ptg semalam, TS dgn z ada di bilik mesyuarat. kat situ ada satu2nya pc jenama apple yg boleh guna software yg compatible utk satu buku tu. tgh siapkan buku projek khas, hasil kajian seorg scholar UK . dh masuk peringkat pruf akhir.
tiba2 vee dpd marketing masuk. "TS, ada org nak jumpa". dgn nada suara berbisik, vee kata "dua org. sorang tu cun, sorang tu mcm z". kami gelak kecil sambil menjeling z. "ngumpat aku la tuh" getus z.
"sapa yek, author ke?". "ntah, nanti aku suruh diorg tunggu kat bilik you" balas vee. "suruh yg cun tu je masuk, yg sorang lagi biar dia tunggu kat hall" gurau TS.
tk lama lps tu, TS masuk ke bilik. dh sedia menunggu 2 org. TS tak berapa kenal. yg sorang tu memang kategori cun la. penampilan pun sedikit seksi (seksa?). dgn rambut karat & mekap tebalnya. tapi wajahnya mcm familiar je.sorang lagi taklah sesaiz mcm z (melampaula kau vee...hu hu). lebih sederhana penampilan. manis orgnya. "wellcome, boleh saya bantu" ayat pertama dpd TS. "laa, bang ni N la...tk ingat lagi ke...".
n sepupu 'jauh' TS. muda, bergaya. kerja dgn sykt kewangan ternama. kali terakhir jumpa dekat setahun lps. di pejabat TS inilah jugak. masa tu dia baru kerja. tklah bergaya mcm sekarang. nk jadi consultant uruskan kewangan & pelaburan TS (mcmlah TS ni kayo-rayo). sbb masa tu dia baru kerja, baru nk hidup...TS laburla seringgit dua dlm skim yg dianjurkannya. ada jugakla dia e-melkan penyata kewangan beberapa kali. tp sbb jumlahnya tklah seberapa, TS tk ambik kesah sgt. niat tu cuma nak tolong dia.
jadi tujuan n dtg ni, nk bagi reportla tentang rekod 'pelaburan' TS tu. maklumla consultant yg baik kan. bukan senang nk dtg jumpa kita...he he.
sebelum balik, TS bagi mrk diari & kalendar. n pulak hulurkan sekeping kad "dah naik pangkat dh bang...". tertulis pd kad, agency asst. manager. "waa, cpt naik. kena belanja mkn lain kali ni."" tu berkat duit abg la, antara org pertama melabur dgn n" balasnya senyum lebar.
sebaik menghantar dua gadis cantik tu keluar pintu ofis, vee cepat2 terjah "psst, sapa awek cun tuh?". "konsultan aku" jwb TS ringkas sambil tersengih.
0 refleksi:
Post a Comment