TS selalu dikritik krn tak minat tengok drama melayu. pengkritik paling lantang selain kawan2 adalah wife TS sendiri. Maafkan TS kerana tak minat. diakui satu dua drama yg boleh TS 'layan'. ttp hampir semuanya, tak 'berkenan' di hati. perkara utama kelemahan drama melayu adalah tema & plotnya. temanya lebih kurang sama & plotnya boleh diagak dgn mudah - stereotaip.
temanya:
1. berebut harta
2. berebut perempuan/lelaki
3. cinta terhalang
berebut harta sesama adik-beradik, sesama saudara mara, atau staf dlm syarikat besar. berebut perempuan/lelaki yg tak berkesudahan yg penamatnya sama ada kahwin atau kematian. cinta terhalang biasanya disbbkan miskin-kaya, bakal menantu-mertua, tak setaraf.
plot:
mudah diagak. tak sampai separuh jln dah boleh tahu apa kesudahannya.
watak:
terlalu klise. org kaya selalunya jahat. kalau jahat mesti tunjuk pergi menari atau adegan di kelab mlm.hero heroin mesti muda belia, hensem-lawa. kalau org kaya - ditunjukkan berpuluh kali shot rumah banglo/kereta mewahnya, sentiasa pakai sut (siap tali leher) walaupun di rumah atau di luar waktu pejabat (bagi lelaki). yg perempuannya dgn dress/make up tebal walaupun hanya tengok tv kat rumah, cakap pun guna bahasa rojak -melayu + english. yg alim/baik mesti pakai baju kurung/bersongkok/kopiah atau pakai tudung walaupun adegan di bilik tidur dgn suami. yg jahat selalunya mati di hujung cerita atau kena tangkap polis (sebelum dibawak pergi dia akan 'berceramah' dulu). terlalu kerap adegan menangis sambil berdoa atas sejadah utk tunjukkan dah insaf. kalau cerita lucu mesti ada watak bodoh-bodoh alang. kalau ada dialog biasanya mesti disertai adegan makan minum.
ada banyak lagi yg boleh disenaraikan, baik TS simpan shj. nanti ada yg kecik hati. ini cuma pandangan peribadi. yg minat tu teruskan shj. itu hak masing2. bak kata nabil, lu pikirlah sendiri!
0 refleksi:
Post a Comment