Seorang kawan lama

Apr 6, 2010

hampir 20 tahun kami tak berjumpa. sejak hari-hari terakhir di kampus dulu. selepas menamatkan pengajian, masing-masing membawa haluan sendiri.
membina kerjaya, membina keluarga, membina ekonomi, juga membina perut yg boroi...hu hu.
kali terkahir aku bercakap dengannya, pada musim raya beberapa tahun dulu. ketika tu dia baru saja ditukarkan mengajar ke semenanjung selepas beberapa tahun merantau sebagai guru di sabah.
selepas itu, aku tidak lagi mendengar perkembangannya, apa lagi bertemunya. no. telefonnya hilang bersama hp yg hilang. aku sendiri tak berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. dia jugak mungkin begitu juga.
semalam dia menelefonku selepas kami berhubung melalui Fb. itupun aku sendiri yg mencarinya melalui enjin carian. malah aku akui, sebenarnya aku sendiri tidak pasti ejaan sebenar namanya...!
itu bukan bulat-bulat salah aku. kerana sudah menjadi kebiasaan semasa kita di asrama atau di kampus, kita lebih dikenali dengan nama gelaran atau nickname. hinggakan ingat-ingat lupa nama sebenar rakan baik sendiri.
sebaik mendapat mesej daripadaku, dia terus menelefonku. suaranya tak ubah. masih seperti yg ku kenal dulu. sikap riangnya juga masih yg sama. lawaknya jugak masih boleh tahan. gurauannya jugak masih tak berkurang. aku teruja. dia gembira. kenangan lalu menghujani gambaran fikirku.
mungkin yg agak berbeza, cuma loghat utaranya agak berkurang. tidak sepekat dulu. mungkin ekoran mengajar di luar daerah & bahasa baku yg diajar di sekolah sebagai cikgu selama bertahun-tahun...
li, selamat berjumpa kembali,
moga kali ini ikatan silaturahim kita akan berkekalan...!

0 refleksi: