resensi...5

Jan 6, 2009



Judul: Hikayat Sarawak
Penulis asal: Muhamad Rakawi Yusuf
Transliterasi oleh: Nordi Achie
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 210
Harga: RM50



Hikayat Sarawak adalah sebuah karya sejarah tradisional yang paling awal diterbitkan di Sarawak. Merupakan karya persejarahan negeri yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam konteks persejarahan Malaysia. Muhammad Rakawi Yusuf seorang nasionalis progresif dan novelis Melayu berjiwa kritis serta mendukung gagasan pembaharuan Islam Kaum Muda. Imperialis Barat disifatkannya persis ular yang menghisap kekayaan Borneo. Regim Brooke yang dinaungi kolonial British manakala Belanda pula kemaruk menguasai Kalimantan. Rakawi menyaksikan sendiri bagaimana negerinya yang diperintah oleh regim Brooke dan birokratnya yang takbur dengan kebudayaan kolonial Barat. Beliau terkilan melihat nasib anak watan yang miskin serba-serbinya; kekayaan tanah airnya dikaut bangsa penjajah dan bangsa asing. Kegiatan ekonomi komersial dan kemajuan pendidikan moden tersisih daripada putera bumi Sarawak. Mereka meringkuk dalam belenggu kemiskinan, terbelenggu dalam kemunduran ilmu dan tercicir daripada arus kemodenan. Lebih mendukacitakan, dokumen dan karya sejarah yang ditulis oleh kolaborator kolonial, termasuklah penulis upahan regim kolonial Brooke, turut menyentap garizah pemikiran kesejarahan Rakawi: citra putera bumi diperhina dan pejuang antiimperialis dicap sebagai pemberontak! Beranikah Rakawi mencabar dogma ini sekali gus menyanggah kejalangan ilmiah penulis upahan regim kolonial Brooke? Persoalan yang diutarakan itu hanya dapat dijawab secara tuntas sekiranya kita membandingkan dengan teliti pemikiran kesejarahan Rakawi, seperti yang mendasar dalam Hikayat Sarawak berbanding dengan A History of Sarawak Under Its Two White Rajah's(1909), karya S. Baring-Gould dan C.A. Bampfylde.

Nordi Achie ialah pensyarah (Sejarah Malaysia Moden) di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Antara karya ilmiahnya ialah Akhbar Melayu Perjuangan di Sarawak (terbitan Penerbit Universiti Malaya, 2003) dan Pemikiran Za’ba dalam Falsafah Takdir (terbitan Universiti Malaysia Sabah, 2006).

TS: buku yg terhasil dlm tahun 1930-an ini wajar menjadi bahan bacaan generasi masa kini. usaha transliterasi yg diusahakan seharusnya diberi pujian. tulisan asal dlm jawi lama hasil idea & pemikiran tajam rakawi yusuf ini menjadi bukti betapa anak sarawak berasa terpanggil mengkritik secara sinis akan kebobrokan penjajahan Barat. penghasilan semula dalam transliterasi rumi diharap mampu membuka mata rakyat negara ini khususnya betapa agenda 'penjajahan' Barat takkan pernah berhenti kalau tidak pun melalui penjajahan politik tetapi penjajahan minda terutama ke atas generasi masa kini.

sumber: http//:umpress.um.edu.my

0 refleksi: