tapi semalam aku tak sempat nak pastikan kesahihannya.
hari meeting bulanan untuk kompeni, memang panjang berjela. makan masa berjam-jam.
khabarnya ada sebuah kompeni nak buang sebahagian pekerjanya.
terkejut juga aku, kompeni tu besar. internasional statusnya.

pagi ni aku cuba hubungi kawan-kawan di sana.
tak perjawab walau satu pun.

tengah hari tadi baru aku sempat bercakap, dengan seorang kawan lama di sana.
dia mengesahkannya dengan nada sayu dan hiba.
"ya, kita orang diberhentikan beramai-ramai...aku dah takde kerja dalam sekelip mata je.
bertahun-tahun aku kerja kat sini. akhirnya dibuang macam hampas...."keluhnya.

aku dan J punya sejarah berkawan yg panjang.
dulu kami pernah bekerja dalam satu kompeni yg sama.
malah dialah antara kawan aku yg paling rapat.
hinggalah pada satu hari aku mengambil keputusan untuk berhenti.
walaupun bukan dengan kerelaan sendiri.
rasanya terlalu panjang untuk aku ceritakan di sini.
mungkin pernah aku tulis entrinya di blog ni.

jadi, aku faham benar bagaimana rasanya kalau takde kerja.
serasa sumber kewangan terhad. periuk nasi ditabur pasir.
meskipun kita redha dan percaya pada rezki, tapi kegusaran tetap menghantui.
manalah tahu, kalau kerja tak dapat-dapat...
tabung simpanan pulak makin kering. apa kita nak makan?
tapi tuhan maha kaya, terutama pada hambaNya yg sentiasa berusaha dan berdoa.

kemudian aku bekerja di beberapa tempat lain.
J jugak sudah beberapa kali berpindah kompeni.
tapi kami masih berkawan. walau jarang berjumpa.

aku tumpang sedih akan nasibnya.
perkara pertama yg aku fikirkan macam mana dia nak meneruskan hidup.
bagaimana dia nak meneruskan hari-hari mendatang?
macam mana dia nak menampung anak isteri?
takde kerja, takde gaji, takde duit, pintu rezki tertutup sudah...
lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. susah nak dapat kerja.
terpaksa bersaing...

aku cuba juga semampu terdaya. memberinya semangat. kata-kata dorongan.
putus asa bukanlah pilihan buatnya pada masa-masa sempit ini.
dia harus kuat. harus tabah. demi diri dan keluarganya.
aku percaya dengan pengalaman yg dia ada.
dengan kemahiran dan kemampuannya bekerja, dia akan diterima di tempat lain.

sebentar tadi aku terbaca status fb nya yg sayu.
sebahagian daripadanya aku tampalkan di sini;



Yang ada pada kita gelar hamba
Yang ada pada mereka gelar tuan
Yang berlaku pada kita diperhamba
Yang dilakukan kepada mereka dipertuan

Suara kita didengar di balik cawan
Dilempar seperti mereka menghayun bola golf ke awan
Jasa kita dihargai waktu diperlukan
Untuk kemudiannya kita dinyahkan
Tatkala mereka bergelumang beban.
...

Membuang lebih senang daripada berkongsi susah
Menyimpan terasa membebankan
Beban bukan tanda kasih sayang
Membuang didakwa tanda penghargaan.

Mereka selamat, kita mulai sekarang terpaksa berjimat
Kesedihan mereka pada kata-kata
Kesedihan kita memang ketara di muka
Jangan menangis, kawan
Kerana rezeki bukan di tangan tuan
Tetapi bermula di tangan hamba

 

- ada waktu-waktunya kita tak sedar. . . -

Jan 8, 2013


petang ahad, aku bawak eril dan erol gunting rambut.
mama mereka bising-bising kata rambut diorang dah panjang.
lebih daripada cikgu disiplin dia punya penguatkuasaan undang-undang.
aku tak kesah sangat, selagi rambut belum cecah kolar baju, tak kena cuping telinga dan dahi tak tertutup dek rambut.
itu peraturan zaman aku sekolah dulu.
dan aku rasa masih diguna pakai hingga sekarang.
tapi sekarang ni, bila wifey dah mula mengeluarkan arahan gunting, makanya kenalah ikutkan saja.
jadi, peraturan yg aku ikut tu tak poleh guna pakai dah...

ya, aku tahu. budak-budak tak suka gunting rambut.
kalau rambut panjang, rasa dah besar. dah dewasa.
kalau gunting nanti kepala jadi togel.
kalau pendek sangat, jadi bahan dek kengkawan sekolah.
tapi nak merajuk pun tak boleh.
ini arahan. kena ikut...!
kalau tak ikut nanti kena leter. pedih telinga mendengarnya. letih nak layan...

brader kedai gunting tu dah tampal harga baru kat kedai dia.
mulai 2013 dah naik harga rm7 untuk budak sekolah.
tahun lepas masih lagi rm6.
masih rendah kalau nak dibandingkan dengan negara jiran...hahahaha
ataupun bergunting di salon rambut.
ah, budak-budak lagi. tak payah la nak berfesyen-fesyen sangat.
tapi brader india tukang gunting tu masih bertanya dengan berhemah.
"mau gunting macam mana boss?" tanyanya.
"biasa. sekolah punya stail..." aku jawab.

sementara eril dan erol 'diguntingkan' ramai pelanggan yg lain masuk.
terutama kaum bapak yg bawak anak diorang.
tentu wife mereka juga dah jadi cikgu disiplin sekolah, jugak...hahaha
mujur kami cepat. kalau tak berjanggut lah menunggunya.

habis je bergunting. tiba-tiba je aku rasa nak singgah rumah kak lang.
sejak seminggu dua ni tak pergi, sebab sibuk anak-anak nak ke sekolah.
aku ni walau macam mana  sibuk pun mesti nak jengok jugak kak lang.
ternampak pulak ada orang berjual otak-otak dekat gerai seberang kedai gunting rambut tadi.
takkan aku nak singgah tangan kosong rumah kak lang.
rezeki dialah ni. lagipun kak lang memang suka makan otak-otak.
jadi aku tapaukan untuk dia.

sampai rumah kak lang, dia tengah siram bunga.
rumah kak lang ni penuh dengan pokok bunga. keliling rumah.
jenuh jugak nak menyiramnya. tapi inilah hobi dan pengisi masa lapang kak lang.
daripada nak buat kerja berat dah tak larat dah.
aku pun terus ambik alih. tolong siramkan. eril dengan erol sibuk nak tolong.
kak lang nak buatkan teh untuk minum petang.
tapi eril dan erol yg berpeluh, dah sibuk gatal-gatal dan miang. sebab baru lepas bergunting tadi.
nak balik mandi, kata mereka.
jadi kejap ajelah, lepak rumah kak lang.

tapi kak lang bekalkan aku gulai masak lomak cili api+tempoyak +pucuk ubi + petai, kuahnya pekat-pekat.
"nah...ambik ni bawak balik. takdo apo nak bagi hah..." kata kak lang sambil menghulur mangkuk plastik.
dia memang tau itu feberet aku.

...dan makan malam tu, wifey asyik menjeling je.
bukan apa. kari ayam, ikan goreng dan sayur masak lemak yang dimasaknya aku jamah sikit je.
asyik dengan bekal yg dimasak kak lang tu.

"esok masak megi je lah..." kata wifey.
alamak....aku dah buat dia merajuk dah...

ada waktu-waktunya kita cuba ambik hati orang lain.
tapi  tanpa sedar orang lain pulak yg kecil hati.

hahaha payah nak jaga hati semua orang kan...?

- sebenarnya kita ni terlalu manja. . . -

Jan 7, 2013


eril, erol dan erin begitu gabra sekali.
mereka resah gelisah.
duduk berlonggok bertiga-tiga.
ke mana saja aku pergi, ketiga-tiganya mengekor.
aku bukan ke mana pun, sekadar dari ruang tamu nak ke dapur...
aisshhhhh...

ya, aku ke dapur nak cari lilin.
bukan....
bukan nak cucuk atas kek hari jadi.
nak cari lilin sebab gelap.
senang cakap, takde letrik...!

laaa ...setakat takde letrik pun kecoh habis, budak-budak ni.

mujur ada sebatang.
kadang-kadang kita ni bila dah terkena baru nak beringat.
sebab kita selalu ambik lewa. take for granted.
sepanjang masa mesti ada letrik.
letrik terpadam 20 minit pun dah mengeluh.
dah marah-marah....
teruk la TNB ni!
apelah kerajaan ni, menyusahkan rakyat!
sampai begitu sekali...


nak tengok cerekarama pun, missed.
nak tengok bola, melepas.
...dan dalam kes malam tadi, wifey naik angin sebab terlepas  bahagian awal AJL.
dia terlepas 'ombak rindu' dan 'patah seribu'.
tambahan pulak masa tu katanya ada aaron aziz yg mendukung adira...!
hahahaha...

panas....berpeluh.
takde kipas, takde air cond.
begitu 'manja'nya kita.

kembali kepada 3 beradik tu.
selepas aku pasang lilin.
mereka berlonggok menghadapnya.
macam duduk mengeliling 'unggun api' waktu berkhemah, lagaknya.
hisshhh...
teruk betul budak-budak sekarang.
manja...!
macam kita juga...

itu baru 20 minit.
kalau 2-3 hari?
macam mana mereka nak hidup?
hahahahaha.....


- misai nipis bawak tuah -

AJL26 fesyen serabai 

AJL 27 misai nipis & mug 

- 'apa-apa je lah...' sepatutnya dilarang sebut -

Jan 4, 2013


1.
A: nak pegi mana?
B: kantin jap...
A: nak kirim tapau boleh...?
B: nak tapau apa?
A: apa-apa je lah...

2.
isteri: nak masak apa malam ni ha...?
suami: apa-apa je lah...

3.
Z: aku nak gi korea minggu depan
R: wahhh bestnya...
Z: kau  nak kirim aku  ole-ole apa?
R: apa-apa je lah..

sebenarnya jawapan "apa-apa je lah" tu mendatangkan dilema kepada orang yg bertanya.
buatkan mereka serba-salah.
apa-apa je lah tu ape bendanya?

walaupun maksudnya, tak kesah apa saja.
beli lah apa pun.
masakla apa saja pun.
bawak sajalah balik hadiah apa pun.
kita sanggup terima dengan rela hati.

lebih baik bagitau dengan tepat dan spesifik apa yg kita nak.

"belikan aku mi goreng dengan telur mata satu bungkus..."
kan mudah orang nak belikan atau tapaukan.

"masak ikan sardin ajelah..."
takdelah menyusahkan isteri bertungkus-lumus kat dapur nak masakkan nasi beriyani.
kalau dimasak ikan sardin je takut pulak si suami merungut..."huh...!masak sardin je?"

"kalau dapat t shirt gambar artis k-pop ok gak...".
takdelah nanti balik dari korea dibaginya  fridge magnet, kita tarik muka masam pulak.

ingat...
lain kali kalau orang tanya, bagitau elok-elok.
bukannya "apa-apa je lah..."
manalah tahu, orang yg kita kirim tu dah malas nak layan. tiap kali kita cakap apa-apa je lah.
suatu hari bila kita kirim belikan air.
dibelinya air bateri...!
tak ke naya...! ha ha ha

sebab tu aku, kalau ada orang nak kirim barang atau makanan.
aku pantang betul bila diorang cakap 'apa-apa je lah..."
aku akan balas balik "apa-apa je lah, mana ada jual!"

saja nak perli. biar diorang tak menyusahkan kita memikir apa yg kita beli nanti diorang suka ke tidak, diorang makan ke tidak, mahal ke tidak.


- cerita budak sekolah, kembali lagi... -

Jan 3, 2013


semalam, pagi-pagi lagi dah hantar erin dan erol ke sekolah.
tahun ni eril sekolah petang.
jadi dia boleh eksen sikit, tidur lewat dan bangun lambat.
maka pagi semalam cuma mata kuyu erin dan erol yg aku pandu ke sekolah.
walhal sebenarnya budak dah ada pengalaman sekolah dah tak payah mak bapak hantar untuk hari pertama ke sekolah.
diorang dah pandai rasa malu diajuk dek kengkawan.
cuma aku nak bagi 'sokongan moral' bahawa papa mereka ni sangat prihatin....hahaha
habis je perhimpunan, nak dengar amanat cikgu, mereka pun masuk ke kelas.
aku cuma nak tahu, jadual masuk dan balik sekolah.
dan yuran kena bayar ke tidak buat masa ni.
dua-dua jawapan dapat dah. yuran belum perlu bayar lagi, belum ada arahan kementerian, kata cikgu.
selepas diorang masuk kelas, aku pun beredar balik


sebulan lepas aku buatkan my kad eril.
lepas buat, kerani kaunter tu cakap JPN akan hantar surat pemberitahuan bila dah siap.
biasanya dalam tempoh 2 minggu.
tapi sehingga semalam takde apa-apa pun yg diterima.
jadi aku telefon ke hotline JPN dan diberitahu my kad tu sebenarnya dah siap dan boleh diambik.
moral ceritanya janganlah harapkan nak tunggu surat, takde maknanya.
terlanjur semalam cuti.
aku pun pergi ke JPN sepang dengan eril.
yeh, eril dah besar sekarang dah ada my kad.




- apa ada kat belakang rumah ye? -

Jan 2, 2013


belakang rumah aku asalnya aku tanam pokok ala pokok pines atau pokok krismas.
aku tanam sejak mula pindah masuk rumah ni.
tujuannya dulu, aku tanam utk cover pintu belakang rumah dari nampak terus orang lalu lalang.
sebab pintu belakang tu terus boleh nampak ke dapur.
sekarang dah condong sikit sebab dah besar dan berat.



lepas tu aku ada tanam pokok mangga.
dah 2-3 kali berbuah pun.
aku pun dah lupa beli benihnya kat mana.
buahnya besar dan manis
pokoknya tak besar tapi buahnya lebat.
jadi bila berbuah, aku bagi-bagilah kat jiran terdekat.
sama-sama rasa lah kan...
ada jiran  yg jauh pun bila lalu, rasa mengidam bila ternampak buah mangga tu.
diorang akan sms
"mangga hang nampk sedap. ada lebih, bak mai kt aku nk rasa..." sms dari mat penang. jiran blok depan.
"ada lg x buah mangga. terliur tgk" kata yan, kawan wifey jiran hujung rumah.


selain tu aku ada tanam pokok pisang.
ini sebenarnya pokok pisang mini.
aku ambik benih dari acik.
dia tanam depan rumah, tandan pisangnya mencecah tanah sebab pokoknya rendah.
tapi, peliknya dah 2 tahun pokok pisang ni aku tanam.
sekali pun tak berbuah. tapi nampak subur dan beranak-pinak.
nak kat tak berbaja, bermacam jenis baja dah aku bubuh.
tapi pokok ni tak jugak nampak macam nak mati. elok je tumbuhnya.
aku masih menunggu hasilnya.

yang lain ni sebenarnya pokok-pokok pasu.
ada banyak pokok pasu sebelum ni, tapi habis mati masa aku buat renovation rumah awal tahun ni.
sekarang ni baru nak tanam balik.

adalah jugak tanam pokok cili, daun bawang, dan daun kesum.
tanam dalam pasu.
tapi jangka hayatnya tak panjang.


ada jugak tanam serai dan daun kunyit.
sambil tu pokok limau purut pun dah makin besar.
bolehlah buat perencah tom yam.
paling tidak pun buat pakai mandi limau ha ha ha ha.


ni tempat aku lepak petang-petang.
tapi sebenarnya tengok musim.
kalau musim matahari petang terik kat depan rumah aku lepak kat belakang.
kalau terik kat belakang, aku lepak kat depan.
sambil lepak minum kopi lepas balik kerja.
sementara menunggu maghrib.

sebelum ni ada gak buaian gantung.
erin temankan aku lepak petang-petang lepas balik sekolah.
main-main buai tu.
tapi dah putus dikerjakannya.

sekarang ni tengah rancang nak buat pangkin.
tapi tak cukup bahan binaan
lagipun musim hujan.
jadi, projek ni ditangguhkan buat sementara waktu.
tunggu musim hujan berhenti dan musim 'rajin' datang....