Perihal orang gaji

Apr 23, 2010

sekarang ni, orang gaji pun boleh naik kapal terbang untuk balik kampung. dan kita pulak terpaksa hantar dan ambik mereka di airport.
siapa yg makan gaji sebenarnya, siapa yang jadi tuan sebenarnya?
itulah bezanya dulu dengan sekarang. lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan kapal terbang yg menawarkan tambang murah. semua orang boleh terbang...!
yep, beberapa hari lalu, kami 'terpaksa' menghantar orang gaji mak mentua aku untuk balik kampung. oleh sebab, rumah kami paling hampir dengan airport, jadi rumah kami dijadikan transit kepada mereka yg nak 'terbang'.
ini kerana mak mentua aku pergi menunaikan umrah. untuk tempoh 2 minggu menjalani umrah, makanya orang gaji itu dibenarkan pulang ke kampung untuk bercuti, 2 minggu jugak.
urusan tempahan tiket & dokumentasinya, kami yg uruskan.
maknanya, orang gaji itu cuma perlu 'hantar badan'nya saja.
dalam masa dua minggu lagi, kami perlu menjemputnya di airport pulak.
hai...nasib badan.
itulah yg aku tak faham, bila dilaporkan & dengar cerita ada orang gaji yg dera anak majikan, ada orang gaji yg mencuri, ada orang gaji yg tinggalkan anak kecik terkonteng-konteng di rumah bila dia lari dengan teman lelakinya & macam-macam cerita yg kurang elok didengar berkaitan orang gaji.
tak tahu apa lagi yang kurang. makan minum dah diberi. gaji lagi. penginapan tak payah sewa. balik kampung pun naik kapal terbang...apa lagi yg tak cukup?
entahla...

0 refleksi: