kalau nak dengar kisah misteri, seram atau hantu...berboraklah dengan pak guard atau sekuriti atau jaga.
sebabnya mereka ni berjaga malam. biasanya kerja syif.
dan kejadian misteri, seram atau hantu biasanya berlaku pada waktu malam. hari gelap. suasana sunyi.
sekitar tempat kerja aku dikatakan sedikit 'keras'. memandangkan blok bangunan ini terletak di belakang & berhampiran pinggir hutan. ianya juga dikatakan kawasan 'laluan' makhluk halus. dah banyak cerita yg misteri & seram yg diceritakan. tetapi belum ada lagi antara staf yg 'bertemu' atau 'ternampak' secara berdepan. kalau ada pun mungkin bayangan atau suara halus atau jumpaan benda-benda yg misteri.
pernah juga diceritakan oleh pak guard/sekuriti yg membuat rondaan malam. malah bukanlah rahsia, sesetengahnya tidak langsung membuat rondaan, cuma sekadar mencatatkan laporan pada buku log yg diletakkan di lokasi tertentu. mungkin kerana tersebarnya cerita sebegini yg membuatkan mereka lebih 'berhati-hati'...
petang semalam aku berborak dengan seorang sekuriti yg sedang membuat rondaan rutin. memang tabiat aku suka menyapa orang yg berkait dengan tempat kerja termasuk cleaner, penghantar surat khabar, posmen jugak sekuriti.
lalu 'abang' sekuriti itu membuka cerita yg sebenarnya giliran bertugasnya bukan di sini. cuma mengganti rakan sekerjanya yg cuti sakit. sudah 2 hari rakannya itu demam panas. puncanya -
dua hari lepas, rakannya itu bertugas syif malam di lokasi blok tempat aku bekerja ini. semasa membuat rondaan, kira-kira jam 2:00 pagi, dia ternampak kelibat seseorang yg berdiri di tangga berhampiran bukit di belakang bangunan. curiga akan kehadiran orang itu, sekuriti itupun menegur & mendekatinya. heran jugak di hatinya apa yg dibuat oleh orang itu di tempat sunyi begitu, di tengah malam buta.
tegurannya tidak dipedulikan. lalu sekuriti itu pun mendekati orang tersebut.
alangkah terkejutnya sekuriti tadi apabila 'orang' itu berpaling ke arahnya, yg disangkanya 'orang' itu tidak ada muka!
ya, kosong tidak ada mata, hidung atau mulut!
terkejut & ketakutan dengan 'penemuan' itu, sekuriti itu pun cabut lari. nasib baik tak pengsan di situ. kemudiannya, dia jatuh demam panas sejak 2 hari lepas.
kisah ini adalah kisah benar yg diceritakan sendiri oleh rakan sekerjanya. bukan orang ketiga. tapi, tidak pulak aku ceritakan kisah atau kejadian ini pada rakan staf yg lain. tidak mahu mereka berasa bimbang atau takut.
kalaulah mereka baca entri blog ni...
0 refleksi:
Post a Comment