yang ini selfish bukan selfie
Dec 3, 2014
ramai orang kita yg ada penyakit ni.
penyakit selfish, namanya.
biasa kita tengok orang yg potong q masa beratur.
tak kiralah di kaunter.
kat plaza tol
guna lorong emergency bila jalan jem
berebut petak parking
termasuk juga yg tolak troli kat supermarket macam nak langgar orang je
di stesen minya, parking kereta kat pam tapi pergi guna mesin atm je
dah banyak sangat kita tengok perangai tak semenggah.
ini ada satu lagi
kengkadang bila musim hujan, baju yang dibasuh tak kering
bila dah banyak sangat, berhari-hari hujan, nak sidai pun takde tempat
wife pun merungut, rumah dah macam laundry.
sebab tu kenalah ke kedai dobi la.
kat area aku ni ada beberapa kedai dobi self-service
ramai yg guna mesin dryer masa musim hujan ni.
samalha problemnya macam kita.
tapi kat sini pun ramai jugak yg selfish
sumbat pakaian dalam mesin.
set timer, kemudian hilang entah ke mana...
ramai yg tunggu turn, merungut dan marah-marah.
mesin dah stop, tapi tuannya tak datang ambik
bila datang balik lepas beberapa lama, buat muka poyo. je.
jangankan nak kata sorry
aku perhati je.
bukan sorang dua yg buat cenggitu.
huh ... gua tak paham doh
memahami jiwa kecil mereka
Dec 1, 2014
ada perkara remeh bagi orang dewasa.
tapi besar dan serius kepada kanak-kanak.
"ek! eleh lipas pun nak takut..." perli kita.
walhal kita dulu pun masa kecik, takut jugak pada lipas.
nak masuk bilik ambik sesuatu dari bilik yg gelap pun mereka takut.
'laaa, dalam rumah sendiri pun takut..." jerkah kita.
**********
petang sabtu lepas.
hujan lebat. angin kencang
kilat dan guruh sabung menyabung.
dentumannya menggegar bagai membelah bumi.
agak luar biasa, bertalu-talu.
kita sebagai orang dewasa sendiri pun ada rasa cuak.
inikan pulak budak-budak.
kami berkumpul di tengah rumah.
eril menekup mukanya dengan kusyen.
erol menutup telinga dan memejamkan mata.
erin pula bersembunyi di belakang mamanya.
oleh sebab dentuman guruh dan kilat yg kuat.
rumah aku pun blackout.
lagilah mereka kecut perut.
aku faham, ketakutan mereka itu.
akupun seperti mereka dulu
bila kilat sambar-menyambar.
dan guruh berdentum.
kalau boleh nak menyorok bawah katil.
sambil pejamkan mata dan serkup telinga dengan bantal.
perlahan-lahan aku melangkah ke dapur.
kemudian aku kembali ke tengah rumah.
aku nyalakan lilin.
mereka kelihatan lega.
kami duduk rapat-rapat.
menghadap api lilin.
masing-masing senyap, tak berkata apa-apa pun.
cahaya api lilin menenangkan jiwa yang tadinya ketakutan.
tak lama kemudian....
cuaca kembali tenang.
guruh semakin sayup.
hujan semakin reda.
kursus sampai kurus
Nov 28, 2014
bila nak hujung tahun ni.
mulalah berfikir, ke mana nak bercuti..
belen-belen cuti adalah sikit lagi
sementelahan, cuti sekolah ni, kesian anak-anak memerap kat rumah.
tapi hujung tahun ni jugakla, banyak seminar, bengkel, kursus yg dianjurkan
maklumlah masing masing nak penuhkan aktiviti
kompeni kita pun mulalah hantar kita ke sana ke mari
nak staf tambahakan soft skills, katanya...
kita sebagai yang menurut perintah
lagipun nak penuhkan kpi
maka, redho ajelah.
ini antara yang aku kena attend
berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
kalau dari nilai
ikut jalan belakang melalui dengkil dengkil ... tak jauh mana pun.
tempatnya besar.
cantik ada kelas.
menu makanannya pun lumayan...hehe
tapi tak sempat ambik banyak pic.
kamera henfon meragam.
biarlah aku jadi orang biasa-biasa saja
Nov 25, 2014
hujan lebat.
aku pulak dah lambat.
patutnya aku terus je ke hotel tempat majlis tu berlangsung.
sembahyang je kat surau hotel tu.
tapi manalah aku tahu nak hujan lebat kan.
aku singgah solat maghrib di masjid shah alam dulu.
hujan lebat bebenor, sampai nak berlari ke parking kereta pun basah kuyup.
sampai di foyer hotel aku bagitau yg jaga valet parking.
boleh tak nak parking situ je, tak payah turun ke basement parking.
sebab dah lambat, lagipun hujan lebat, dengan guruh berdentum.
mungkin sebab aku pakai kemas, siap dengan blazer dan kasut yg kilat.
ditambah pulak rambut yg basah sebab kena hujan.
dia tak banyak soal..
dialihkannya kon, suruh aku letak kereta dekat situ.
huh...ada kes pilih kasih jugak ya.
aku mewakili boss untuk ke majlis tu.
agak kekok jugak duduk di meja tetamu khas.
semeja dengan VIP.
nak bercakap pun kena ada protokol.
apalagi masa tengah makan.
ni yang aku maleh ni...
rasa nak tambah lagi.
sebab menunya sedap-sedap belaka.
kena kontrol la, baru nak tambah lagi.
orang lain dah stop....hihihi
aku sempat menjeling ke meja tetamu di belakang.
uh...menunya tak sama.
...ada kes pilih kasih jugak la.
nak ambik gambar majlis yg berlangsung tu pun rasa segan
apatah lagi nak ambik gambar selfie....hu hu
tambah pula kena tunggu majlis sampai selesai.
tak boleh cilok balik sebelum majlis tamat.
rasa kebas punggung aku, duduk berjam-jam.
jadi,
biarla aku jadi orang biasa-biasa saja.
apa punya kalut daaa. . .
Nov 21, 2014
ada urusan sekolah anak.
disebabkan diorang bersekolah petang.
terpaksalah ambik cuti half day.
gila la nak ambik time off.
KL dengan nilai bukannya dekat.
walaupun ambik half day.
tapi cuma dapat keluar ofis jam 2 lebih.
biasalah, time kita ada hal, adalah jugak kerja yang urgent kena disetelkan.
sampai di sekolah dah dekat 3.30
sampai di gate, pak guard tanya, 'nak gi mana.'
ada urusan kat pejabat, aku bagitau.
semasa melangkah dari gate menuju ke pejabat sekolah.
aku ada rasa lain macam sikit.
tak tau pulak, apa yg lain macamnya.
pada masa sama jugak loceng berbunyi.
dah masuk waktu rehat
budak-budak tetaplah budak-budak.
berlari turun tangga.
ada yg ke kantin.
ada yg ke tanah lapang, nak main.
berselisih dengan aku. nyaris dilanggarnya.
aku rasa ada yg tak kena pulak.
kenapa budak-budak ni nampak kecik-kecik aje.
sampai je depan pintu masuk pejabat sekolah.
ada papan tanda bertulis...
"SEKOLAH KEBANGSAAN. . . . . . ."
laaaa...
aku dah buat silap besar la.
aku nak berurusan di sekolah menengah.
urusan sekolah erol.
erol dah tingkatan satu la, bukan sekolah rendah lagi
lagipun jarak di antara sekolah menengah dengan sekolah rendah bersebelahan aje.
dipisahkan oleh pagar dan padang je.
itu yg buat aku tersasul dan terlajak masuk tu.
aishhh....!
*******
semasa melangkah keluar.
pak guard pulak mengada-ngada buat mulut manis....hehehe
'eh...kejap je incik?'
'ya...kejap je..." dan aku pun melangkah lajuuuuu
jimi dan goreng pisang coklat cheese
Nov 17, 2014
baru kejap tadi aku dikejutkan oleh satu berita.
dapat wassap daripada grup.
jimi, kawan aku dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada & sesak nafas.
sekarang ni, doktor tengah buat beberapa test.
berharap benar aku, dia tak menghadapi mudarat.
ada kengkawan yg dah bergegas ke sana.
mereka akan update apa-apa perkembangan.
habis je waktu ofis nanti aku akan menyusul ke sana.
sementara itu, aku berdoa aga takde apa-apa yg buruk berlaku padanya.
********
yg buat aku betul-betul terkejut.
baru petang semalam aku jumpa dan berborak dengan jimi.
dia sihat walafiat saja.
sebenarnya aku ke satu majlis kenduri kahwin.
kebetulan dekat dengan area rumah jimi.
maka aku pun hantar mesej.
dia respons, suruh aku singgah ke rumahnya.
beriya-iya benar suruh aku datang, walaupun perut aku dah sarat.
dia hidangkan goreng pisang coklat cheese yg tengah popular sekarang ni.
kononya trend baru makan goreng pisang. stylo...
kami berborak dan bergelak ketawa.
maklumlah bukan selalu jumpa dan lepak begitu.
goreng pisang bercoklat memang sudah heavy ditambah pulak dengan cheese.
aku tak makan banyak sangat.
sebab perut masih senak makan kenduri tadi.
tambahan pulak aku ni bukan penggemar makanan yg manis.
tapi jimi pulak yg lebih-lebih sebagai tuan rumah.
dia yg makan banyak...!! hehe
aish....aku tak rasa itu penyebabnya...
jimi jatuh sakit.
cuma aku terbayang-bayang wajah jimi yg menahan sakit.
dengan wajah girang jimi bila kami bertemu semalam...
ya tuhan...selamatkanlah kawanku, jimi...
*****
update 18 nov.
alhamdulillah, jimi ok
semalam dah buat test. ecg dan scan ultra sound.
kemudian, ct angio scan.
ya, ada blockage tapi sekitar 10-20%
doktor kata boleh recover dengan medication.
petang ni dah boleh discaj...
bukan hanya indah di mata
Nov 14, 2014
semalam sepanjang hari bermesyuarat di usim - universiti sains islam malaysia
walaupun bukan pertama kali ke sini, tapi pertama kali masuk ke bangunan utamanya, canseleri.
kampus yang nyaman dan cantik landskapnya.
layanan stafnya juga, 1st class.
seperkara yg menarik, semua aktiviti dihentikan bila masuk waktu solat.
malah azan dikumandangkan melalui speaker.
bukan hanya indah di mata, tapi indah juga di hati.
dan sebagai warga nilai, aku bangga ada sebuah universiti awam tersergam di sini.
meh kita berendoi
Nov 10, 2014
jangan tak tahu sekarang ni dah ada orang bisnes pakej majlis berendoi.
sama jugak macam pakej majlis bertunang atau berkahwin.
kalau tak caya tengok je iklan merata-rata dah ada tawarkan pakej.
nanti majlis berkhatan pun mungkin ada jugak hehe
sabtu lepas sempat la ke majlis berendoi anak sedara.
memang seronok tengok keletah si kenit yg botak.
majlisnya pun kemain lagi...!
'busy' hanyalah alasan
Nov 5, 2014
teringat boss aku yg dulu.
dia sangat pantang bila dia bertanya sesuatu hal.
tapi kita atau stafnya jawab 'saya tak tahu..."
walaupun kita memang betul-betul tak tahu.
cover je la.
"nanti saya akan semak..."
"saya tak pasti...saya check dulu, nanti saya bagitau boss"
aku pulak pantang betul kalau orang kata dia sibuk.
busy yang teramat sangat sampai tak boleh nak buat kerja lain yg kita suruh atau minta.
hatta nak jawab telefon, mesej, atau e-mel pun tak de masa.
apatah lagi nak semak fail atau rekod.
kerja apa yang sibuk sangat!
update status di fb,ig,twitter etc sempat pulak.
komen dan like status kengkawan dia ada masa.
merapu dan meraban di grup wassap boleh pulak.
owhhh...mungkin itu semua yg menyebabkan dia 'busy'.
orang malaysia suka main air
Nov 3, 2014
sebenarnya bukan orang malaysia je.
pergila mana-mana di serata dunia.
memang ramai suka main air.
lihat saja di tepi pantai.
bila musim cuti atau hujung minggu.
nak pasang khemah, nak hamparkan tikar malah nak duduk pun takde ruang.
sama jugak la kawasan air terjun.
sekarang ni banyak ada taman tema air.
pun...sesak dengan orang yg seronok main air.
sabtu lepas ada kenduri kahwin kawan sekerja wifey di melaka.
jadi terlanjur dah ke sana, dengan duit tol dan duit minyak tambah lagi salam sauk.
elok juga kita bermalam je kat sana.
lagipun anak-anak baru je tamat exam hujung tahun.
yeay...! kita bermalam di bayou lagoon resort.
yang lebih penting dapat main air!
aku main air kejap je.
bagilah peluang anak-anak & orang lain hehe
rasa sesak sangat la, sampai berlaga-laga.
hendak pulak yg ada gelongsor tu.
rasanya budak-budak sesuai la.
kalau orang dewasa silap-silap tersangkut hehe
*******
masa aku duduk memerhati orang bersukaria sambil duduk di bangku.
aku dtegur oleh seorang pak cik.
"tak main air ke?" tanyanya ramah.
"tengok budak-budak main je..." jawab aku sambil tersengih.
"seronok jugak main gelongsor tu. dulu-dulu takde benda cenggini.
ini pertama kali seumur hidup...anak-anak bawak" pak cik tu bercerita dengan nada riang.
'ya...dulu-dulu memang takde. seronok la kan..." aku balas.
"tapi ada bahaya jugak. budak-budak sesuai la...." sambung pak cik tu.
"orang tua tak berapa elok. boleh tersangkut..." kata pak cik tu sambil menunjukkan sikunya yang luka sikit.
nyatalah.
orang kita memang suka main air.
termasuklah pak cik tu.
pergila mana-mana di serata dunia.
memang ramai suka main air.
lihat saja di tepi pantai.
bila musim cuti atau hujung minggu.
nak pasang khemah, nak hamparkan tikar malah nak duduk pun takde ruang.
sama jugak la kawasan air terjun.
sekarang ni banyak ada taman tema air.
pun...sesak dengan orang yg seronok main air.
sabtu lepas ada kenduri kahwin kawan sekerja wifey di melaka.
jadi terlanjur dah ke sana, dengan duit tol dan duit minyak tambah lagi salam sauk.
elok juga kita bermalam je kat sana.
lagipun anak-anak baru je tamat exam hujung tahun.
yeay...! kita bermalam di bayou lagoon resort.
yang lebih penting dapat main air!
aku main air kejap je.
bagilah peluang anak-anak & orang lain hehe
rasa sesak sangat la, sampai berlaga-laga.
hendak pulak yg ada gelongsor tu.
rasanya budak-budak sesuai la.
kalau orang dewasa silap-silap tersangkut hehe
bilik memang selesa la |
view dari koridor bilik |
yep memang banyak gelongsor air |
*******
masa aku duduk memerhati orang bersukaria sambil duduk di bangku.
aku dtegur oleh seorang pak cik.
"tak main air ke?" tanyanya ramah.
"tengok budak-budak main je..." jawab aku sambil tersengih.
"seronok jugak main gelongsor tu. dulu-dulu takde benda cenggini.
ini pertama kali seumur hidup...anak-anak bawak" pak cik tu bercerita dengan nada riang.
'ya...dulu-dulu memang takde. seronok la kan..." aku balas.
"tapi ada bahaya jugak. budak-budak sesuai la...." sambung pak cik tu.
"orang tua tak berapa elok. boleh tersangkut..." kata pak cik tu sambil menunjukkan sikunya yang luka sikit.
nyatalah.
orang kita memang suka main air.
termasuklah pak cik tu.
tiba-tiba wife aku minat bola
Nov 2, 2014
dulu aku ingat negeri sembilan boleh jadi kuasa baru bola sepak malaysia.
3-4 tahun je bertahan.
tapi adalah jugak menang piala malaysia 2 kali.
bila team dipecahkan, pemain dibeli pasaukan lain...jatuh merudum.
kemudian diorang kata the red warriors pulak sebagai kuasa baru bola.
sempatlah beberapa tahun di puncak.
sama jugak, bila team dipecahkan dan pemainnya dibeli pasukan lain.
team kelantan pun nampak tak sekuat dulu.
sekarang ni dah 2 tahun berturut-turut pahang menjuarai piala malaysia.
tapi ada yg kata JDT pun kuat jugak. mereka menang super league.
tak nak lah ulas final semalam.
kengkadang kita melebih-lebih.
bukankah menang kalah tu adat, tak payah nak kutuk lebih-lebih sangat.
sokong team sendiri sudah la.
aku tumpang tuah la.
sebab wife aku orang pahang.
beriya-iya dia sokong pahang malam tu.
walhal tak pernah minat bola pun hahaha
esok boleh la cuti.
sebab MB pahang dah declare cuti kan hehehe
trick bayar bil kedai mamak
Oct 29, 2014
itu hari aku makan dekat satu kedai mamak.
lepas makan aku suruh salah seorang pekerja dia kira.
aku rasa macam tak puas hati.
sebab aku pernah order dan makan menu yg sama.
jumlahnya tak sebanyak tu.
takkan lah sebab harga minyak naik, harga roti telur dan megi goreng pun naik.
diaorang masak pakai petrol ke gamaknya...
amboi!...kemain persatuan kedai mamak sekarang yek.
untuk tengok tepat ke tidak diorang kira.
aku guna trick lama yg pernah aku guna pakai dulu.
aku sorokkan bil yg dah dikira tadi.
aku panggil seorang pekerja lain.
sambil tu, aku pastikan pekerja yg buat kiraan sebelum tu, takde kat situ atau tak nampak kawannya kira lagi sekali untuk pelanggan yg sama.
aku suruh kirakan bayaran.
dia pun kira dan bagi satu bil lain.
seperti yg aku jangka.
menu yg sama, harga berbeza.
ada perbezaan rm2.40.
entah mana datangnya!
memanglah rm2.40 tak banyak.
kalau 50 pelanggan?
lalu aku tukarkan bil yg lebih rendah tu.
untuk buat bayaran...
kalau kengkawan rasa curiga.
boleh lah try trick yg sama, ya.
1436 - apa makna hijrah kita?
Oct 27, 2014
yg kita tahu, sambut maal hijrah tu cuti.
bila cuti boleh la bangun lambat sikit.
dalam wassap & fb diorang sebarkan doa penutup tahun dan awal tahun.
kita pun gigih la baca.
tapi kena ingat jugak...
tak cukup dengan doa je, kalau amalan pun tak cukup.
takde pulak yg sibuk-sibuk tanya azam tahun baru kali ni apa.
eh...orang tak sebut azam dah.
nijam orang sebut apa resolusi anda...
sebab dah terbiasa sangat dengan tahun masihi, tahun hijrah pun tak ingat.
itu belum suruh lagi sebut bulan hijrah ikut kronologi.
gerenti ramai yg tunggang terbalik!
aku pasang satu azam.
nak utamakan penjagaan kesihatan.
usia pun dah makin meningkat.
makan kena jaga, senaman pun kena buat.
pagi sabtu tu aku ke tasik dekat rumah.
nak turun ke trek joging.
tanam azam nak senaman lebih konsisten.
pagi tu, joging 5 pusingan. semangat betul!
fuh... badan rasa segar.
peluh 'mencieh-cieh' kata orang nismilan.
********
semasa memandu balik lepas joging.
ternampak gerai nasi lemak tepi jalan.
tiba-tiba perut rasa lapar.
singgah beli dan tapau nasi lemak sambal sotong!
sia-sia je pusing tasik 5 round tadi...! isk isk
mat motor yang budiman
Oct 23, 2014
lepas maghrib hari selasa tu,aku keluar ke kedai dengan eril.
wife pesan belikan minyak masak dan beberapa barangan lain.
sambil tu aku cadang nak singgah gerai char kuey tiau, nak tapau untuk makan malam.
makan ringan, tak mau heavy konon.
dalam perjalanan balik ke rumah bila tiba di round about.
aku rasa kereta bergoyang dan senget.
'arghh...ini tak lainlah. mesti tayar flat ni..." aku memandang eril.
aku cari tempat berhenti yg agak terang.
betul-betul bawah tiang lampu jalan.
pertama, untuk keselamatan.
kedua, untuk memudahkan kerja tukar tayar.
jarak antara rumah tak jauh pun.
dalam 1-2 km jer.
tapi faham ajelah, jahanam tayar tu nanti kalau terus dipandu.
silap hari bulan, sport rim jadi bengkok....lagi parah.
aku taklah panik pun.
dah ada 3-4 kali pengalaman tayar pancit tengah jalan.
tolong kengkawan pun ada jugak.
jadi, aku pun keluarkanlah peralatan yg patut.
dalam pada tu, banyak kereta yg lalu jalan tu.
takde satu pun yg nak bantu.
mungkin yg lalu lalang tu, ada kalangan jiran kawasan perumahan aku jugak
ahhh...apa nak diharapkan orang ya tak?
benda kecik aje,
sedang aku terkial-kial nak buka tayar tu untuk ganti dengan tayar spare.
berhenti 2 biji motosikal.
ada 4 orang anak muda.
'apahal bang?" tanya seorang daripadanya.
'tayar pancit la...'jawab ku.
tanpa disuruh, mereka berempat, mengambil alih tugas.
buka tayar, jack kereta dan tukar dengan tayar spare.
kejap aje, tak sampai 15 minit pun.
wah...memang bagus la budak-budak ni.
itulah, jangan prasangka kepada mat motor ni.
lepas setel, mereka pun minta diri.
aku ucap terima kasih, sambil hulur sedikit wang.
mereka beriya-iya menolak.
'kita orang ni tolong ikhlas, bang...!
tapi aku sempat jugak masukkan duit dalam poket salah seorang daripada mereka.
'buat duit rokok..." kataku.
jeruk mangga asam boi yang viral
Oct 21, 2014
tengah hari ahad lepas makan dan duduk berehat tengok tv.
wifey asyik dengan henfonnya.
'tahu tak sekarang ni tengah viral dengan jeruk mangga asam boi ?"
kemudian dia pun tunjukkan gambar dalam insta dan fb.
ya memang tengah menjadi-jadi.
'nak try la buat...petang ni.
lagi pun mangga kat pokok belakang rumah ada lagi. takde kos...
nanti tolong kaitkan buah tu ya"
maka petang tu, aku dan eril pun kaitkan buah mangga tu.
wifey pun sengaja naikkan gambar awal di akaun fb dan instanya.
bertalu-talu komen masuk daripada kalangan kawan-kawannya.
ada yang dah tanya harga dan nak order.
tujuan wifey hanyalah nak suka-suka je.
nak try dan jual pada kengkawan dengan 'harga kawan-kawan' & 'harga kasih sayang'.
gunakan bekas yg lebih besar.
mangga tu dipotong dan diperap.
aku tengok dia letak asam boi biji dan serbuk asam boi.
kemudian letak pulak cili api yg dihiris-hiris.
kami anak beranak jadi tester.
kami kata sedap dan lain daripada biasa.
bila dah siap, dia upload gambar.
tujuannya hanyalah untuk kalangan kawan-kawan.
tapi turut tarik perhatian di luar lingkungan kengkawannya.
termasuklah kalangan peniaga online sepenuh masa yg nak ambik untung 'atas angin'.
sebab wifey bagi harga murah dan letak dalam bekas yg besar.
mereka nak order dalam jumlah yg banyak.
wife aku kata dia bukan nak berniaga dan nak ambik untung.
sekadar nak berseronok dan cuba benda baru.
harga murah tu cuma untuk kengkawan sama-sama merasa.
menjelang malam dan pagi esoknya, order makin banyak masuk.
hinggakan wifey terpaksa hide gambar pada akaunnya.
tak larat dah katanya nak ambik order.
elok juga pengalaman begini, katanya.
tapi jenuh juga lah nak mengupas mangga tu.
lu punya mulut selupa tempayan loh
Oct 20, 2014
tak tahulah masih boleh pakai ke tidak.
peribahasa 'mulut tempayan' ni.
sebab sekarang ni ada macam-macam jenis mulut yg seumpama mulut tempayan.
ada 'mulut facebook'.
'mulut wassap'
'mulut twitter'
dah jadi lesen besar.
apa saja yg dia dengar, yg dia baca, yg dia tengok.
tak tahu hujung pangkal pun main sebar je.
mulalah guna hujah...
ini daripada sumber yg boleh dipercayai.
ada ustad yg bagi ceramah.
kawan aku yg kerja kat sana yg bagitau.
si anu yg bagi tau, si fulan yg nampak dengan matanya sendiri.
ni polis bukit aman dah siasat cuma tak nak sebarkan, takut rakyat panik.
doktor pakar yg dah buat kajian ni, tapi kementerian rahsiakan.
kau tak tahu ke, orang lain semua dah tahu.
takkan kau tak tahu, benda ni dah tersebar dah.
pagi tadi kawan aku angin.
ada kawan satu kompeni dok sebar yg dia dapat 'duit terpijak'.
untuk menguatkan cerita, dia petik nama aku pulak yg bagitau.
cis...!
masih ada lagi 'mulut tempayan' ni.
walaupun payah dah nak jumpa tempayan sekarang ni.
mungkin ada yg rupa tempayan pun diorang tak kenal dah...
problem datang berlapis-lapis
Oct 16, 2014
'saya nak minta izin keluar kejap. nak pergi bengkel kereta' pinta staf admin tu.
'apahal kereta kau. rosak ke?' tanya aku
'kena langgar masa balik kerja semalam"
'laaa...teruk ke?"
'minor je. tapi kemek-kemek jugak la..." terangnya.
tapi cerita di sebalik kejadian tu yg buat aku terpegun.
ada cerita yang bersambung sambung.
ini imbasan semula kawan aku tu tentang kejadian yg menimpanya.
***********
balik kerja semalam.
hari hujan.
tengah follow satu kereta kancil.
tiba-tiba driver kereta tu brek emergency.
aku pun terpaksalah brek jugak.
mujur tak terlanggar belakang kancil tu.
nasib aku tak baik, kereta aku kena sondol dengan satu mat motor.
mat motor tu tergolek.
aku pun turun, tolong dia bangun.
jalan dah mula jem.
'apa hal la kereta depan tu berhenti tiba-tiba..." kata mat motor sambil mengurut-ngurut lututnya.
rupa-rupanya kereta kancil membrek sebab mengelakkan lubang besar di tengah jalan.
kontraktor yg korek lubang tak turap dengan elok.
bila hujan, tampalan tu rosak dan menjadi lubang besar.
kalau dia tak elak, gerenti kereta tu terperosok dalam lubang.
oleh sebab jalan dah jem, tak nak menyusahkan orang lain.
kami mengalihkan motor dan kereta ke tepi jalan.
mamat tu kata rumah sewanya dekat aje dari situ.
kami pun ke rumahnya.
ada seorang kawannya di situ.
kawannya tu memberikan pandangan 'ikhlas.'
'kalau hantar bengkel kena jugak 200-300 ni"
'habis macam mana nak setel ni..." kataku
mat motor tu pun mula buka cerita.
rupa-rupanya dia budak U.
tak de duit nak bayar katanya.
sengkek.
lalu dia pun telefon emaknya.
bagitau yang dia dah langgar satu kereta.
mak nya pun gabra.
minta nak cakap dengan aku.
lalu aku pun bercakapla dengan emaknya.
emaknya itu mengeluarkan cerita meruntun kalbu.
'mak cik ni ibu tunggal....bla bla bla..."
aku pun dah mula nak simpati.
tapi aku kena pertahankan hak aku.
yang salah tetap salah...!
akhirnya mak cik tu kata.
'macam ni la, awak pergi bengkel. mintak estimate....mak cik usahakanlah nak bayar macam mana...
setel satu hal.
mamat tu sambut telefon dan bercakap sesuatu dengan emaknya.
kemudian dia off telefon.
dan tak semena-mena jatuh terduduk.
'eh...apa hal lak ni?" tanyaku.
kawannya pun ikut panik.
"motor tu bukan motor saya bang. saya pinjam daripada kawan..." dia macam nak menangis dah.
kami bertiga saling berpandangan.
kemudian mata kami terarah kepada motor tu.
rim bengkok.
lampu depan pecah.
lampu signal terbarai.
side mirror tinggal satu.
aku pun tak tahu.
sama ada nak ketawa atau menangis sama....
***********
kuih gapo dio ni?
Oct 14, 2014
dia ni freelancer.
bukan orang melayu.
kami kenal taklah lama sangat.
tapi kami macam dah kenal lama. cepat rapat.
2 minggu lepas, dia datang bawakkan aku nasi kerabu.
tapi aku mc, tak datang ofis.
dia bagi saja pada kak sekretari.
minggu lepas dia tak puas hati jugak.
bawakkan aku nasi kerabu dan gulai kawah.
tak terabis aku nak makan seorang.
tengah hari semalam dia singgah.
saja nak tanya khabar katanya.
ada urusan lain dekat tempat berhampiran dengan kompeni aku.
dia bawakkan ini.
dia pun tak tahu kuih apa.
katanya made in kelate.
yang hijau tu aku tahula,,,,akok.
tapi yg satu lagi, tak pernah makan.
macam kuih yg dibakar.
intinya rasa kelapa.
try jugak google. tapi tak jumpa...
al-kisah la-mangga
Oct 10, 2014
aku ada tanam pokok manga kat belakang rumah.
alhamdulillah dah beberapa kali berbuah.
buahnya elok dan lebat.
setiap kali musim mangga tu berbuah, aku sedekah pada adik-beradik dan jiran-jiran juga.
ada yang tak malu, siap mintak juga hehehe
iya lah siapa yg tak geram tengok mangga berbuah ranum bila mereka lalu lalang.
lagipun pokok manga tu betul-betul di jalan masuk kawasan perumahan kami.
maka, ramailah mata yg memandang dan tekak yg terliur hahaha
tak kesah pun, memang tak termakan
sama jugalah musim buah mangga kali ini.
kami berikan sebahagian pada jiran-jiran.
*******
dua hari lepas si eril disuruh hantar seplastik mangga pada jiran yg rumah hujung.
jiran yg lain pun dah hantar peringkat-peringkat la.
kalau boleh yg dah ranum atau separuh masak.
mangga ni kalau peram lama tak berapa fresh.
petang semalam, jiran rumah hujung tu 'balas' balik.
yg kelakarnya, dengan buah mangga juga, tapi yang dibeli di kedai.
aku tahu la sebab ada pelekat kedai terlekat pada buah tu.
kengkadang tak paham juga perangai jiran ni kan...hehehe
********
semalam juga aku nak singgah rumah bang chik nak hantar manga tu.
jadi aku telefon dulu la.
"bang chik, ada kat rumah ke sekarang ni?"
"ada....kenapa? nak datang ya..." jawab bang chik.
"ya nak datang...ada nak bagi something""
"nak bagi daging (korban) ke. kalau daging tak payah la. banyak dah.
korban rumah kita hari tu. korban masjid. adik ipar aku bagi. jiran aku balik kampong bagi.
peti ais dengan freezer pun dah tak muat..."
"bukan la...daging korban aku pun banyak gak. ni nak bagi buah mangga....hehehe"
" kalau nak bagi mangga boleh la hehehe" balas bang chik
- siri bercakap dengan erin . . . 25
Oct 9, 2014
sedang aku khusyuk menonton tv.
erin datang dekat.
selalunya begitulah kalau dia nak bertanya atau nak minta sesuatu.
"papa...marhaen tu apa?"
sejak minyak naik lagi 20 sen ni ramai benar yg mengaku 'marhaen'.
nampak benar.
sampaikan budak sekecil erin pun dah boleh sebut..
tak salah nak guna.
tapi tahu tak apa maksud marhaen tu?
kenapa bila harga minyak naik, kos hidup naik baru nak mengaku marhaen.
sebenarnya kita memang marhaen. dah lama dah.
bukan sebab harga minyak naik, atau barang naik.
cuba selak kamus sikit.
marhaen tu maksudnya 'rakyat jelata', 'orang biasa' atau 'orang kebanyakan' macam kita.
bukan orang kaya, orang bangsawan atau pemimpin.
di Malaysia agak-agaknya 80 persen tu 'marhaen' la.
guna istilah marhaen tu nak bagi penyedap je.
bila awek masuk kedai hardware
Oct 8, 2014
petang semalam aku ke kedai hardware.
nak beli cat.
sebab eril pesan, beli cat hitam untuk kerja pertukangan sekolahnya.
mula-mula aku pusing kedai nak cari.
yg jumpa, tin cat yang besar-besar.
argh...baik aku tanya je.
"cat kayu warna hitam ada tak.
nak tin paling kecik..."
pembantu kedai tu angguk.
bukan orang tempatan.
tak pasti, sama ada bangla ke vietnam ke.
nak kata bangla, putih pulak macam vietnam.
nak kata vietnam, ada iras bangla.
konfius den...!
sementara aku berdiri di kaunter.
menunggu dia carikan cat kayu hitam dalam tin kecik.
masuklah seorang awek cun.
pakainya pun elok. baru balik dari ofis agaknya.
dia pun tercari-cari sesuatu macam aku tadi.
kemudian dia bertanya pada pembantu kedai yg seorang lagi.
sama juga, nak kata bangla tak bangla nak kata vietnam tak vietnam.
he he he...
tauke kedai entah pergi mana.
makan agaknya.
atau keluar ambik supply.
'perangkap tikus ada tak...?"
pembantu kedai, angguk saja.
kemudian dia tunjukkan perangkap tikus.
'macam mana guna ni?" tanya awek tu.
mamat pembantu kedai pun tunjukkan caranya.
"sini makan kasi letak" (letakkan umpan makanan di sini) katanya.
aku sempat menjeling. sambil bayar duit cat tadi di kaunter.
"ish...cemana rumah awek cun ada banyak tikus" aku berbisik dalam hati.
semasa aku melangkah keluar kedai.
aku sempat lagi pasang telinga.
aku terdengar awek tu bertanya lagi.
"tikus suka makan apa yek...?"
di luar kedai, aku tertawa sambil menekan-nekan perut...!
kah kah kah
korban kali ini
Oct 7, 2014
aku tengok jugak di fb,insta dan seumpamanya.
ada jugak yg beraya, pakai baju raya sedondon.
cantik-cantik belaka bergambar.
sambil makan juadah raya.
tak mengapa itu cara masing-masing menyambut aidiladha.
kami sambut dengan cara lain.
lepas je solat raya di masjid, balik rumah tukar uniform untuk turun berjuang.
bawak pisau.
kali ini giliran beraya di nilai.
ada 3 ekor lembu kami share adik beradik dan anak beranak.
1 ekor lagi lembu disumbangkan oleh RISDA untuk orang kampung.
maka jadinya, 4 ekor lembulah untuk korban.
terlanjur begitu, rumah keluarga kami lah yg jadi 'tuan umah'...hehehe
orang kampung turun ramai-ramai, tolong sembelih, melapah dan bahagi-bahagi daging.
dalam masa beberapa jam je, semua dah setel.
memang betullah gotong-royong dan muafakat membawa berkat.
lembu dah tumbang |
part ni paling best jadi koboi tarik lembu |
kepala. lidah, perut, ekor, semua dah ada yg booking awal |
kaum ibu dan warga emas sebagai pemerhati |
sebelum makan tengah hari ada majlis tahlil |
sup tulang seperiuk godang...! |
inilah manfaat daging korban untuk diagihkan |
duo pusen punyo hal
Oct 2, 2014
den nak tulih entri ni dalam dialek nismilan.
bukan apo, kalau den tak pueh ati atau raso marah.
biaso eh akan terkeluar bahaso nismilan kalau tak pun bahasa omputeh.
tak ado lain la doh.
macam oghang lain jugak la.
rogo minyak naik duo pusen laei malam tadi.
den dah dapek wassap kabar angin potang tu.
den isi la minyak ponuh.
kalau buleh tahan setahun elok gak, tapi hakikek eh, tahan la lobih sehaghi dari biaso.
gaji den nak kato tinggi tak do la.
nak kato rondah amek pun tak jugak.
sodang-sodang elok yo la.
tapi biaso eh yg tongah-tongah ni la selalu jadi mangso.
den tak layak dapek brim.
tapi den kono bayar cukai.
orang dapek brim tak payah bayar cukai doh.
den dapek subsidi minyak, gas, gulo dan lain-lain.
tapi oghang lain pun dapek jugak.
termasuk lah yang kayo.
yg bawak merc, alphard, audi yg ado rumah bosar pun dapek subsidi.
den duduk rumah sodang yo, kono bayar cukai pintu, cukai tanah gak.
duit ansuran rumah laei. ansuran keto, belanjo anak sekolah.
alaa...duo pusen yo.
apo ado hal?
tapi dek duo pusen tu nanti rogo barang naik.
omputeh kato chain effect.
den ni kojo kek kelumpo.
duduk kek nilai.
duit tol laei, duit minyak laei.
nak jimat minyak den pakai keto kocik.
den tak pocut doh, bawak slow yo.
nak bajet punyo pasal.
gomen suruh berjimat.
den tak tau nak jimat tang mano laei dah...
haih...golo dek eh
budak ostolia speaking nismilan
Sep 30, 2014
ada terbaca berita seseorang dapat PhD dalam usia paling muda di UTM.
usia 24 tahun lebih dah ada gelaran doktor falsafah.
hebat...!
tapi ni bukan nak cerita panjang pasal tu.
nak cerita pasal anak sedara aku, naja dan familinya.
malam tadi hantar mereka ke airport nak balik Melbourne.
dia balik hari tu, semata-mata nak join majlis kenduri kahwin adiknya.
dia dan suami tengah sambung study buat PhD.
tinggal 8 bulan je lagi.
balik terus la.
sambung mengajar sebagai lecturer semula di universiti tempatan.
paling seronok mengusik dan melayan anak-anaknya.
diorang speaking omputih dengan atuknya, atuknya bantai cakap nismilan hahaha
bye-bye jumpa lagi nanti...!
Subscribe to:
Posts (Atom)