tengah hari ahad, aku terserempak seorang kawan lama di sebuah kompleks beli belah. seperti aku jugak, dia membawa keluarganya bersiar-siar pada hujung minggu. kami sempat berborak sementara menunggu wifey masing-masing shopping.
seperti biasa bila dah lama tak jumpa, kita bertanya khabar & perkembangan masing-masing. seperti biasa jugak perbualan banyak berkisar tentang anak-anak. aku menceritakan 'kenakalan' anak-anak sebagai 'nakal budak-budak' . kawanku pula bercerita 'kenakalan' anak-anaknya yang meniti remaja. pelbagai kerenah yang perlu diladeni & ditangani.
kalau kita rasa sukar melayan keletah & kerenah anak-anak kecil & harap bila mereka sudah besar sedikit nanti, lebih mudah mengawalnya. fikirkan lagi sekali.waktu kecil lain kerenah & masalah yang perlu kita hadapi, bila besar pun ada masalah lain jugak yang perlu malah mungkin lebih berat untuk diatasi.
pengalaman kawan-kawan membuatkan aku lebih bersedia memikul tanggungjawab yang bakal mendatang. aku menjadi semakin sedar bagaimana sukarnya arwah abah dan mak membesarkan kami adik-beradik. aku pasti sebagai kanak-kanak yang sedang membesar dulu, aku juga 'pernah' nakal.
aku masih belajar, sedang belajar dan mahu terus belajar menjadi papa yang baik untuk & demi anak-anak.
0 refleksi:
Post a Comment