do it yourself
antara 'riadah' atau aktiviti yg TS suka buat ialah melakukan sendiri secara pasang siap barangan spt almari, bingkai gambar, peralatan bilik air dsb. biasanya sengaja dibeli secara terancang. tapi ada jugak yg 'terpaksa' buat sendiri. misalnya bila paip di sinki dapur bocor. takkan nak panggil plumber. sementara menunggu mrk dtg, dah banjir dapur kita. lagipun mrk tu hanya dtg kalau ada masalah major.
sebenarnya benda yg nak dipasang tu, taklah semudah a,b,c. kena ada peralatan yg sesuai, perlu ada kesabaran. ada ketika kena ada daya imaginasi & kreativiti sendiri. jugak sesekali mencabar minda. sepanjang 12 bulan lepas banyak jugak d.i.y yg TS siapkan. dpd yg sukar spt membaiki paip dapur yg tersumbat yg 3 hari 3 mlm TS membetulkannya sbb takda peralatan yg sesuai. jugak sbb keperluan yg dibeli tak sama saiz. lagipun kita ni bukan tukang paip pro. jugak memasang rak kasut yg nampak mudah ttp terpaksa dibuka semula selepas siap sbb dipasang terbalik...hu..hu. yg sederhana sukar pulak spt memasang almari baju, gantikan tombol pintu, mengecat rumah, tukar hon kereta. hinggalah kpd yg mudah spt tukar mentol lampu yg terbakar & pasang bingkai gambar. setiap satunya berbeza skil & darjah kesukarannya. yg penting kepuasan, bila kita selesai memasang atau membaiki sesuatu itu.
0 refleksi:
Post a Comment