kenal tak lagi...

Jan 8, 2009

lokasi: depan sekolah
masa: petang, 6 lebih
kisahnya:
hari pertama sekolah. TS tunggu eyeril/eyerol utk jemput mrk dr sekolah. ditemani si kecik eyerin. tiba agak awal. di seberang jln ada beberapa gerai. eyerin merengek nak beli jajan yg terjual di salah satu gerai. oklah, sesekali je. eyerin rambang mata kejap nak gula-gula. tunjuk coklat, mintak jajan itu ini, semasa memilih tu.
"cikgu kan?". tiba-tiba tanya tuan punya gerai. "cikgu?" balas TS tk faham. "tak,saya kerja di k.l" balas TS sambil terus memilih."kenal tak lagi..., kita satu sekolah dulu" katanya dgn nada riang. agak teruja. lalu TS pandang mukanya. dia senyum. perempuan, memang agak sebaya umur TS."Laa...ye ke?mintak maafla memang tak kenal.." dlm masa singkat tu sempatla 'berkenal'. nama apa, kerja mana. anak berapa. suami/isteri siapa, sejak bila berrniaga, tinggal di mana. sehinggalah eyerin menarik-narik tgn TS "Papa...papa...dah balik", katanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah pintu pagar sekolah. berduyun-duyun budak sekolah pulang. perbualan kami terhenti. lalu TS mintak diri lalu segera beredar.
semasa memandu dari sekolah pulang ke rumah, eyerin bertanya "kawan papa ke tadi?". "mmm..." jawab TS. dlm kepala bermain2 cuba mengingat kembali (flashback). memang TS betul2 tak kenal & tak ingat. lagi pula katanya, kami bukan satu kelas. pelik jugak dah banyak tahun meninggalkan sekolah, dia masih cam wajah TS. dah 4 hari berlalu sjk 'kejadian' tu. TS masih tak ingat & tak kenal siapa dia. perlu ke TS ke gerai tu semula....?

0 refleksi: