Teluk Cempedak

Jan 30, 2009




lebih dikenali sbg TC dlm kalangan penduduk tempatan. tdk jauh dpd bandar kuantan, kira2 5km aje. destinasi popular utk berkelah, bersantai bagi penduduk sekitar kuantan. atau sekadar berehat makan angin. pantainya bersih, pasir memutih. lautnya membiru sejauh mata memandang. kemudahan asasnya cukup. tempat 'membilas badan' selepas mandi manda di laut, ada disediakan begitu juga surau. tmn permainan kanak2. tempat makan, memang banyak pilihan. ikut seleralah sama ada makanan segera, makanan tempatan, yg simple atau yg heavy. bagi TS mkn keropok lekor panas2 dgn air kelapa muda pun dah cukup terliur.
bagi yg minat mengambil foto, sinilah lokasi tumpuan, terutama di bhg pantainya yg ada sekelompok batuan besar. memang cantik utk merakam foto atau posing sakan di situ. ada juga disediakan laluan jambatan kayu yg dibina menyusuri pantai menuju ke kwsn berbukit menghijau dgn pokok2. itu juga lokasi menarik utk penggemar foto/yg kemaruk kamera.
sepanjang kawasan siar kakinya, terdpt banyak gerai menjual barangan kraftangan, brg hiasan buatan sendiri/tempatan, pelukis karikatur jalanan & mcm2 barangan cenderamata. banyak pilihan. kalau nk main layang2 pun, memang bnyk dijual. sesuai sbb suasana pantai yg berangin.
tk heranlah, terutama di hujung minggu atau musim cuti. TC menjadi tumpuan pelancong atau org tempatan. penuh sesak ttp meriah.

0 refleksi: