~ sms daripada tan sri ~
Oct 31, 2010
sms berbunyi "asalamualaikum. apa khabar datuk, sihat?"
nombor tak dikenali.
siapa gerangannya.
adakah sekadar gurauan daripada kawan lama.
atau sekadar tersalah nombor.
selepas berfikir sejenak
aku balas sms itu "waalaikumsalam. khabar baik. tan sri sihat tak?"
sms itu tidak berbalas atau berjawab.
~ eksiden yang sengaja ditempah ~
Oct 29, 2010
aku sudah menjangkakan akan berlaku kesesakan lebih daripada hari-hari biasa.
tetapi tidaklah seteruk yg aku jangka seperti pagi ini.
berlaku kemalangan yg mengganggu perjalanan. di lebuh raya sg besi. betul-betul di bawah lebuh raya nkve bkt jalil-ulu klang.
sebuah lori terbalik di kanan. manakala sebuah van tergolek dalam parit di sebelah kiri.
lori yg terbalik itu menutup laluan dua daripada tiga lorong.
sekali lagi, lori memandu di lorong paling laju. ape kejadah.
melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya lalu terbalik.
sekali lagi punca kemalangan disebabkan sikap pemandu dan memandu dalam kelajuan tinggi.
had kelajuan di lebuh raya sg besi ialah 80km/j sahaja.
tapi sepanjang memandu melaluinya, hampir 70-80% pemandu tidak mematuhinya. termasuklah kenderaan berat seperti lori dan bas.
bila dah terjadi kemalangan, bukan sahaja menyusahkan diri tetapi juga pengguna yg lain.
~ cerdik tak boleh diikut ~
Oct 28, 2010
mana perginya nilai insani? bukankah manusia punya hati, ada perasaan, mengalami sakit pening. ada keluarga perlu difikirkan, ada masa depan yg perlu dirancang, ada dunia lain dalam kehidupannya selain daripada bekerja. manusia bukanlah robot. bukan mesin. manusia adalah makhluk bernyawa.
logikkah kalau setiap pekerjaan yg dilakukan disama tarafkan dengan setiap sen wang ringgit yg digajikan atau diupah kepada kita. tidakkah gila menyamakan kerja yg lebih sukar, menuntut kemampuan ilmu & kemahiran yg dibina bertahun-tahun dengan kerja berasaskan mekanikal. samakah darjah kesukaran kerja harian menaip surat dengan kerja menjalankan mesin pencetak atau kerja editing?
bayangkan situasi ini.
kita bekerja di sebuah kompeni penerbitan. sebagai editor. buku yg dihasilkan ialah buku akademik, bukan komik, bukan buku kanak-kanak atau novel atau majalah picisan. maknanya buku yg dihasilkan adalah dijamin mutunya, perlu melalui proses penerbitan yg rinci, editing yg hati-hati dan penuh teliti. karya yg ditangani dihasilkan bijak pandai atau ilmuwan dalam bidangnya. ditulis oleh mereka yg bertaraf profesor. atau mereka yg berkelulusan PhD. ataupun diangkat melalui tesis/disertasi yg sudah melalui pelbagai peringkat penilaian pakar. bukan calang-calang hasil kajian atau penyelidikan.
katalah gaji yg diberi rm5,000 sebulan. untuk menjustifikasikan gaji bulanan itu, perkiraan yg dibuat ialah upah mengedit ialah rm6 sehalaman. jadi, kita perlu mengedit 50 halaman sehari. kalau buku setebal 200 halaman ianya perlu disiapkan dalam masa 4 hari. mudah bukan?
jadi kenapakah si bijak pandai itu tadi mengambil pendekatan logik atau mengukur hasil kerja berdasarkan perkiraan material.
~ gunung merapi dah nak meletup ~
Oct 26, 2010
hari ni, dia kata esok.
esok, dia kata lusa.
habis...sampai bila pun tak berkesudahan.
bila 'bola' dalam gelanggang kita, berpuluh kali sekejap dia bertanya. sampai kita dalam bilik air pun dia telefon. tak menyempat-nyempat.
bila bola kita dah pass balik ke gelanggang dia, dia simpan pulak. perap. kalau labu peram boleh jugak dapat hasilnya. kalau labu buah, tentunya jadi busuk.
ok lah. kalau dia nak main game, aku pun boleh main game. ikut rentak dia. kita tengok siapa punya strategi & taktikal yang menjadi.
kalau kalah nanti, jangan pulak bagi alasan yg bukan-bukan.
rumput di padang panjang sangat, dah lama tak potong.
penonton disekat daripada bawak mercun, takde mercun tak meriah.
coach kena gantung 6 bulan.
pemain sedia ada dalam team tak cukup bagus, kena beli pemain world class baru nak re-new kontrak, "kalau tidak gua blah, kalau nak gua stay, gaji kasi up sikit...!"
bubuh la apa alasan sekali pun. kalau asyik bertunda, takde orang nak percaya dah.
janji lah bulan bintang sekali pun, aku tak ingin lagi dah...
salesman pun ada bakat jadi lawyer.
apa nak diherankan.
dua-dua kaki belit...!
~ makan bola ~
~ clock ring ~
Oct 22, 2010
~ segalanya mungkin . . . ~
Oct 21, 2010
~ resensi 23 ~
Oct 20, 2010
~ 20.10.2010 ~
sekali lagi sebagai catatan sebahagian sejarah yg dilalui dalam kehidupan ini.
untuk catatan diri ini, macam biasa.
kembali bekerja selepas bercuti rehat.
kembali bertugas dengan meja berserabut, kepala berserabut...
tapi tak ramai pulak yg nikah kahwin hari ini, tak macam tarikh 10.10.10 tempoh hari...!
- yalal chin sudah tiada -
Oct 18, 2010
tetapi kenal jugaklah pelakonnya. sebab wifey memang peminat setia drama melayu.
kadang-kadang aku ikut tonton bersama sesekali.
yala chin pelakon yg agak veteran. bukanlah aku peminat setianya.
jadi, apa kaitannya dengan aku...?
sabtu lepas aku tonton dalam berita yg dramatis yalal chin sudah meninggal dunia.
secara peribadi aku beberapa kali terserempak dengannya.
terutama di kedai mamak berhampiran rumahku.
kebetulan setiap hujung minggu aku akan bersarapan dengan famili di kedai mamak.
kerap jugak aku ternampak kelibat yalal chin di situ.
biasanya dia akan minum & makan seorang diri. duduk di meja sambil membaca akhbar.
dia kelihatannya 'low profile' dalam dunianya tersendiri.
dalam bulan puasa tempoh hari aku, ada juga terserempak beberapa kali dengannya di bazar`ramadhan. seorang diri jugak.
aku percaya yg dia tinggal di kawasan perumahan yg sama denganku. atau setidak-tidaknya dalam lingkungan berhampiran.
ya, kini yalal chin sudah tiada. pastinya aku tidak akan melihat kelibatnya di kedai mamak macam selalu.
al-fatehah.
- kerja dalam cuti -
melangsaikan cuti yg tertangguh sejak raya dulu.
meskipun sejak tempoh itu ada staf yg bersuti panjang semasa raya sudah bercuti lagi.
tak mengapalah 'i really need a break'.
cuti 5 hari termasuk sabtu, ahad, sedikit melegakan stres.
walaupun sebenarnya tidak cukup, itu sajalah yg mampu.
tidak ke mana-manapun sepanjang cuti ini.
sekadar berehat di rumah.
seperti biasa...dalam tempoh cuti begini ada saja panggilan telefon yg diterima.
terutama berkaitan hal kerja. daripada pengarang.
hendak dilayan salah, tidak dilayan salah.
tak dijawab salah, tidak dijawab kot ada hal yg penting.
sudahnya hal kerja turut termasuk dalam agenda cuti.
sukar sekali 'menjauhkan' atau 'memutuskan' diri akan hal yg berkait dengan kerja.
hendak kumatikan saja telefon sepanjang cuti ini, tapi tak sampai hati.
tak mengapalah, aku iklhlas, itu yg penting...
- itu dulu, ini sekarang -
Oct 15, 2010
~ cakap salah, tak cakap salah... ~
Oct 14, 2010
~ gula-gula atau guna-guna ~
Oct 13, 2010
aku lebih faham ianya digunakan dalam istilah sukan terutama bola sepak.
biasanya bukan pemain regular atau bukan key player dalam posisi sama yg hanya menggantikan mereka jika tercedera, digantung permainan, atau masuk sebagai pemain gantian. dengan jangkaan pada masa depan secara beransur-ansur akan menggantikan atau mengambil alih peranan key player atau regular itu.
tapi dalam istilah pengurusan atau pentadbiran, aku kurang pasti sama ada istilah itu boleh diguna pakai. atau sekadar gula-gula untuk menyedapkan mulut. lainnlah kalau kompeni itu milik keluarga. si ayah atau tuan punya kompeni boleh menjadikan anaknya atau orang kepercayaannya sebagai understudy. bila dia sudah bersara atau mahu berundur maka bolehlah diambil alih kemudiannya.
kalau di sesebuah organisasi atau institusi, ada banyak peringkat pentadbiran. bagaimana pulak seorang boss mahu meletakkan seorang pegawai sahaja berbanding ramai pegawai lain sebagai understudynya. lagipun jarak kuasa atau jurang jawatan antara si boss dengan pegawainya begitu jauh sekali. sedangkan boss itu juga perlu melapor atau di bawah arahan boss yg lebih besar yg berada di atasnya. boss itu jugak hanya makan gaji seperti mana staf understudy itu. bukan dia yg membayar gaji. lagi pula apa jaminan yg understudy itu akan menggantikannya sebaik saja dia melepaskan jawatan itu kelak. tidakkah kuasa melantik dipegang oleh pihak yg lebih atas daripadanya?
sekali terkena, dua kali serik...
~ alamak, lagi sekali... ~
Oct 12, 2010
tapi kalau dah berkali-kali mungkin akan terfikir dalam benak, ada betulnya.
petang semalam seorang jurujual kereta yg aku kenali beberapa tahun dulu menghubungiku. aku tak sangka pulak dia masih menyimpan no. telefonku. amalan kebiasaan salesman, agaknya. ketika itu aku berura-ura nak beli kereta baru menggantikan kereta yg aku pakai sekarang. oleh sebab pada ketika itu tidaklah mendesak sangat & bajet pun sedikit 'terkucil' aku tak meneruskan hasrat itu.
dalam perbualan itu dia menawarkan nilai trade-in kereta yg menarik, interest yg rendah malah kereta baru yg ready stock tidak perlu menunggu lama selepas diorder. lagi pula beberapa keistimewaan lain seperti pakej servis percuma, body kit & baucer tinted turut ditawarkan. aku mula memasang angan-angan untuk menukar kepada kereta baru. aku berjanji padanya untuk berfikir semula & berbincang dengan wifey akan kemungkinan itu.
dalam perjalanan pulang ke rumah dari ofis, ada sesuatu bunyi benda 'tertanggal' daripada kereta aku. bimbang berlaku perkara tak diingini atau rosak di tengah jalan, aku pun memberhentikan kereta di tepi jalan. meninjau di dalam bonet depan & di bawah kereta. rupa-rupanya plat depan kereta aku tertanggal. aku kemudiannya singgah di kedai aksesori berhampiran rumahku utk menggantikannya.
aku mula terfikir adakah kejadian itu sekali lagi berpunca dpd kereta yg 'merajuk' kerana tahu taunnya hendak menjualnya.
pagi tadi aku ke ofis macam biasa. takda sebarang masalah. sehinggalah di tempat parking apabila tiba-tiba hon kereta berbunyi tak semena-mena. tanpa henti. aku naik heran sedangkan aku tidak pun menekan hon. sehinggalah enjin kereta dimatikan. apabila enjin kereta dihiduplan semula, hon kembali berbunyi bising tanpa henti. jadi, aku bercadang untuk keluar tengah hari ni, untuk membaikinya. dan yg pasti duit juga perlu keluar...!
sekali lagi, apakah sekadar kebetulan?
~ lagu lama ~
Oct 11, 2010
tetapi kalau lagu itu saja yg asyik diputar, boleh jadi muak.
kalau terus jugak dimainkan, boleh termuntah dibuatnya.
kalau aku seorang yg berpendapat begitu, mungkin persepsi aku salah. tapi kalau hampir semua punya pendapat yg sama nyatalah aku tidak silap.
dari setahun jadi dua, dari dua jadi tiga dari tiga sambung kepada empat dan mungkin lima.
katalah apa saja alasannya, sebagai justifikasi.
teruskan saja. kalau itu yg dimahukan, apa perlunya untuk berdolak-dalik.
kalau tak mahu, undur diri dengan terhormat.
10.10.10
Oct 10, 2010
hari ni hari ahad, hari bersantai, hari bermalas-malasan.
sengaja nak menjadi sebahagian sejarah pernah melalui tarikh keramat 10.10.10.
hari yg biasa bagi kita sebagai orang biasa.
mungkin hari bersejarah buat orang lain.
hari perkahwinan misalnya buat angkasawan syeikh mudzaphar shukor.
~ cakap politik & silaturahim ~
Oct 8, 2010
ada trend baru kat negara kita. bila pilihan raya lepas pembangkang menang besar. sebab mereka kata nak tubuh kerajaan baru yg junjung aspirasi rakyat. kerajaan yg ada sekarang tak boleh pakai dah. lemah, banyak rasuah, lebihkan kroni, salah guna kuasa. kalau mereka pegang kerajaan nanti, nasib rakyat akan terbela. harga barang turun, cukai turun, tol dilupus...semua benda baik je yg diorang janji.
aku selalu cakap aku tak minat politik. tapi aku tetap ambik tau perkembangannya. aku jugak selalu cakap "bila belum ada kuasa macam tu la. bila ada kuasa nanti, diorang pun buat benda sama jugak..."
tanda-tanda tu dah mula nampak sekarang...
alah politik. sama je!
2.
bila buat majlis je, alasannya nak eratkan silaturahim. asal buat acara je, asasnya nak pupuk silaturahim.
buat majlis sambut tahun baru dengan bakar mercun sambil bbq pun sebab nak erat silaturahim jugak.
poco-poco setiap malam rabu pun sebab nak kuatkan silaturahim. siapa yg tak nak join tu, akan putus silaturahim, tak baik.
kaum ibu berlonggok petang-petang tepi padang permainan sambil bawak stroller anak-anak, berborak sambil mengumpat sampai azan maghrib tak sedar pun, sebab kita ni hidup berjiran kena campur orang nanti jadi kera sumbang. kena jalin silaturahim.
tujuan nak buat majlis jamuan raya sebab nak eratkan lagi silaturahim. walaupun hampir setiap rumah dah buat open house, jiran yg sama jugak datang. kena bayar rm30. sapa tak ikut serta & tak bayar maknanya tak ikut semangat silaturahim. majlis diisi dengan makan, makan dan makan.
~ kisah 3 rumah, 3 beradik ~
Oct 7, 2010
masa berlalu. ketua keluarga itu pun sudah meninggal dunia. manakala, 3 orang anak perempuannya, demi mematuhi kehendak wasiat mendirikan rumah masing-masing berdekatan. mengikut adat perpatih, anak perempuan yg bongsu diberikan rumah pusaka. memandangkan rumah pusaka yg diwarisinya sudah uzur, maka dia & anak-anaknya kemudian mendirikan rumah yg baru pada tapak rumah pusaka yg asal. manakala dua kakaknya yg lain mendirikan rumah berhampiran agak lewat kemudiannya pada usia lanjut memandangkan mengikut suami mereka yg bekerja di perantauan. duduklah ketiga-tiga anak perempuan itu di rumah yg berjiran antara satu sama lain menghabiskan sisa usia mereka.
masa terus berlalu. dua orang kakak itu pergi menghadap illahi. tinggallah yg bongsu tadi masih mendiami rumah di situ. manakala rumah yg dua lagi diwarisi oleh anak-anak generasi kedua. kemudian, anak kakak yg paling tua berhijrah ke tempat lain meninggalkan rumah itu kosong. ada beberapa kali ia disewakan. manakala anak perempuan yg bongsu tadi pula kemudiannya tidak lagi tinggal di situ kerana mengikut untuk tinggal bersama salah seorang anaknya yg bekerja di tempat lain. pada awalnya bertujuan sementara untuk menjaga cucu yg masih kecil, tetapi kemudiannya dia hanya pulang sekali sekala sahaja terutama pada hari raya.
hari ini, maknanya dua rumah daripada tiga itu, dibiarkan kosong tanpa penghuni. malah dibiarkan usang begitu saja tanpa sesiapa pun melawatnya, apatah lagi untuk memeliharanya. tinggallah sebuah rumah saja yg berpenghuni. penghuni rumah yg satu itu, dalam dilema kerana dua rumah yg ditinggalkan itu menjadi rumah tinggal yg menanti rebah. malah kini menjadi sarang binatang liar spt tikus, lipas, anai-anai, semut mungkin juga ular untuk bersarang. bukannya waris kedua-dua rumah tersebut (anak perempuan bongsu itu masih lagi hidup) tidak tahu keadaan sebenarnya tapi seolah-olah langsung tidak ambil kesah atau mempedulikannya.
kalau tidak mahu lagi tinggal di situ, mengapa tidak dirobohkan saja? atau ada agenda lain supaya 'warisan' atau 'tanah pusaka' itu dapat dikekalkan dan tidak diambil alih orang lain?
wallahuaklam.
yg menjadi 'mangsa' ialah keluarga yg masih tinggal di situ. satu sahaja daripada 3 rumah yg berpenghuni. apa agaknya perasaan mereka. berkebetulan pula, 'orang itu' ialah kak lang, kakak aku. dan aku faham perasaannya. adakah 'pewaris' rumah yg dua lagi itu faham?
~ persepsi ~
Oct 6, 2010
khabar angin juga lebih mudah dipercayai.
dalam penulisan laporan berita juga kerap disampaikan atau dipetik 'daripada sumber yg dipercayai', 'daripada sumber yg rapat', 'daripada sumber dalaman'.
tanpa menyatakan siapa gerangannya,
itu jugak sebenarnya mempengaruhi persepsi atau khabar angin yg layak dipercayai dan cenderung ke arah yg 'memang benar-benar berlaku'.
kalau dalam bidang hiburan, ianya disebut gosip. peminat hiburan memang suka membaca gosip & lebih daripada itu sangat 'percaya' akan gosip. hinggakan gosip boleh menaikkan atau menjatuhkan seseorang artis.
begitu juga persepsi yg dicipta boleh menjatuhkan seseorang pemimpin politik.
bagaimana pula persepsi boss terhadap para stafnya?
kerap kali boss menilai dari segi prestasi kerja dan disiplin staf. tetapi dalam masa sama boss juga terpengaruh dengan persepsi. misalnya daripada aduan atau cakap-cakap staf yg 'dipercayainya'. ini memang benar-benar berlaku kerana boss biasanya sengaja mencipta 'jurang 'antaranya dengan staf di bawah. malah ada sesetengah boss di kompeni yg besar tidak mengenal stafnya sendiri. jadi boss ini bergantung pada maklum balas pihak ketiga dalam menilai stafnya. secara tidak langsung mencipta persepsi yg mungkin salah atau tidak tepat.
bagaimana pulak persepsi staf terhadap boss mereka?
~ cuti yg tertangguh ~
Oct 5, 2010
rehatkan minda. rehatkan badan. cas semula bateri.
aku memang bercadang untuk bercuti sekembalinya boss dpd 'bercuti'.
namun rancangan utk bercuti itu terpaksa ditangguhkan. kerana boss tiba-tiba memanjangkan cutinya.
situasinya sekrang, aku boleh meluluskan cuti staf lain, tapi aku sendiri tidak boleh bercuti.
kerja memang banyak, sampai tak menang tangan.
tapi kalau tunggu takde kerja, bila pun tak habis. jadi, sampai bila-bila pun tak boleh cuti.
produktiviti kerja aku sebenarnya sedikit terjejas.
minda aku sedikit kalut dan perlukan rehat.
masalahnya aku tak tahu sampai bila situasi ini akan berlarutan.
banyak keputusan yg aku ambil sebenarnya kalau ikut peraturan & etika memang tidak tepat.
tapi kalau keputusan tidak dibuat, kerja tidak boleh dijalankan.
aku cuma guna budi bicara. betul atau tidak, aku sendiri tak boleh menilainya.
aku tak punya sebarang kuasa pun.
kalaulah ada perkara berbangkit selepas ini, pandai-pandai akulah menjawabnya.
aku buat demi kompeni ni. tidak ada kepentingan lain.
aku benar-benar perlu rehat. perlu cuti sekarang...
sedangkan, adakah orang lain ambil peduli?
~ mak anjang sudah tiada ~
dia meninggalkan dunia fana ini apabila menghembuskan nafas terakhirnya jam 9 lebih pagi tadi.
berita itu sedikit mengejutkan kerana yg menderita sakit sejak beberapa tahun kebelakangan ialah pak anjang.
mendapat maklum berita pagi tadi ramai yg salah sangka. kerana mungkin tersilap orang.
tapi sudah disahkan yg pergi dulu ialah mak anjang. aku rapat dengan anak-anaknya (sepupuku) terutama nazri masa kecil dulu.
semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman di sisi Allah SWT.
al-fatehah.
~ alahai berita tv... ~
Oct 4, 2010
kalau laporan berita tertentu boleh disunting atau ditapis terlebih dahulu sebelum tersiar bagaimana pula mereka mengawas dari sudut bahasa?
tidak berapa lama dulu, ganti nama penjenayah diangkat sebagai 'beliau'.
penggunaan perkataan 'terbabit' yg berlebih-lebihan.
penggunaan bahasa 'baku' penyampai beritanya sehingga menyebut 'air' sebagai 'ayer', begitu juga nama tempat di luar negara & nama warga asing pun turut di'bakukan'.
baru-baru ini penggunaan penjodoh bilangan juga diketepikan. "penyelam tersebut menjumpai apa yg dipercayai satu gelang tangan" mengulas sebahagian berita kes bunuh jutawan kosmetik.
bukankah sudah ada penjodoh bilangan untuk gelang. seutas, misalnya.
"suspek memakai uniform penjara". bunyi satu laporan berita lain. bukankah uniform lebih sesuai diguna pakai oleh pasukan keselamatan atau penguatkuasa seperti polis atau tentera? kalau suspek memakai uniform, itu sudah kira catatan 'sejarah'.
aku bukanlah pakar bahasa. tetapi ayat atau laporan asas sebegitu sebenarnya menggambarkan laporan atau penulisan berita yg sambil lewa. ataupun penguasaan bahasa yg lemah. ditambah lagi langsung tidak ada yg menyuntingnya. lalu disampaikan kepada berjuta orang penonton. tidak guna melaung-laungkan stesen tv no. 1, siaran berita dengan rating tertinggi tetapi kalau bahasa pun jadi lintang pukang ianya jugak membawa keburukan & ketidakprihatinan berhubung soal bahasa.
tidak adakah pakar bahasa yg berani menegur? atau ahli akademik tidak ada yg menonton berita?
mungkin ada yg menegur tetapi tidak diendahkan. sebagaimana komen aku pada laman web stesen tv berkenaan sudah 3 kali tidak disiarkan. yg ada cuma komen yg memuji melambung....
~ orang lain pun tetamu juga ~
oleh sebab majlis dibuat pada hari jumaat, hari kerja, jadi majlisnya dipanjangkan dari sebelah petang hingga ke malam.
kami sampai ke sana kira-kira 8:30 mlm. dah banyak kereta diletakkan berhampiran rumahnya. tandanya sudah ramai orang pada majlis itu. sebaik masuk ke perkarangan rumah itu ternyata memang betul. lagi pula, ramai lagi tetamu lain yg mula datang serentak dengan kami. majlis jamuan disediakan di perkarangan rumah itu.
kerusi meja yg disediakan untuk tetamu agak terhad. malah dihadkan lagi dengan sikap sesetengah tetamu yg tidak berganjak walaupun sebenarnya sudah pun menikmati hidangan. aku katakan begitu, sebab tak kurang daripada 4-5 meja yg sebenarnya sudah selesai makan sebaliknya hanya duduk berbual kosong & 'menikmati' asap rokok tanpa menghiraukan tetamu lain yg baru datang & tercari-cari tempat duduk kosong.
takkanlah tuan rumah nak 'halau' mereka balik, tentunya tak manis & demi menghormati tetamu. mereka sendirilah sepatutnya faham & beredar pergi. atau sekurang-kurangnya ke tepi untuk memberi 'laluan' tetamu yg datang kemudian. mungkin ini perkara kecil & biasa bagi ramai orang tetapi sebenarnya menunjukkan sikap tak endah & mementingkan diri.
aku boleh makan sambil berdiri saja, takda masalah. cuma agak buruk tingkahnya. bagi kanak-kanak & yg perempuan, pastilah sukar untuk makan sambil berdiri. nak tak nak terpaksalah berdiri dengan makanan di pinggan sambil menunggu giliran meja kosong. menanti tetamu lain menamatkan borak-borak mereka, atau menghabiskan rokok yg mereka hisap.
oleh sebab tetamu makin ramai datang & peluang untuk 'berebut' tempat duduk semakin sukar, lalu aku dekati tuan rumah itu. sambil meminta izin untuk masuk ke rumah. maksudnya, makan di dalam sana. kawan itu memahami kesukaran tetamunya dan mengizinkannya. lalu kami pun masuk dengan membawa makanan, lalu makan sambil bersila dalam ruang tamu rumah. tindakan kami itu kemudiannya diikuti oleh tetamu yg lain. terutama famili yg datang dengan anak kecil. makanya, ruang makan tidak lagi terhad di perkarangan rumah tetapi juga dalam rumah...
keadaan itu bukanlah disebabkan salah tuan rumah, yg menjemput tetamu 'berlebihan'. tetapi
kalaulah tetamu lain tidak bersikap tak ambil peduli orang lain, ini tidak patut berlaku.
~ kira betul-betul, ya... ~
Oct 1, 2010
tujuan aku nak bayar ansuran kereta. urusan tu perlu dilakukan di kaunter. kalau tidak pastinya aku gunakan cara online atau mesin deposit tunai. sebaik mengambil nombor giliran, aku pun mengambil tempat di tempat duduk menunggu. sambil itu, mengeluarkan dompet dan duit. aku pun mengira-ngira jumlahnya. bayaran yg nak dibuat ialah rm575. jadi aku kirakan wang tunai nota rm50. jadi, rm600 aku kira. kemudian utk memastikan jumlah itu tepat & genap supaya tak terlebih dan terkurang, aku mengira sekali lagi. perlahan tapi pasti...he he.
ya, memang rm600 jumlahnya, tak syak lagi, muktamad.
tak berapa lama, no. giliran aku terpapar pada skrin. aku diarah ke kaunter no. 4. lalu aku melangkah yakin dan kemas. "selamat pagi..." sambut staf di kaunter, tersenyum. seorang lelaki berbaju melayu warna kuning air. aku menjawabnya sambil, tersenyum kembali. sambil menghulurkan slip dan duit tunai.
staf di kaunter sedikit berkerut dahinya. dia mengira duit yg ku hulur sekali secara manual. kemudian dikiranya sekali lagi, untuk mengesahkan kiraannya. maknanya sudah 4 kali jumlahnya dikira.
"terlebih banyak ni encik..." katanya sambil menghulurkan kembali 3 keping nota rm50.
maknanya rm150.
"eh...ye ke? saya dah kira dah tadi..."
"boleh buat belanja beli sate tu encik..." seloroh dan sampuk staf kaunter di sebelahnya, berbaju melayu warna hijau muda.
kami bertiga ketawa.
"kalau encik nak tengok saya kira lagi..." kata staf berbaju melayu kuning itu. sambil menggunakan mesin kiraan wang pulak kali ini. 12 keping nota rm50 = rm 600.
takkan mesin kiraan itu pun silap.
"nasib baik saya tak terbagi duit raya tadi..." gurau ku pada mereka. kami ketawa sekali lagi serentak.
sejurus urusan kaunter beres, aku mengucapkan terima kasih sekali lagi. heran jugak, bukan seringgit dua, atau sepuluh dua yg terlebih, tapi rm150...banyak tu. mungkin aku sedikit terkesima dengan baju melayu/baju kurung yg pelbagai warna di bank itu. mengira duit pun jadi tak betul. dalam hatiku berkata, jujur sekali staf kaunter tadi. dia boleh saja, mengambil lebihan wang tersebut. mengasingkannya ke tepi. tanpa pengetahuan atau syak daripada aku sebagai pelanggan. tapi dia tidak berbuat demikian. baik sekali hati budinya. kalaulah semua orang bersikap begitu...aman damai dunia ni.
~ kerja selekeh akan menyusahkan orang lain ~
anda dilantik sebagai pemangku ketua oleh boss anda sendiri yg mengambil cuti panjang atau tamat tempohnya sementara datang boss yg baru.
bagaimanapun yg menguruskan kelulusan itu ialah bahagian yg dikenali sbg HR.
boss anda itu perlu mengemukakan 'permohonan' untuk kelulusan agar anda dinamakan sebagai pemangku.
malangnya, HR mendapati di bawah 'peraturan' tertentu, permohonan tersebut telah ditolak. kerana anda tidak 'layak' memangku dalam tempoh tersebut berdasarkan 'peraturan' yang sudah ditetapkan. malahan dalam surat penolakan tersebut turut dinyatakan petikan 'peraturan' yg dirujuk itu.
masalahnya, boss anda sudah pun bercuti. anda yg dicadangkan sebagai untuk menjalankan tugasnya pula tidak dapat menjalankan fungsi sepenuhnya kerana terikat dengan 'peraturan' tersebut. jadi, tugasan yg anda jalankan agak terhad. 'kuasa' tidak dapat diturunkan kepada anda. oleh itu, fungsi ketua tidak dapat dipenuhi. jadi sepanjang tempoh cutinya boss itu, secara 'rasminya' tidak ada sesiapa yg menjalankan fungsinya. walaupun secara 'tidak rasminya,' andalah yg menjalankannya. anda tidak boleh bercuti termasuk cuti raya dan anda juga 'tidak layak' menerima sebarang imbuhan sebagai pemangku. anda terpaksa akur. tidak dapat tidak, anda berasa menjadi mangsa keadaan. namun, kerja jalan terus...!
nanti dulu...
sebaik boss pulang daripada cuti panjangnya, anda pun melaporkan situasi yg berlaku padanya. boss anda terkejut, malah menyatakan HR sebenarnya membuat keputusan yg silap & merujuk peraturan salah yg dibuatnya sendiri. anda diminta menyemak kembali. menurut boss perat uran tersebut hanya terpakai jika pertama kali memangku jawatan. sedangkan anda sudah 2-3 kali memangku jawatan tersebut. jadi dia minta anda merujuk kembali dengan HR.
lalu anda pun merujuknya. menyampaikan 'hujah' yg diberikan oleh boss anda itu. demi mendengar sahaja hujah tersebut, HR mula kaget. dan akhirnya mengakui kesilapan merujuk peraturan. anehnya HR meminta anda pula menghantar surat permohonan 'baru' untuk mereka proses semula!
sedangkan dalam borang permohonan asal yg disediakan oleh HR memang terdapat soalan berbunyi: "adakah ini penanggungan kerja kali pertama", "jika tidak, sila nyatakan tarikhnya"
dan maklumat tersebut sudah pun dicatatkan dalam borang tersebut dan diproses oleh HR sendiri!
kerja 'selekeh' begitu pastinya menyusahkan orang lain & mengganggu sistem kerja. bukan soal imbuhan yg menjadi keutamaan tetapi tugas yg terikat dengan peraturan yg sebenarnya sudah dipatuhi. malangnya, kerana sikap lewa dan tidak kompeten orang yg mengawasinya telah memburukkan keadaan. kesilapan HR itu tidak sepatutnya berlaku langsung!