~ mana dulu: puasa atau raya? ~

Jul 30, 2010

orang kita biasanya buat persiapan raya. bukan persiapan puasa.
walaupun yg dilalui dulu ialah bulan ramadhan bukannya syawal.
jualan raya sudah mula. musim beli belah sedang rancak.
baju raya nak dibeli. langsir pun nak tukar baru. kuih raya pun sudah dibuka untuk tempahan.
kedai jahit pakaian tak menang tangan.
kedai jual baju, taukenya tersenyum lebar.
penjual kuih raya, dah mula tak tidur malam, siapkan tempahan.
hujung minggu di kompleks beli-belah pastinya semakin sesak.

alasannya, kalau tak buat persiapan awal, nanti kelam kabut pada saat akhir.
kedai jahit tak mahu lagi ambil tempahan sebab tak larat dah, banyak sangat.
kalau lewat pilih baju raya, nanti tinggal yg kurang menarik, sebab dah dibeli orang lain.
tempahan kuih raya pula kena awal, takut tempahan ditutup. nanti hidang biskut kering ajelah pada hari raya, naya!

itu hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan. tetapi itu memang ada kebenarannya...
dalam masa sama, apakah persediaan untuk menghadapi bulan puasa yg menjelang tiba?
mereka tanya balik.
nak siap apa? puasa ajelah?
(sambil terbayangkan bazar ramadhan yg menjual pelbagai pilihan makanan...)

*******
aku baru je tempah baju melayu raya petang semalam. kalau lewat nanti, diorang tak ambik tempahan. lagipun, bayaran upah tempahan akan meningkat di saat akhir. takkan aku nak beraya pakai jersey bola spain.

alasan....

~ lemang ~


aku dah mula terbayang lemang...

~ selamat bersara, abg saat... ~

Jul 29, 2010

perpisahan tak pernah mudah.
lebih-lebih lagi dengan insan yg sudah lama kita kenal hati budinya.
hari ini adalah hari terakhir, rakan sekerja yg aku panggil abg saat.
sudah lebih 30 tahun dia menabur bakti, tibalah masanya untuk melangkah pergi.
menuju alam persaraan. berehat daripada segala jerit perih bekerja.

aku pernah menulis entri tentang abg saat dalam blog ini.
menceritakan keperitan abg saat menjaga isterinya yg menghidapi kanser.
beberapa minggu selepas entri itu ditulis, isteri abg saat kembali ke rahmatullah.
sejak itu, aku dapat perhatikan perubahan pada abg saat.
yg pastinya, abg saat tak lagi seceria dulu.
dia sering saja sakit-sakit dan mengambil cuti.

untuk mengucapkan selamat tinggal pastinya saat yg menyedihkan buatnya.
tengah hari tadi abg saat datang mengetuk bilikku.
"abg datang nk mintak maaf. selama abg bekerja kat sini. kalau ada terkasar atau perbuatan yg tak elok". kata abg saat. tunduk. dengan nada perlahan.
baru ku sedar. hari ini adalah hari terakhirnya di sini. sepatutnya dia pergi minggu depan. tetapi baki cutinya ada 2 hari lagi. maka inilah pengakhirnya. beberapa minggu lepas, kami mengadakan majlis makan-makan & menghadiahkannya cenderahati kenangan.
"takde apalah bang...seingat saya abg tak pernah pun meninggi suara, apa lagi nak mintak maaf pada saya. takde sebarang kesalahan pun abg pada saya. saya yg muda ni patut mintak maaf. manalah tau, tanpa saya sedar...saya pernah buat abg tersinggung..." aku sedikit sebak.

abg saat bercerita pendek. usianya kini mencecah 60 tahun. bagaimana aku yg masih bujang ketika itu, dikenalinya 10 tahun dulu.
setiap yg mula akan ada akhirnya. episod baru kehidupan abg saat, bermula hari ini.
tiada lagi rutin bangun pagi, pergi kerja. pulang kerja waktu petang. menunggang motor kapcainya saban hari, berulang alik dengan kudrat yg semakin hari semakin dimamah usia.

aku tidak mahu bertanya, apakah perancangannya selepas ini. biarlah dia buat apa yg dia mahukan. menikmati hari-hari persaraannya. aku tidak mahu mengusutkan fikirannya yg tentunya pada ketika ini dirundung kesedihan meninggalkan rakan sekerja. yg berkongsi susah senang. kadang-kadang makan bersama. bertepuk bertampar dalam gurau senda.
pastinya abg saat akan melalui hari-hari awal persaraannya dengan sedikit kesukaran menseimbangkan segala yg baru. yg pada hari-hari mendatang akan menjadi rutin sehariannya yg serba baru. aku sempat mengingatkannya supaya menjaga kesihatannya, lebih-lebih lagi pada usianya sekarang.

"rindulah saya lepas ni. tentu saya akan terbayang-bayang wajah abg. suara abang. senyum bang...iyalah. sejak saya mula bekerja, hinggalah hari ni. hari-hari jumpa abg. mulai esok tak ada dah..." aku mula sebak.
"janganla macam tu..." balas abg saat. ada genangan pada matanya.
"kalau abg free. datanglah ke sini. kita boleh makan-makan. sembang-sembang. janganlah lupa kita org terus..."
"insya-Allah, tak..." serentak itu, air matanya tumpah.

sebelum melangkah pergi. kami bersalaman sekali lagi.
"saya nak mintak maaf sekali lagi..." belum sempat aku menghabiskan ayat itu, abg saat menarik tubuhku rapat. dipeluknya ku erat.
aku dapat rasakan penuh kemesraan. penuh kehibaan.
itu bukanlah pelukan sebagai rakan sekerja. tapi seakan pelukan seorang ayah pada anaknya.
pelukan erat itu, kuat dan lama. seakan tak mahu dilepaskan.
kalau tiada lagi kesempatan untuk bertemu pada masa depan,
kemungkinan itulah pelukan kami yg terakhir kali...

kami tidaklah rapat. mungkin sebab faktor umur atau jawatan kami. tapi aku dapat rasakan ada hubungan istimewa antara kami. setiap kali berjumpa, kami akan berbual. abg saat memang seorang yg berhemah tinggi. walaupun aku lebih layak bergelar anaknya. tapi dia menghormati aku sebagai orang yg berjawatan tinggi daripadanya. aku pasti akan teringatkan lambaiannya setiap kali waktu pulang kerja. sebelum berlalu pergi dengan motornya. kelibatnya itulah yg aku lihat saban hari di tempat letak kereta sewaktu hendak pulang kerja.

semua itu tergambar semasa aku dalam pelukan erat abg saat.
dapat aku rasakan, dadanya berdegup kencang. ada esak tangis yg tertahan-tahan pada tubuh tua itu.
kemudian perlahan-lahan abg saat melepaskan pelukannya.
mengesat matanya, dan berlalu pergi...

nama abg saat pastinya akan abadi dalam ingatanku.

~ sila abaikan ~

"sila abaikan notis ini jika pembayaran sudah dibuat"
berapa kali agaknya, notis ini sampai kepada anda.
terutama sekali daripada syarikat kewangan.
hampir setiap bulan, bukan?
sebenarnya penghantaran notis ini sudah 'diseragamkan'.
tak kiralah sama ada anda sudah membayarnya atau tidak. lebih-lebih lagi jika due bayaran adalah pada pertengahan bulan. sedangkan kita biasanya membuat bayaran pada penghujung bulan. bila dapat gaji.
setiap notis yg dihantar ke alamat kita itu, bukanlah percuma. ianya dicajkan kepada kita.
apakah kewajarannya mereka berbuat demikian?
tidak lain hanyalah untuk mendapat kelebihan ekonomi. bayangkan berapa ribu atau juta notis yang sama dihantar kepada pelanggan mereka.
bukankah mereka ada sistem atau perisian untuk menyemak, siapa yg dah bayar atau tidak? kalau mereka bolah mengenal pasti siapa yg belum bayar, kenapa pula mereka tidak boleh mengenal pasti siapa yg sudah membayarnya?
sengaja!
jadi apa perlunya menghantar notis tersebut kepada yg sudah membayarnya.
kepada yg 'setia' atau 'patuh' membuat pembayaran setiap bulan, menjadi mangsa keadaan.
oleh sebab kita membayar secara ansuran (dlm kata lain 'berhutang'), kompromi sajala...
begitukah?

~ aku sudah tiba di persimpangan...~

Jul 28, 2010

hidup ini sebuah perjalanan.
ada yg melalui hidup yg panjang, ada yg singkat. bergantung pada ketentuan-Nya.
dalam perjalanan itu, kita akan melalui simpang siur.
memerlukan simpang mana yg harus diikuti. laluan mana yg harus dipilih.
setiap pilihan itu pula berpandukan kata hati & pengalaman lalu.
kita akan cuba memilih yg terbaik untuk kita.
namun kita hanya merancang. tidak semua yg kita rasakan terbaik itu menepati apa yg kita cita-citakan.
ada ketika dalam kita memilih jalan atau simpang itu kita terpengaruh dengan emosi, orang sekeliling, keadaaan semasa yg kemudiannya berubah pada masa depan.
terpulanglah pada kita sama ada untuk berpatah balik atau terus mengharungi ranjau berliku di sepanjang perjalanan.
atau bertukar haluan kepada simpang yg lain pula.
aku dapat rasakan, aku kini berada di persimpangan. sama ada untuk terus memilih jalan yg sama atau berubah arah.
kerana jalan yg aku pilih ini dulunya sangat menyelesakan tetapi kini semakin diancam duri-duri tajam yg menyeksakan.
bukan aku yg merelakan tetapi keadaan atau orang sekeliling yg berubah memaksa aku berfikir semula.
menilai semula. agar jati diri aku tidak terbelenggu. emosi aku semakin diliputi gejolak rasa yg kurang menyenangkan. hingga mengganggu akal & fikiran.
aku mula bermuhasabah. kiranya jalan atau persimpangan baru yg harus ku pilih, aku pasrah...

~ epol ~

Jul 27, 2010

jumaat
bualan telefon
epol: kau punya road tax da siap, ada kat opis tak?
aku: bile kau nak datang antar?
epol: sekejap lagi la. tengah hari sikit...
aku: ari ni jumaat la doh
epol: a agrh ye. aku datang petang sket
aku: petang ni aku takde la. ada function kena attend
epol: habih tu?
aku: kau hantar hari senin je la...
epol: tak pe ke?
aku: ari isnin la. aku bawak akak aku nye geran kete skali. dia punya pun da mati...
epol: ok la. jumpa ari senin

isnin
epol datang ke ofis seperti dijanjikan
aku: laaaa...dah mati rupanya (sebaik epol menyerahkan road tax/insurans yg dibaharui)
epol: tu la pasal. aku nak antar hari jumaat, kau kata takpe.
aku: aku ingat mati 27 rupanya 25 haribulan
epol: nasib baik takde ape. kau bawak kete hari ni?
aku: memangla...patutla kau beriya-iya nak hantar itu hari
epol: aku dengar kau cakap konpiden je. aku tau la kau ada kabel besar!
aku: ha ha ha...aku konpiden ingatkan tak mati lagi...

~ 10k ~

Jul 26, 2010

katanya dia tiada kepentingan.
2 bulan lagi dia akan berundur. jadi tidak perlu dia tinggalkan legasi.
apatah lagi nama buruk.
apa saja yg dilakukan atau diputuskan selama berada di sini adalah untuk kebaikan dan keuntungan semua. memperbaiki apa yg tidak betul. meluruskan yg bengkok.
pendeknya dia adalah adiwira yg diseru untuk datang menyelamatkan keadaan.
jadi, sebagai watak adiwira itu sajalah matlamatnya, tidak lebih, tidak kurang.
itu sudut pandangnya sendiri. tapi aku tak terkejut kalau ada satu dua kepala yg angguk-angguk tanda setuju. sebab mereka ada kepentingan.
tapi sudut pandang kami berbeza. malah berlawanan sama sekali.
jika dibayar mencecah 10k, hasil kerjanya juga perlulah 10k kalau tidak pun lebih daripada itu. kalau setiap keputusan bersifat unilateral, apa perlunya mesyuarat?
sebagai rubber stamp mungkin atau sekadar mengikut syarat...
kalau pendapat, idea & pandangan lain langsung tak diterima, ditolak tepi malahan dicemuh...apa lagi yg diharapkan.
harapan hanya tinggal harapan. janji hanya manis di bibir.
10k x 36 = 360,000
tiada kepentingan?

~ bistro dan kopitiam ~

tak berapa lama dulu, orang kita sibuk lepak di starbucks & coffee bean.
kedai mamak mengambil inisiatif menyainginya dengan memperkenalkan mamak bistro. upgrade sikit siap pasang tv plasma, pasang cctv, sediakan wi-fi, masukkan segala menu termasuk western & tomyam. mamak bistro boleh naikkan harga makanan & minuman setara starbucks & coffee bean.
ramai orang dah tak kesah lepak di bistro, standard jugak tu.
kemudian kegilaan terhadap kopitiam pula menjadi-jadi. stail kedai kopi dulu-dulu. meja kerusinya, cawannya & hiasan dalamannya menarik peminat tersendiri. maka tumbuh macam cendawanlah kopitiam serata negara.
namun sama seperti kedai mamak juga. ada sesetengahnya mengaburi kehadiran mereka dengan penampilan. ada setengah kedai mamak, yg tuan punya dan pekerjanya bukan Islam. masakannya boleh diragui. malah sijil halal tidak dikeluarkan pun kepada sesetengah kedai mereka.
begitu juga dengan kopitiam. yg sudah lama aku syaki, beroperasi tanpa sijil halal.
bagi orang malaysia lain takde masalah. tapi yg beragama Islam? takkan main belasah saja.
aku tak katakan semua, berhati-hatilah.
ini bukan aku yang pandai-pandai cakap. tapi sudah didedahkan dalam akhbar oleh laporan jakim & kpdnhep.
jadi, kalau rasa waswas, janganlah pergi juga.
soal makanan akan berdarah daging bukan?

~ ada kerja, takde gaji ~

Jul 23, 2010

beberapa orang rakan sekerja mengeluh kerana bulan ini tidak dapat gaji.
ini ekoran tempoh kontrak mereka baru saja diperbaharui.

dulu mereka tidak kisah sangat. kerana tempoh kontrak berakhir pada hujung bulan. jadi bahagian kewangan sempat menguruskan pembayaran gaji seperti yg dimaklumkan oleh bahagian sumber manusia. gaji masih sempat dikreditkan seperti biasa.

kali ini kontrak mereka tamat pada pertengahan bulan. ini memberikan alasan kepada bahagian kewangan untuk memberi alasan bahawa mereka menerima makluman lewat & tidak sempat untuk menguruskan pembayaran gaji.

sebab itu, rakan-rakan sekerja ini bising-bising. meminta bahagian akaun & staf perkeranian bertanyakan soal ketiadaan gaji & mahukan mereka mendesak maklum balas daripada bahagian kewangan. mereka juga komplen itu dan ini. maklumlah sebagai pekerja yg makan gaji, itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka. nak tanggung keperluan keluarga, nak bayar bil, nak bayar hutang kereta & rumah, dan lebih penting lagi belanja harian.

aku faham. sebab aku pernah mengalaminya. tapi dulu, bila aku bangkitkan hal ini tak ada siapa yg ambil peduli pun. malah ada yg memperli aku, dah tahu kontrak habis kenapa tak simpan duit?

lebih memburukkan keadaan, kontrak aku tamat tempoh pada menjelang raya. tiga tahun berturut-turut aku beraya tanpa gaji. bayangkan betapa gelisah dan sedihnya. mana nak buat persiapan raya. nak balik kampung. baju raya anak-anak. tahun pertama beraya tanpa gaji begitu membebankan & menyedihkan. di tahun berikutnya sempat jugalah menyimpan ala kadar tetapi masih memeritkan. aku terpaksa mengorek simpanan yg ada di sana sini. duit asb, tabung haji atau berjimat cermat, berbelanja ala kadar untuk menyambut hari raya. mujur juga kompeni wifey biasanya memberikan bonus menjelang raya. adalah kelegaan & menumpang tuahnya.

pada ketika itu, tiada siapa yg peduli pun...
atau memang sengaja tidak mahu memahami. iyalah, yg terkena bukannya mereka.
aku sendiri terpaksa turun naik bahagian kewangan merayu mereka mempercepatkan urusan pembayaran gaji. tapi takde apa yg boleh mereka buat kerana memang sudah sebegitu sistem & prosedurnya. tidak mesra insani langsung!

nak harapkan bahagian akaun di tempat aku bekerja, lebih baik tak payah. hanya tambah menyakitkan hati saja. kerana pada mereka, itu di luar tanggungjawab tugas mereka. tidak ada usaha langsung untuk membantu, sekurang-kurangnya mempercepatkan proses pembayaran atau memberikan wang pendahuluan.

sekarang ini aku sedikit lega, kerana tempoh kontrak tamat, tidak lagi bertembung dengan hari raya. bayangkan kalau rakan-rakan sekerja ini tamat tempoh kontrak mereka menjelang hari raya?
pasti meraung gamaknya...

~ selamat pengantin baru? ~

Jul 22, 2010

melalui laman web sosial (he he.. ), seorang lagi kawan lama dapat ku jejak.
kawan baik semasa seperguruan dulu, yg terputus hubungan sebaik menamatkan pengajian di kampus. lumrah pertemuan ada perpisahannya. tetapi untuk bertemu kembali selepas berpuluh tahun, jarang sekali berlaku. namun dalam dunia yg serba moden ini, kebarangkalian untuk bertemu semula rakan lama yg terpisah semakin mengecil. meskipun hanya melalui alam siber atau mendengar suara di telefon.

hanya memori yg menggamit perasaan, sesekali bila terkenangkan rakan lama. mengandaikan itu dan ini. ada juga sesekali mengharapkan perpisahan yg terjadi, tidak berlaku. bila terkenang begitu, mahu rasanya berpatah balik merentasi masa, mengulangi detik berkawan yg serba serbinya riang dan menyenangkan. tetapi itu semua hanyalah khayalan indah yg tak mungkin berlaku. lama-kelamaan kenangan itu disimpan jauh di sudut hati, sebagai kenangan silam yg pada ketika-ketika tertentu, menjentik hati mengenangnya.

dorongan seorang rakan sekerja agar aku membuka akaun fb, kira-kira 4 bulan lalu rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya. aku gunakannya untuk mencari kawan lama sambil membuka tali hubungan dengan rakan baru. aku tidak pernah terfikir bertemu rakan lama yg berpuluh tahun terpisah hatta rakan sekolah dulu pun. aku juga tidak menduga akan berkawan dengan budak sekolah, atau guru pencen, doktor pakar, artis, penulis novel, tokoh bahasa, malah semua peringkat umur dan golongan manusia yg berbeza latar belakang atau usia.

bukan aku tidak berusaha mencari rakan lama. setiap kali terkenangkan mereka, setiap kali itulah hati terdesak untuk mencari. tapi di mana? bagaimana caranya? cara apa? kepada siapa?

beberapa hari lepas seorang lagi rakan lama yg ku jumpai melalui fb memberikan nombor hp kawanku ini. malam tadi aku berkesempatan menelefonnya. meskipun pada mulanya teragak-agak...mungkin kerana menerima panggilan melalui nombor yg tidak didaftar.
berkali-kali dia mengucapkan "alhamdulillah" memanjatkan kesyukuran kerana hubungan kami kembali bertaut, meski sekadar mendengar suara cuma...

aku terkejut bila dia mengucapkan "tahniah, selamat pengantin baru...!"
rupa-rupanya dia mendapat maklumat yg salah atau menjadi mangsa gurauan. kerana katanya, dia diberitahu yg aku baru saja mendirikan rumah tangga...
ha..ha ha... aku ketawa besar!

kemudian kami berbual panjang. seperti dulu-dulu.
seolah-olahnya, kami tak pernah terpisah...!

~ icu ~

Jul 21, 2010

petang sabtu lepas aku ke sebuah hospital swasta di KL.
tujuannya untuk melawat anak saudara yg dimasukkan ke icu.
dia mendapat serangan sakit jantung. serius keadaannya. malah aku diberitahu yg jantungnya sudah terhenti semasa usaha menyelamat dilakukan oleh doktor.
keadaannya pada pagi sabtu juga masih serius. isterinya sudah dimaklumkan oleh doktor supaya 'prepare for the worst'.
angioplasty dijalankan ke atasnya.
alhamdulillah, ia selamat menjalaninya.
petang itu semasa melawatnya, dia masih lemah tetapi keadaannya sudah stabil & semakin pulih. ramai saudara mara & rakan datang menziarah.
masing-masing menyatakan rasa terkejut & simpati mereka.
anak saudara itu adalah seorang peguam yg mempunyai firma guaman sendiri.
usianya baru mencecah 39 tahun. anak-anak masih kecil lagi.
moga dia segera sembuh...

~ hati panas, di pagi hari ~

hari ini seawal pagi lagi jalan sudah sesak ketika memandu ke tempat kerja.
tidak seperti kebiasaan. pada jangkaan aku pasti ada puncanya.
jalan beringsut-ingsut sehingga hampir 1km. kalau sedikit lagi lewat pasti aku berada di belakang, di penghujung barisan.
hampir 15 minit juga berhimpit & bersesak. kalau tak dibuat begitu, maknanya kita akan tercicir. itu resmi pemandu di jalan raya.
akhirnya sampai kepada punca kesesakan. petugas lebuh raya sudah menutup 2 lorong. cuma yg tinggal satu lorong sahaja. bertambah sesaklah sebab dah jadi 'leher botol'.
rupa-rupanya, sebuah lori treler terbalik, melimpahkan muatannya atas jalan. di belakang lori treler ada sebuah lagi lori bonded. terbabit dalam kemalangan sama.
lebih menyusahkan lagi, lori itu menyusuri lorong laju paling kanan. tak faham aku, kenapa treler panjang & penuh muatan itu boleh dipandu di lorong kanan. pastinya ia dipandu laju!
mangkuk hayun, menyusahkan orang!

~ hikayat sebuah rumah II ~

Jul 20, 2010









kira-kira 2 bulan setengah dulu, aku ada masukkan entri berkaitan sejarah rumah ini. kini rumah yg asal sudah direnovasi menjadi rumah kayu tradisional tetapi bercirikan moden. dengan ukiran kayu & penampilan baru, rumah ini hampir siap berdiri megah. rumah kayu dengan atap genting berserta tingkap kayu bercermin warna ibarat rumah dulu-dulu. kemodenannya ditampilkan dengan penggunaan lampu elektrik, kipas, lampu dinding, lampu sorot dsb. dijangka siap sebelum hari raya menjelang.


~ pilihan yang bukan pilihan ~

maksud sebenarnya, aku tidak diberi peluang untuk memilih.
pilihan pertama, aku perlu ke kota bharu untuk menghadiri mesyuarat sebagai wakil.
pilihan kedua, menghadiri majlis anugerah & makan malam di hotel lima bintang, juga sebagai wakil.
tentunya pilihan ke-2 'nampak' lebih menarik. tetapi aku tak teruja langsung. sebabnya, aku bukanlah biasa sangat hadir di majlis seperti itu. yg pastinya dihadiri jugak oleh who's who dalam organisasi tempat aku bekerja.
yep, memang salah satu anugerah itu memang aku ada 'sumbangan' menghasilkannya. tapi kehadiran aku di situ tidak diundang secara langsung atau kena-mengena dengan anugerah yg diberikan.
lainlah, kalau aku yg dipanggil nama dan kemudiannya naik ke pentas untuk menyambut anugerah & bergambar dengan vip kemudiannya. tidak, bukan aku orangnya.
aku masih lagi sedang berkira-kira, untuk memilih yg mana satu.
dan aku cuma ada sehingga petang ini untuk membuat keputusan....

~ berita yg lewat 3 minggu ~

Jul 19, 2010

aku menelefonnya di luar pintu hypermarket itu.
dua kali, tiada jawapan. mungkin dia tengah sibuk bekerja. maklumlah, dia memegang jawatan pengurus cawangan di situ.
aku cuma nak bertanyakan khabarnya, kalau dia ada masa, bolehlah kami berbual sambil minum-minum di pagi ahad.

kira-kira 3 minggu lepas. kawanku itu berpindah kerja di situ. daripada cawangan hypermarket di shah alam. dia menghubungiku. kerana aku tahu selok-belok di sini.

semasa aku berjumpanya, dia sedikit tertekan. maklumlah cawangan di sini agak jauh dari rumahnya di shah alam. dia terpaksa berulang alik setiap hari yg jaraknya kira-kira 50km. lagi pula dia menceritakan yg dia dihantar ke sini di luar kerelaannya ekoran hubungan yg kurang baik dengan superiornya.
dalam pertemuan itu dia ada membayangkan kemungkinan untuk berhenti kerja saja. pertamanya, masalah jarak yg jauh. kedua, berasa teraniaya. ketiga, tidak selesa dengan tempat baru.

aku nasihatkannya supaya berfikir secara positif. kalau nak persoalkan kesukaran berulang alik ke tempat kerja menjadi bebanan, itu tidak cukup kuat. aku sudah berulang alik ke tempat kerja antara nilai-KL yg jauhnya lebih 50km sejak 10 tahun lalu. memang sukar pada awalnya, tetapi sekarang ni dah lali.

soal dianiaya ni mungkin jarang berlaku. tapi politik dalam ofis atau kompeni, hal beginia boleh berlaku. cantas-mencantas untuk naik bagai enau dalam belukar. tetapi adakah kita perlu terus memikirkannya dengan rasa negatif, bersimpati pada diri sendiri lalu membiarkan ia menguasai emosi? apa yg penting, hari-hari mendatang yg perlu kita lalui. tiada gunanya meratap perkara yg sudah berlaku. kita ada anak bini untuk ditanggung. kalau kita mengalah, maknanya kita menganiayai diri kita dan keluarga kita sendiri. begitu pujukku.

tidak selesa dengan tempat baru? itu biasa. alah bisa tegal biasa kata orang. takkan selama-lamanya kita nak duduk di tempat yg sama, berada dalam zon selesa. sahut perubahan itu sebagai cabaran.

dalam pertemuan itu, aku tunjukkan dia keadaan persekitaran tempat kerjanya. di mana boleh dapatkan masakan kedai melayu selain kedai mamak. di mana letaknya surau berdekatan. dia membayangkan kemungkinan untuk mendapatkan rumah sewa. malah aku bersedia mencarikannya rumah sewa jika perlu, kerana dia agak keberatan untuk berulang alik. jauh dan memakan kos katanya. aku faham dan sedia membantu.

di akhir pertemuan itu, dia mengucapkan terima kasih. jauh lebih ceria dan bersemangat berbanding wajah suram pada awal pertemuan itu.

****
selang 2 jam kemudian. selepas aku sudah pun berada di rumah. dia membalas panggilan telefon tadi.

aku pun nyatakan yg aku menelefonnya kerana tujuan untuk bertanya khabar beritanya. sebab selepas pertemuan tempoh hari, dia langsung tidak menghubungiku semula. entah apa khabarnya bekerja di tempat baru. aku pula, dari sehari-ke sehari, bertangguh. rasa bersalah pula tidak menghubunginya yg bekerja dekat dengan rumah aku.

lalu dia pun menceritakan apa yg berlaku dalam tempoh 3 minggu ini. katanya, dia sudah pun berhenti kerja di situ. malah dia hanya bekerja di situ, 5 hari saja. sebab dalam masa yg sama, dia juga memohon kerja di tempat lain yg lebih dekat dengan rumahnya. nasibnya baik, dia mendapat tawaran kerja di syarikat lain di shah alam juga. dia minta maaf kerana tidak menghubungiku untuk memaklumkan hal itu.

aku tidaklah berasa sebarang rasa kesal atau terkilan. dia membuat keputusan yg dirasakan terbaik untuk dirinya. aku tumpang gembira dia dapat kerja lain, di tempat baru. malah tidak memerlukannya berulang alik untuk jarak yg jauh. cumanya, mungkin lebih baik kalau berita itu diberitahukan pada aku terlebih awal. tidaklah aku menyangkakan yg dia masih lagi bekerja di hypermarket itu, sehinggalah semalam.

~ hutang lagi... ~

Jul 16, 2010

hutang kereta tak pernah setel. bukan satu, tapi ada dua kereta.
bila kereta dah pakai lama sikit, mula lah gatal nak tukar baru & buat hutang baru...
hutang rumah ada separuh lagi walaupun dah top up dengan duit epf. ada 10 tahun lagi nak tanggung beban rumah.
hutang peti ais baru je habis, tapi mesin basuh pula rosak, menggantikan hutang peti ais.
hutang tv juga akan habis bulan depan, mmmm...peluang untuk hutang baru ni!
hutang kad kredit, usah ceritalah...tutup lubang sini, korek lubang sana sebab ada 3 kad kredit. bayar pun minimum aje, bila nak habisnya.
hutang bayar bil online pun masih banyak lagi. itu pun atas ihsan gunakan 'khidmat' seorang kawan.
tak pasal-pasal semalam tambah hutang lagi, bila tayar kereta didapati 'koyak'. tengah bulan begini hanya hutang dengan kawan saja yg mampu membantu.
hujung bulan ni, insurans & cukai jalan kereta pula kena renew....hutang lagi?
walaupun istilah lembutnya 'bayar ansuran' tapi pada dasarnya ia tetap HUTANG yg perlu dilangsaikan.
bulan puasa dah dekat, nasib baik aku takde 'hutang' macam sesetengah orang. kalau ada, hutang yg ini pun wajib dibayar!

~ world cup dah berakhir rupa-rupanya... ~

Jul 15, 2010

orang putih kata hang over.
tidur aku masih terganggu dengan bunyi alarm pukul 2:30 pagi, bunyi tiupan vuvuzela yg terngiang-ngiang di telinga, ulang tayang gol-gol menarik, keputusan kontroversi pengadil, aksi tangkap puyu keeper yg menyalahkan jabulani, gol yang tak dikira masuk, aksi suarez menepis bola, lembiknya england, kacau bilaunya perancis, aksi tepi padang maradona, atau detik casillas menjulang trofi.

tiba-tiba mimpi aku dikejutkan aksi amri yahya. kapten yg membawa pulang world cup, dilambung tinggi-tinggi di dataran merdeka disaksikan jutaan warga malaysia...uhhhh!

sebagai peminat tegar bola sepak yg hanya menonton tv sepanjang sebulan aksi berlangsung, semua yg berlaku itu tak pernah dijangka. itulah yg menariknya tentang bola sepak. bukan drama melayu, bila tonton 10 minit pertama kita dah boleh agak plotnya & bagaimana endingnya. atau filem hindustan yang kita dah tahu, hero akan kalah dulu & menang di penghujungnya. atau rancangan realiti tv yg diundi melalui sms oleh penonton akhirnya akan memilih pemenang berdasarkan personaliti atau rupa paras, bukannya bakat sebenar...

bila mengulas perihal bakat sebenar, aku sendiri tertanya-tanya mengapa rooney langsung tak menjadi, ronaldo pemain termahal dunia yg tenggelam punca, messi yg hanya menyerlahkan 50% keupayaannya, febregas yg hanya memanaskan bangku simpanan, torres yg kelihatan pancit atau van persie yg jadi pak pacak di padang, atau terry yg kelihatan keletihan seakan baru lepas beraksi diranjang...

mujur juga pemenang golden ball tidak dipilih berdasarkan undian sms, kalau tidak pasti diego forlan tak merasainya, kerana ronaldo dah terang-terang akan terpilih kerana kehensemannya.

cuma aku agak terkilan kerana final yg antiklimaks, gara-gara pasukan holland yg lebih berminat bermain ala street-fighter daripada meneruskan aksi menarik pada pusingan sebelumnya. yg kesiannya pengadil howard 'si botak' webb yg jadi bahan kutukan walhal pada aku, dia patut melayangkan kad merah kepada tak kurang 4 pemain.
kebetulan aku beli jersi pasukan spain, kerana saiz jersi argentina yg aku nak beli, sudah kehabisan di kedai. jadi sebagai team pilihan ke-2 (dengan jersi away yg cun itu) bolehlah aku berbangga & mendakwa spain memang pilihan aku sejak awal sebagai juara world cup 2010...ha ha
jadi baju raya aku tahun ni, tak salah rasanya kalau aku pakai jersi spain itu...!

~ si pengangkut sampah ~

Jul 14, 2010


tidak ramai yg ambil peduli pasal pengutip sampah atau pengangkut sampah.
maksud aku pengutip sampah 'bertauliah', seperti pekerja majlis bandaran, kontraktor sampah atau pekerja alam flora.

kerja mereka hari-hari membersihkan sampah sarap & mengangkut sampah yg dilonggokkan atau kerap kalinya ditinggalkan bersepah atau dicampak begitu saja. bukan di dalam tong sampah yg disediakan tetapi di tepi tong atau kelilingnya.

bila pengangkut sampah 2-3 hari atau mungkin seminggu, tak datang, makanya menggununglah sampah di situ. belum diambil kira baunya lagi. maka mulalah ramai yg komplen. pemungut sampah tak buat kerja. pemungut sampah tak buat kerja, malas, makan gaji buta! PBT pun tak ambik tindakan, tak turun padang, makan rasuah...macam-macamla yg dipertuduhkan.

bagi yg tinggal di kawasan perumahan yg memang disediakan tong sampah secara individu pun begitu. pakai longgok aje. gunalah bekas sampah atau plastik sampah, itu pun nak berkira sangat.

di tempat aku tinggal ni, pemungut sampah sangat efisien. selang sehari, mereka akan datang angkut. dulu mereka datang angkut dengan lori sampah sekitar jam 9:00 pagi. lepas tu sedikit awal. lama-kelamaan sekarang ni, semakin awal. lebih tepat lagi waktu subuh. aku pernah terserempak dengan pengangkut sampah di tempat aku, pada suatu hari. aku tanyakan kenapa semakin awal mereka bekerja sekarang ini. jawapannya, sekarang ni semakin banyak kawasan perumahan baru, makin banyak rumah yg perlu didatangi, sedangkan lori sampah & pekerjanya tak banyak bertambah. jadi mereka terpaksa keluar awal bekerja untuk menjalankan kerja menjangkaui luas kawasan yg semakin besar untuk 'diservis'. kalau mereka tak buat begitu, orang awam komplen & tender atau kontrak syarikat pemungut sampah akan ditamatkan atau ditarik balik. mahu tak mahu, mereka perlu berusaha lebih, caranya mula bekerja seawal pagi.

pernah tak kita terfikir, setiap kali membuang sampah, ada orang lain yg akan memungutnya untuk kita? adakah kita hanya akan berkata...."alaah...itu kan memang dah kerja mereka!"

~ hujung dunia ~


...nelayan tua itu
tak sempat mengemudikan
sampan baru
yang disiapkan
sehari selepas kepergiannya
ke hujung dunia
bersama sampan tua...

~ cuti rehat sebenar ~

Jul 13, 2010

Cuti kali ini antara yg terpanjang pernah aku ambil.
4 hari cuti campur cuti hujung minggu. hampir seminggu lamanya.
berkebetulan puncak kejohanan bola sepak piala dunia peringkat semi final & final.
tidak ada satu minit pun tertinggal, meskipun terpaksa berjaga antara 2:30 - 5:00 pagi.
cuti kali ini lebih kepada cuti lepas geram.
bukan cuti yg dirancang seperti yg aku nyatakan dalam entri sebelum ini.
buat pertama kalinya dalam tempoh bertahun-tahun pada cuti kali ini, aku langsung tidak menyentuh walau satu muka surat sekalipun berkaitan kerja mahupun manuskrip yg sedang aku tangani. walaupun ada niat untuk berbuat demikian. memandangkan kerja yg tertunggak dan berlambak yg perlu aku bereskan. malah turut sama aku bawa pulang.
aku sendiri terkejut bila 'mampu' berbuat begitu.
cuti kali ini aku habiskan dengan berehat, berehat dan berehat sepenuhnya.
aku lontarkan jauh-jauh soal kerja. sesuatu yg jarang sekali aku lakukan sebelum ini.
aku habiskan waktu dengan menonton tv, melayari internet, memasak (ya...memasak di sini maksudnya masak nasi, goreng telur, goreng ikan kering...he he), mengecat beberapa bahagian rumah, mengemas rumah, tidur pada waktu siang hari atau apa saja aktiviti ringan untuk menghilangkan kebosanan.
lebih mengejutkan aku, cuti kali ini hampir 80% aku habiskan di rumah sahaja. Anehnya aku langsung tidak berasa bosan, malah kalau boleh hendak menyambung lagi cuti.
entah bila lagi, aku dapat berasa cuti senikmat kali ini...!

~ terlebih bayar ~

Jul 12, 2010

Oleh sebab aku & wifey bekerja, jadi anak-anak ditinggalkan di nurseri. Sekarang ni sebab semua mereka dah bersekolah, sebenarnya mereka cuma transit sahaja di situ. Maknanya, pagi-pagi mereka naik bas ke sekolah. Pulang dari bersekolah pagi, mereka perlu menghadiri sekolah agama pada waktu petang. Jadi pada waktu tengah hari, mereka tidak akan pulang ke rumah, sebaliknya akan terus ke nurseri. Di situlah mereka makan, mandi & tukar pakaian. Biasanya wifey akan hantar pakaian & beg sekolah ke nurseri itu setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Itulah rutin harian mereka. Ertinya mereka hanya berada di nursery sekitar satu atau 2 jam saja sehari. Bayaran dikenakan mengikut kepala, umur, & tempoh lama mereka ditinggalkan di nurseri. Perkara ini baru aku ketahui, hujung bulan lepas.

Tahun lalu, erin belum bersekolah. Jadi jumlah bayaran bulanan yg dikenakan untuk mereka sedikit tinggi. Pada setiap hujung bulan, pengurusan nurseri akan memberikan sekeping kad sebagai peringatan kepada ibu bapa untuk membayar yuran bulanan. Bayaran yg dikenakan tahun lepas ialah rm350. Jadi setiap hujung bulan aku akan kepilkan duit sejumlah rm350 pada kad tersebut untuk bayaran. Biasanya setiap hujung bulan wifey akan membuat bayaran tersebut.

Amalan yg sama diteruskan seperti tahun lepas. Setiap hujung bulan bila menerima kad tersebut aku akan kepilkan duit untuk dibayar oleh wifey. Sebenarnya wifey tidak pernah mengira sama ada duit tersebut cukup atau tidak. Padanya kalau tidak ada sebarang komplen daripada pihak nurseri, bahawa jumlah bayaran tersebut tentulah tepat. Aku juga berfikiran sama.

Sehinggalah pada hujung bulan lepas, salah seorang pekerja, memulangkan baki wang bayaran bulanan yg dikatakan terlebih bayar. Wifey memaklumkannya padaku. Pada perkiraanku, mungkin aku tersilap kira. Alangkah terkejutnya aku, bila wifey menyatakan yg bayaran bulanan sebenar ialah rm300. Sebab sebenarnya, sejak 6 bulan lepas aku mengepilkan wang sejumlah rm350 pada kad tersebut. Maknanya aku sudah terlbih bayar utk 6 bulan pertama tahun ini. Puncanya aku menjangkakan bayaran tersebut adalah sama seperti tahun lepas. Sedangkan jumlah bayaran sebenarnya sudah dikurangkan kepada rm300 pada tahun ini, memandangkan umur, tempoh waktu mereka di nurseri sudah berkurangan & ketiga-tiga mereka cuma dicaj sebagai transit.

Herannya selama 6 bulan yg lepas tidak ada sebarang maklum balas daripada pekerja atau tuan punya nurseri mengatakan yg kami sudah membuat lebihan bayaran. Silap aku juga tidak bertanyakan jumlah sebenar kerana menganggap ianya penerusan daripada tahun lepas (rm350). Wifey pula hanya membuat bayaran kerana menganggap aku sudah membuat kiraan yg tepat. Lebih-lebih lagi tiada sebarang maklum balas daripada pihak nurseri.

Aku mencadangkan supaya wifey menjelaskan apa yg berlaku pada pihak nurseri. Tetapi wifey hanya mengatakan biarkan sajalah. Anggaplah itu bukan rezeki kami. Lagipun silap kami juga yg cuai & sikap take for granted perihal jumlah duit itu. Tapi soalnya, bagaimana pula sikap pekerja atau tuan punya nurseri yg tidak jujur yg tidak mengembalikan wang yg terlebih bayar? Bukan sekali dua tetapi sudah 6 kali. Mujur ada seorang pekerja yg lebih jujur & cermat mengira jumlah sebenar (rm300). Kalau tidak sudah tentunya, aku terus-terusan membayar duit lebihan yg tidak sepatutnya dibayar!

World Cup 2010 - Spain


champion - spain
golden ball - diego forlan
golden boot - thomas mueller
golden glove - iker casillas

~ tukang cuci kipas ~

Jul 9, 2010

Hampir setiap rumah ada kipas angin. Fungsinya semua tahu, untuk mengurangkan kepanasan dalam ruang atau bilik. Tentunya rasa kurang selesa duduk dalam ruang tertutup tanpa kipas. Rasa rimas, berbahang, udara seakan tepu, terkurung. Betul, trend sekarang ramai yg guna air-cond. Tetapi tak semua mampu. Membelinya satu hal, membayar bil elektrik bulanan, satu hal lagi. Perlukan upah maintanence bila dah guna lama.
Jadi masih ramai yg guna kipas, murah & jimat.

Tapi apa saja barangan yg kita gunakan, perlu dijaga. Kipas yg sentiasa berpusing, memerangkap habuk pada bilah-bilahnya. Terutama kipas siling. Agak formal pulak penerangan yg aku buat ni. Ok. Dipendekkan mukadimahnya. Aku cuma nak tanya, siapa yg perlu bersihkan kipas di rumah?

Setiap kali kita berkunjung ke rumah sedara-mara, kawan-kawan, rakan sekerja atau kenalan, kipas mereka sentiasa berpusing. Jadi kita tak boleh nak mengagak, sama ada kipas tu bersih. Atau sudah berapa lama tidak dibersihkan. Atau berapa cm tebal habuk pada bilahnya. Haa, kalau mahu, suruhlah tuan rumah, matikan suis kipasnya, dan dari situ kita bolah agak sudah berapa lama ia tidak dicuci. Selain tu, kita juga boleh ukur, rajin tidaknya tuan rumah itu. Tapi, mustahil kita akan buat begitu bukan…?

Jadi, siapa gerangan yg ‘bertanggungjawab’ mencuci kipas di rumah? Di rumah aku, akulah orangnya. Tak perlu disuruh, setiap sebulan sekali bila hujung minggu, aku akan mencucinya. Kadang-kadang setebal 2cm habuk yg melekat pada bilah kipas siling. Nak cuci kipas siling kena panjat tangga, atau guna kerusi tinggi. Ada risiko, boleh terjatuh, jika tak berhati-hati. Jadi aku tak mahu anak-anak kecilku mengerjakannya. Aku jugak tak tergamak nak suruh wifey, panjat tangga & cuci kipas. Boleh saja, gunakan penyapu sawang. Tapi persekitaran akan berhabuk, dua kali kerja. Lagipun, tidak bersih sepenuhnya.

Ini perkara asas. Tapi tak ramai yg rajin melakukannya. Ia sebenarnya menggambarkan sikap kita pada kebersihan ruang persekitaran rumah kita. Kebersihan yg perlu dijaga. Di samping mewakili penampilan kebersihan kita di mata orang lain atau tetamu yg datang. Rajin atau tidaknya kita memelihara rumah. Iyalah, apa jadi bila ada tetamu datang ke rumah, sedang mereka menikmati hidangan, tiba-tiba habuk daripada kipas angin terjatuh ke dalam gelas minuman mereka, atau dalam mangkuk mee sup mereka, atau pinggan nasi mereka…tak ke haru…!

++++++

Entri ini aku tulis sebaik selesai mencuci kipas angin di rumah…he he

~ cas bateri ~

Jul 7, 2010

biasanya setiap kali aku ambik cuti yg sudah dirancang.setiap cuti yg aku ambik ada keutamaannya. dalam senarai teratas ialah perkiraan cuti sekolah. sebab biasanya aku tak selesa bercuti seorang diri.selain itu cuti untuk bereskan urusan tertentu yg memerlukan aku mengambil cuti.tapi cuti kali ini aku ambik tanpa sebarang perancangan.aku sendiri tak pasti kenapa aku ambik cuti kali ini. 3 hari pulak tu...yg nyatanya, bila aku imbas kembali, cuti kali ini dipengaruhi emosi.ekoran keputusan mesyuarat pada 11 jun lalu, masih berbekas. memberi kesan mendalam pada fikiranku. hingga sedikit menjejaskan urusan kerja.tumpuan kerja juga sedikit hilang fokus. sampai begitu sekali kesannya.jadi cuti ini aku ambil tanpa sebarang tujuan. semata-mata kerana mahu bercuti. mahu cas semula bateri. mahu buangkan kesan negatif, kalau tidak semua pun, mungkin sebahagiannya. mujur ada rakan sekerja yg ambik berat. malah meminjamkan komputer ribanya utk aku gunakan sepanjang cuti ini...

~ anugerah ~

Jul 6, 2010

secara tidak rasmi, buku yg aku tangani memenangi satu lagi anugerah.
anugerah yg ke-8. enam daripada anugerah tersebut datang daripada pengarang yg sama.
ada anugerah yg sekadar anugerah.
maksudnya sekadar pemberian sijil.
ada jugak yg disertakan sejumlah kecil wang.
tetapi sebahagian anugerah itu disertakan dengan sejumlah wang yg besar juga. mencecah puluhan ribu ringgit.
adalah jugak dapat tempias. pengarang belanja makan-makan.
tapi yg yang pernah menang 5 (+1) anugerah itu, langsung tidak pernah berbuat begitu. usahkan berkongsi kejayaannya, apa lagi belanja makan, ucapan terima kasih pun tidak.
tidak. aku tidak sesekali mengungkit-ungkit, itu haknya.
cukuplah rasa bangga dan tumpang gembira atas kejayaan mereka.
sekurang-kurangnya sumbangan aku turut membantu mereka memenangi anugerah tersebut sekalipun sekadar sekelumit saja...

~ mesin basuh ~

Jul 5, 2010

aku tergelak besar bila melihat anak-anakku membasuh pakaian mereka.
mereka memang tak pernah basuh pakaian sendiri.
lagi pula, mereka masih kecik lagi. jangan pula ada yg ingat aku mendera mereka.
sebenarnya kali ini mereka buat secara sukarela. dengan niat ikhlas.

puncanya, mesin basuh rosak.

sejak dua tiga hari ni, wifey merungut terpaksa basuh baju secara manual. bukan tak pernah buat. tapi dah terbiasa guna mesin basuh. sumbat dalam mesin. masukkan sabun. putar hingga separuh kering, kemudian sidai...

entah apa halnya, mesin basuh meragam. tak mahu berputar. mungkin dah letih melayan kami yg asyik menyumbatkan pakaian busuk ke perutnya. nak dikatakan hayatnya sudah lama, tidak juga. baru sekitar 3-4 tahun. tak tahulah, memang aku tahu, wifey sentiasa 'mengerjakannya' secara intensif. tiap-tiap hari mesin basuh itu bekerja.

kesian melihatkan wifey yg terpaksa membasuh guna cara basuhan tangan, aku pun mencadangkan supaya setiap orang membasuh pakaian masing-masing secara berseloroh. tetapi anak-anakku nampaknya ambik serius. mungkin jugak berasa seronok dan teruja sebab tak pernah basuh pakaian sendiri...ha ha.

jadi semasa ketiga-tiga mereka masuk ke bilik air, kecoh bunyinya. rupa-rupanya mereka bertekak cara yg paling sesuai untuk membasuh pakaian. aku pun mengintai...tanpa mereka sedar.

*******

mereka masukkan pakaian dalam baldi.
isikan air. masukkan sabun.
putarkan air berisi pakaian dengan memasukkan tangan ke dalam baldi. putar.
mereka bergilir-gilir berbuat begitu....
mereka berhenti, hanya apabila terdengar ketawa besarku dari belakang pintu bilik air...!

~ yang remeh dan yang temeh ~

Jul 2, 2010

banyak perkara yg kita anggap remeh sebab tahu ada orang lain yg akan buat.
rumput yg panjang di belakang rumah akan dipotong oleh kontraktor pemotong rumput.
bila longkang tersumbat, jiran-jiran kita akan laporkan pada majlis bandaran atau pemaju perumahan untuk dibersihkan.

sampah yg kita dilonggokkan dalam tong sampah akan diangkut oleh lori sampah, alam flora atau kontraktor sampah. kadang-kadang ada yg longgok tilam buruk & sofa lama untuk diangkut. susah-susah kita bakar aje...!

lampu isyarat di persimpangan yg rosak, pastinya lambat laun akan dibetulkan. lagipun, pada tiang lampu isyarat ada dilekatkan no. aduan untuk dihubungi. pastilah akan ada orang yg setiap hari guna jalan itu akan melaporkannya. biarlah ada satu dua kemalangan di situ (dan bukan kita yg terbabit) lagi cepat ianya akan dibaiki.

ada banyak lagi perkara yg kita anggap remeh. tak buat pun tak mendatangkan kesan pada kita. sebab akan ada orang baik-baik, yg prihatin, yg kaki mengadu, yg memang kerja mereka, yg sanggup buat kerana niat fardu kifayah - akan buat semua itu.

tahu tak siapa yg tutup suis lampu yg terpasang di luar premis ofis atau kaki lima ofis kita setiap hari? memanglah kebanyakan suis lampu sekarang dah guna timer. aku cuma nak katakan di sekitar ofis aku ni masih gunakan cara manual. jadi perlu ada seseorang yg perlu menutup suis lampu.
pasti akan ada yg beranggapan, itu bukan tugas mereka.
habis tu tugas siapa? sekuriti la. sebab mereka yg hidupkan suis...mereka (atau rakan sekerja) yg bertugas syif malam. tapi setahu aku, tugas sekuriti mengawal keselamatan premis, bukan penjaga suis lampu...
soalnya...siapa yg akan menutup suis itu di waktu siang? sekuriti jugak?

******

hampir setiap hari, aku adalah orang yg terawal sampai di ofis. jadi hampir setiap hari juga, akulah yg menutup suis lampu di koridor premis ofis ni. mungkin pada hari lain, sekuriti sudah menutup suis tersebut. makanya, setiap kali aku datang sedikit lewat, sebab tersangkut jalan sesak, atau singgah sarapan dulu - aku akan dapati lampu masih terpasang. sebab apa?
- sebab orang lain anggapnya sebagai perkara remeh. pasti akan ada orang lain [dlm kes ini - aku] yg akan menutup suis berkenaan...!

Turun padang

Jul 1, 2010

rakyat suka pemimpin yg turun padang. bersama-sama mereka. jangan ada jurang antara mereka. rakyat akan rasa rapat dan dihargai pemimpin mereka. mereka jugak mahu pemimpin yg mesra rakyat. dengan mengamalkan aktiviti turun padang, banyak maklum balas yg dapat dikumpul. banyak maklumat yg dapat dikutip. mereka akan lebih menghormati pemimpin yg tahu hormatkan mereka.
respek. cakap serupa bikin. mudah didampingi. itulah ciri pemimpin yg disenangi...

boss di pejabat juga perlu turun padang. sebab dia berperanan sebagai pemimpin. bukan hanya duk terperuk dalam pejabatnya. atau lebih mesra dengan 'orang luar' berbanding staf di bawah mereka. jurang antara pekerja dengan boss perlu didekatkan. jangan hanya tunggu meeting baru nak dapatkan maklum balas. jangan harapkan pegawai saja buat kerja. setakat bagi arahan saja tidak cukup. sama-samalah berikan input dan buat perancangan. ambil tahu masalah, kesukaran pekerja. kalau ada masalah timbul, ambillah pendekatan untuk mengatasinya bukan memburukkannya lagi dengan menyalahkan pekerja itu. sikit-sikit bagi surat tunjuk sebab. bawak berbincang dulu, tak boleh ke? kuasa digunakan untuk kompromi bukan untuk buat keputusan satu hala.

jadi, selalulah turun padang...