ada orang kata nombor dengan angka tidak sama.
begitu jugak huruf dengan abjad, walaupun sama tapi tak serupa.
keliru? aku jugak begitu...
yep, nombor 96 tak bermakna apa-apa bagi sesetengah orang.
tapi amat bermakna buat arwah abah aku, famili aku & aku sendiri.
nombor dua angka (betulke?...) tinggi nilainya. malah perlu dibida untuk mendapatkannya jika kita mahu menempah plet kenderaan.
anggota polis dikenal dengan nombor pengenalan diri mereka.
dan ya, arwah abah adalah pemilik no. 96 dengan bangganya.
aku pernah bertanya padanya, adakah dia anggota polis ke-96 di negara kita ni.
"entahlah..." jawabnya sambil tersenyum.
hingga hari ni, aku tak tahu jawapan sebenarnya.
nombor 96 yg berkilat itulah yg dipakai & disemat penuh bangga pada uniform arwah abah.
yg aku masih ingat, kalau mengisi apa-apa borang ketika di sekolah dulu, cikgu-cikguku sering memulangkan kembali padaku. mereka mengatakan yg borang aku tidak lengkap atau ada yg tak kena kerana mencatatkan 96 pada ruang kad pengenalan arwah abah.
beberapa kali juga aku kena jelaskan pada cikgu-cikguku yg menggaru-garu kepala yg tak gatal atau mulut yg terlopong.
sedihnya, arwah abah sehingga pencennya tidak pernah dinaikkan sebarang pangkat. hanyalah konstabel atau dulunya dipanggil mata-mata (mato-mato...he he).
yg aku tahu arwah abah seorang yg tegas, berdisiplin, tak banyak cakap.
bila arwah mak mempersoalkan kenapa arwah abah yg dedikasi & bertanggungjawab tu tak layak dinaikkan pangkat hatta lans korporal sekali pun...arwah abah hanya menjawab ringkas & penuh makna "aku ni tak pandai bodek...".
soal pangkat tidak pernah menghalangnya berkhidmat sepenuh hati, penuh bangga & sanggup berkorban demi negara. arwah abah seorang yg berjiwa besar.
sebab itu, aku akan berasa dukacita, kecewa & marah kalau ada orang yg memperkecil & meremehkan tugas polis.
dan angka/nombor 96 itu akan kekal dalam ingatan kami sampai bila-bila...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment