Inilah kali pertama sejak pengurusan ofisku bertukar, aku tidak dipertanggungjawabkan menguruskan majlis yg kami anjurkan. sebelum ini aku & 2-3 rakan lainlah yg disuruh arah mempersiap itu & ini. dpd tempahan lokasi, jemputan, penyediaan jamuan, skrip & atur cara majlis, urusan media - pendek kata segalanya.
tapi utk majlis kali ini, aku terkejut bila sekadar disuruh hadir utk 'meramaikan' & memeriahkan majlis sbg tetamu.
kalau begitu, siapakah gerangan yg akan menguruskan & mengambil alih tugas kami sebelum ini?
majlis berkenaan pulak akan diadakan minggu depan. maknanya tinggal hanya beberapa hari saja lagi. tapi aku tak nampak pun sebarang persiapan dibuat oleh sesiapa pun.
adakah segala urusan pengendalian akan berjalan sendiri?
atau diupah 'orang luar' yg bukan staf kami?
ataupun dikendalikan oleh orang bunian?
tambah pelik lagi, bila aku tanyakan seorang rakan ofis yg sepatutnya menyediakan bahan untuk majlis tersebut kelihatan terpinga-pinga (blur?) bila aku ajukan pertanyaan tentang persiapan yg sepatutnya dibuat.
kalau boleh aku tak mahu campur & tak mahu ambil pusing.
cuma bimbang pada saat-saat akhir, bila segalanya berterabur tanpa sebarang persiapan & perancangan, aku dan 2-3 kerat tadi yg terpaksa melakukan 'aksi menyelamat'.
setakat ni, aku ambil sikap tunggu & lihat saja
0 refleksi:
Post a Comment