aku baru saja sampai ke rumah. dengan badan penat bekerja 8 jam di pejabat. lagi pula aku perlu memandu pulang, menempuh kesesakan jalan raya ibu kota. mengharungi perjalanan sejauh 50 km untuk sampai ke rumah dari pejabat.
apa yg rutin aku lakukan ialah untuk berehat sekejap, sebelum mandi, menghirup kopi panas, yg biasanya sudah disediakan oleh wifey. hatta kalau aku terlewat pulang sekalipun kerana jalan sesak luar biasa atau hujan, kopi itu akan tetap tersedia di atas meja. dan aku pulak akan tetap menghirupnya, walaupun sudah sejuk. untuk mengambil hati wifey...
petang itu, aku sampai di rumah macam biasa. mengharungi pemanduan yg panjang. perkara pertama yg aku mahu buat ialah rutin harianku. perkara terakhir yg aku elak ialah gangguan yg menyesakkan otak fikirku.
itulah yg berlaku petang itu. sekumpulan orang yg aku percayai kumpulan t*******menuju ke arahku sebaik saja aku meletakkan kereta di depan rumah. tentu saja mereka nampak aku baru saja sampai. ya, mungkin tujuan & niat mereka baik. tapi mereka juga berkepentingan bukan? 'jurucakap' mereka menghulur salam & menyatakan 'hasrat' mereka untuk berkongsi ilmu & menyampaikan dakwah. minta diberikan 5-10 minit waktu aku.
lalu aku katakan dengan baik pada mereka "boleh tak berikan saya 5-10 minit. saya baru saja balik kerja. penat. nak berehat sekejap. nak jumpa anak isteri saya dulu. nak mandi, bersihkan diri yg berpeluh-peluh ni. kalau tuan nak ambil masa saya 5-10 minit selepas itu, sanggup tunggu, silakan...".
salah seorang daripada mereka cuma menjawab, "tak mengapa. lain kali". lalu mereka beredar pergi.
0 refleksi:
Post a Comment