Envelop tebal berwarna coklat

Jan 22, 2010

situasi pandangan mata
suatu petang anda sedang lepak dengan seorang kawan di sebuah restoran mamak.
sedang rancak berborak, masuklah ke restoran itu dua lelaki berpakaian kemas. duduk berhampiran meja anda.
itu bukanlah perkara pelik. bermacam ragam orang dari segenap lapisan datang makan di situ. apa nak diherankan.
tetapi apa yang menarik perhatian anda, apabila ternampak seorang daripada mereka menghulurkan envelop tebal berwarna coklat kepada yang seorang lagi.
apakah persepsi atau tanggapan yang bermain di fikiran anda?
adakah anda terbau sesuatu yang kurang enak?
anda tentu akan berasa curiga.
mungkin sebab selalu tengok movie atau drama yang memaparkan adegan yang hampir sama seperti di depan mata anda dalam situasi yang real.
seorang yang berduit membayar upah kepada orang upahan? mungkin!
seorang yang memberi rasuah untuk dapatkan ganjaran dalam bentuk lain? mungkin!
seorang kontraktor beri wang sogokan kepada pegawai kerajaan untuk lulus projek/tender? mungkin!
seorang yang memberi duit kepada seorang lain sebagai upah untuk berbuat jenayah? mungkin!

nanti dulu. jangan terburu-buru. jangan berfikiran negatif...adakah anda pasti yang envelop tebal berwarna coklat itu berisi wang? atau hanya sekadar surat biasa, surat saman, surat dari kawan kepada kawan lain...mungkin juga, bukan!

jadi apakah tindakan anda...

ambik gambar mereka secara senyap-senyap melalui telefon berkamera anda.kemudian laporkan pada pihak berkuasa. lapor pada sprm. anda ada bukti. anda bersedia untuk tampil sebagai saksi.

tapi kalau anda salah. envelop itu bukanlah berisi duit.atau kalau berisi duit pun mungkin pemberian antara sesama saudara, atau seorang kawan yang memberikan duit untuk kegunaan atau sekadar membantu kawan lain yang dalam kesempitan wang.

jadi, anda keliru, tak pasti & kurang yakin.
walaupun dalam fikiran anda berlegar-legar pelbagai andaian.
akhirnya, anda ambil keputusan tidak berbuat apa-apa, biarkan saja ianya berlalu.
tapi, itu bermakna anda bersikap tidak peduli.
anda tidak berperanan sebagai warganegara yang bertanggungjwab.
dalam erti kata anda turut bersubahat melindungi perbuatan yang buruk.
sebenarnya, anda berada dalam dilema.
gambaran 2 orang lelaki itu akan berlegar-legar di fikiran anda buat beberapa ketika...

***
***

situasi sebenar

orang yang menghulurkan envelop tebal berwarna coklat itu ialah penulis buku. memanglah ianya berisi duit. manakala yang menerima duit itu ialah aku. sebenarnya, aku membantu penulis itu membeli bukunya yang kami terbitkan atas pesanan pelajar-pelajarnya. jadi si penulis bertindak sebagai pembeli dengan mengumpulkan wang daripada pelajarnya. manakala aku bertindak sebagai jurujual bagi pihak penerbit, walaupun itu bukan tugas aku sebenar selaku editor. sekadar membantu penulis & pelajarnya sebagai pembeli. sambil membantu menjual buku untuk tempat aku bekerja. takda apa-apa kepentingan atau keuntungan pun bagi aku, hanyalah kepuasan melihat orang lain minat membaca & menguasai ilmu daripadanya.

tak salah, bukan?

0 refleksi: