Janganlah ikut sedap mulut aje...

Jan 28, 2010

baru-baru ini, setiausaha agung FOMCA mencadangkan diwujudkan kuota 200 liter sebulan untuk petrol kenderaan tanpa mengira kapasiti enjinnya. sesiapa yang menggunakan lebih daripada kuota tersebut tidak akan diberikan harga subsidi. ini kononnya cadangan balas akan ura-ura kerajaan akan mengenakan harga berbeza untuk pembelian petrol mengikut kapasiti atau cc kenderaan.

adakah FOMCA yang kononnya mewakili & menjadi jurucakap pengguna yang tidak bertauliah itu sudah membuat kajian yang rapi? sudah buat soal selidik? sudah membuat tinjauan lapangan? sudah minta maklum balas pengguna?
atau membuat kenyataan ikut sedap mulut setiausaha agung atau presidennya saja?

contoh paling mudah ialah aku sendiri. yang berulang alik daripada rumah di nilai, negeri sembilan ke tempat kerja di kuala lumpur setiap hari! jaraknya kira-kira 100 kilometer sehari.
bayangkan kalau setiausaha agung FOMCA itu terpaksa berulang alik macam aku. pastinya dia takkan terfikir langsung idea kuota minyak itu.


bukanlah aku saja yang berulang alik sejauh itu, ada beribu-ribu lagi yang berbuat demikian setiap hari. ada yang berulang alik dari bangi, kajang, klang, seremban,sepang, kuala selangor, malah dari tanjung malim atau lebih jauh dari itu. selain itu tidakkah FOMCA sedar trend masa kini, ramai yang tinggal di pinggir kota yang berulang alik ke tempat kerja di pusat bandar. ini berikutan faktor kos memiliki rumah sendiri atau sewa rumah. kalau tak percaya lihatlah semua jalan dan lebuh raya yang menuju ke bandar besar terutama kuala lumpur yang penuh sesak setiap pagi waktu pergi dan pulang pejabat.

jadi di manakah kewajarannya pengenalan kuota tersebut? kalau dilaksanakan sudah pasti menjejaskan ramai pengguna macam aku ni.

FOMCA sepatutnya membela pengguna bukannya menganiaya mereka!

adakah peranan FOMCA setakat contohnya kalau harga ayam naik ... boikot!
harga beras naik ... beli makanan alternatif!
harga gula naik ... jangan makan gula!

3 refleksi:

editor kampung said...

bukan FOMCA aje ada bnyk persatuan yg kononnya mewakili ahli tapi tk menggambarkan suara ahli.
menteri pun ada sesetengahnya bagi komen ikut sedap mulut

tdevaraj said...

Pasal petrol ini, banyak sangat idea separuh masak dipaparkan dalam akhbar...

sebab nak jimat, jangan nak bebankan rakyat.

Anonymous said...

FOMCA ni kekadang nak kejar glamour jugak. tak mcm dulu dah