aku dah cuba dgn pelbagai cara utk mengatasi masalah saluran tersumbat di bilik air. tapi gagal. sama ada guna pam tangan ataupun curahkan bahan cecair kimia yg kata tauke kedai hardware.
"ini chemical manyak baik, lu culah satu motol, kemulian culah satu celek airpanas. yangan kasi guna itu bilik ayer satu malam. pagi ini macam gelenti, sulah elok...".
tak jugak berhasil.
mungkin ada masalah yg lebih besar, sebabkan ia tersumbat.
takda cara lain. kecuali guna khidmat plumber. bukan aku tak nak gunakan servis mereka, sebelum ni pun dah guna. cuma bayaran yg dikenakan boleh tahan mahalnya.
tak sampai 20 minit plumber itu mengerjakannya, saluran yg tersumbat kembali lancar. terbang juga rm50. mujur tak semahal mana (rm100 sebelum ni). katanya masalah kecik aje. aku tengok peralatan yg diguna taklah secanggih mana, tapi teknik yg diguna sebenarnya bnyk membantu tugasnya itu.
istimewanya plumber tersebut memberikan tempoh jaminan (warranty) selama 2 minggu. maknanya kalau saluran tu tersumbat semula dlm tempoh berkenaan, dia akan dtg membaikinya semula. aku sedikit ragu2, maklumlah janji memang manis. lagipun janji lisan aje, bukan ada jaminan bertulis pun...hu hu.
selang seminggu, saluran di bilik air itu tersumbat lagi. walaupun ragu-ragu, aku menelefon plumber itu supaya dtg selepas menerangkan masalah yg berulang. dpd nada suaranya, seperti nak tak nak aje melayan kerenah aku. janjinya dtg jam 9:00 pagi ahad itu. tapi sehingga jam 10:30 masih belum muncul. fikirku, nyatalah 'jaminan' sebelum ini hanya janji kosong saja.
ttp sebaik aje aku sekeluarga bersiap utk keluar dlm jam 10:45, si plumber muncul depan pintu.
15 minit kemudian, dia selesai menjalankan tugasnya. spt yg dijanjikan, tiada sebarang caj dikenakan.
selepas 3 minggu, hingga ke hari ini, saluran di bilik air itu, lancar sahaja. lain kali bolehlah guna servisnya lagi.
2 refleksi:
kadang2 janjinya semua manis. tapi bila dh dpt duit upah...mcm nak tak nak je layan kita lagi. mcm salesman & ejen insurans. faham2 ajelah
saluran air tersumbat memang masalah biasa. tapi kalau dibiar jadi lebih kronik. nak tak nak terpaksa jgk berbelanja. lumaya gak jadi plumber. boleh buat part time...
Post a Comment