aku kenali dia, melalui seorang kawan.
daripada pandangan pertama, dia seorang yg baik, mesra & peramah.
tidak, aku tidak memujinya semata-mata kerana dia lawa.
aku tidak pun menyebut ciri-ciri lain yg ada padanya selain daripada baik & peramah pada pandangan pertamaku.
kami jarang jumpa. kalau jumpa pun secara tak sengaja. bertembung di kafe atau kat mana-mana.
tegur tanya khabar atau senyum aje, kalau bersama kelompok kawan yg ramai.
lagi pun dia kawan kepada kawan aku, kenapa pulak nak lebih-lebih.
kalau borak pun bila ada kawan aku tu sama-sama. keluar makan atau lepak sambil 'mengeteh' di kedai mamak.
satu hari, dia telefon aku. katanya, ada hal nak cakap. dia nak jumpa aku tanpa kawan aku tu.
aku heran. timbul tanda tanya. aku beri alasan, tak boleh.
rasa tak sedap hati.
selang beberapa hari, dia telefon lagi. kali ini dia merayu, untuk berjumpa aku tanpa kawan aku. penting katanya.
aku serba salah. apa sebenarnya yg dia mahu aku tak tahu?
kalau aku tak jumpa dia macam mana aku nak tahu jawapannya, bukan?
adakah aku perlu tanya kawan aku pasal kawannya itu?
tidak. aku tak nak buat apa-apa. aku tak mahu kawanku itu tersinggung. aku tak mahu buat tindakan atau perbuatan 'di belakangnya'.
akhirnya, aku tak buat apa-apa.
sejak itu kawan kepada kawanku itu tidak lagi menelefonku. aku semakin jarang berjumpanya. kalau bertembung pun, dia pusing ke arah lain.
aku risik-risik daripada kawanku. katanya mereka dah tak kawan lagi.
aku tidak pulak tanya, kenapa?
oleh sebab tu, aku jugak tak kawan dengan kawannya lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment